Menu

 

A+ A A-

JUJUR SAMPAI KE SYURGA

Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w dengan penuh kasih sayang menitip pesan dan panduan. Mafhum sabda Nabi s.a.w.: “Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan seseorang itu kesyurga. Seseorang itu sentiasa tetap dengan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah Taala sebagai orang yang suka berlaku benar (membenarkan imannya).” (Muttafaq ‘alaih) 

1Aa

Kejujuran adalah pokok dari seluruh amalan hati. Persoalannya adakah hati kita mampu berlaku jujur pada empunya hati? Atau si empunya hati itu yang ‘tertipu’ dek ketidakjujuran hatinya sendiri? Ajarkan dan didik hatimu untuk jujur kerana balasannya bukan kepalang hebatnya. Syurga yang didamba dan dicita! 

Mahalnya Sebuah Kejujuran 

Ternukil kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani sewaktu beliau masih kecil. Kisah ini berlaku antara beliau dengan sekumpulan perompak. Beliau menceritakan pada suatu hari beliau berangkat dari Makkah menuju Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibunya memberi bekal sebanyak 40 dinar dan berpesan untuk bersikap jujur. Ketika sampai di daerah Hamadan, kumpulan musafirnya diserang sekelompok bangsa Arab dan merampas kafilah. Lalu salah seorang daripada mereka bertemu dengannya dan bertanya: “Apa yang kamu bawa?” Beliau menjawab: “40 dinar.”

2AaOrang tersebut menyangka diperolok-olokkan, lalu membiarkan dirinya. Mereka yang turut melihat mula merapati dan bertanya: “Apa yang kamu bawa?” Beliau menjawab: 40 dinar.” Lalu perompak itu menangkap dan menyeret beliau kepada ketua mereka. dan menyeret beliau kepada ketua mereka. 

Pemimpin tersebut bertanya: “Apa yang kamu bawa?” Syeikh menjawab: “40 dinar.” Ia bertanya lagi: “Apa yang membuatkan kamu jujur seperti ini?” Syeikh menjawab ibunya berpesan untuk berbuat jujur dan beliau takut mengkhianati pesan ibunya. Kemudian ketua perompak tersebut menangis seraya berkata: “Kamu (wahai anak kecil) takut mengkhianati pesan ibumu, sedangkan aku tidak takut mengkhianati wasiat Allah!”  

Lantas semua barang yang dirompak dipulangkan kesemuanya dan mereka bertaubat dengan sebab sebuah kejujuran. Inilah keindahan dan mahalnya harga sebuah kejujuran!

Jujur Sampai ke Syurga

3AJika anda mahu berjaya, anda perlu berlaku jujur. Hakikat orang yang berjaya adalah mereka yang mewarisi syurga. Jadikan setiap perilaku anda mempunyai makna kejujuran. Jujurlah dalam menuntut ilmu, ia pasti terkesan di alam kerjaya. Jika Nabi s.a.w pernah mengatakan peniaga yang jujur akan bersama Baginda di dalam syurga, tidak mustahil seorang jurutera, arkitek, doktor,guru, chef, juruterbang, penulis, jurugambar dan jurutera, arkitek, doktor, guru, chef, juruterbang, penulis, jurugambar dan segala bentuk kerjaya yang mampu anda namakan semuanya pasti turut mampu berada di sisi Baginda s.a.w. di dalam syurga.

Semuanya bermula dengan sifat jujur. Hadis di atas tadi memberi satu bentuk rantaian kesan. Persis kesan papan domino yang menuruti satu dengan yang lain. Ia juga seperti sebuah jalan yang menghubungkan antara seseorang dengan destinasinya. Destinasi orang yang jujur. Maka, istiqamah dengan sikap jujur hingga anda benar-benar menemui jalannya untuk sampai ke syurga!

 

Ustaz Ahamad Husni Abd Rahman
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.10


Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah, dan sedang menyambung Ijazah Sarjana (MA) Syariah di Universiti Malaya. Kini sebagai Eksekutif Zakat, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Juga sebagai panel slot Durrul Hikmah dan Bicara ad-Deen di radio IKIM.fm, di samping menjadi tetamu jemputan KL.fm, Selamat Pagi Malaysia, Islam Hadari (RTM1), Al-Kuliyyah (TV3) dan pengacara Bicara Mufti (RTM1). Beliau juga sebagai Jurubahasa Arab bagi Kerajaan Negeri Perak di Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC) 2003 dan berpengalaman sebagai mutawwif Haji dan Umrah sejak 1998.

Kembali ke atas