Menu

 

A+ A A-

Soal Jawab - Muamalat

Soal Jawab - Muamalat

Soalan: Apa hukum seseorang yang membayar hutangnya dengan wang hasil menang nombor ekor atau loteri?

Jawapan: Orang yang membayar hutang daripada hasil perbuatan haram, maka jelaslah haram. Dia dikira sebagai belum membayarnya lagi. Ini kerana wang haram tidak boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Setiap hutang wajib dibayar dengan wang halal.

Datuk Haji Ismail Kamus
(Fiqah Harian, Al-Ustaz isu No.4)

Soalan: Adakah harus membayar duit rasuah untuk mendapatkan pekerjaan kerana saya berhak dan layak untuk mendapatnya memandangkan keadaan dan suasana yang mendesak untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan?

Jawapan: Jika suasana yang mendesak sebagaimana keadaan saudara tadi, pihak yang membayar rasuah dikira tidak berdosa kerana beliau berada dalam keadaan terpaksa demi mendapatkan haknya. Namun adalah haram bagi si penerima menerima rasuah tersebut.

Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya

Majalah Al-Ustaz isu No.2

Soalan: Saya seorang penjual kereta. Jika pelanggan memilih pinjaman konvensional, bersalah atau ber dosakah saya? Akan tetapi saya ada nasihatkan ambil pinjaman Is lamik sebelum mereka memilih pinjaman konvensional. Adakah saya dikira bersekongkol dengan urusan riba?

Jawapan:  Soalan saudara memang amat relevan dan menghantui banyak jurujual Islam di seluruh dunia. Isu ini lebih kurang sama dengan penjual Islam yang didatangi pembeli yang ingin membayar menggunakan kad kredit riba. Jawapan yang wajar diberikan sebenarnya agak panjang jika berserta huraian, namun di ruang terhad ini, secara kesimpulannya saudara tidak dikira terlibat, terutamanya setelah menasihatinya untuk mengambil pembiayaan Islam. Lebih cemerlang jika saudara mempelajari serba ringkas ke lebihan pembiayaan kereta daripada institusi kewangan Islam, demi menarik pembeli menggunakannya. Sebagai contoh mudah, pinjaman kereta secara riba daripada bank konvensional mengenakan penalti setinggi 5 hingga 8% sekiranya pelanggan lewat membayar, manakala bank-bank Islam hanya mengenakan 1% dan sebahagian bank Islam menyalurkan jumlah itu kepada badan kebajikan. Hujah secara ringkas, ini adalah kerana penjual tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sumber duit pembeli, jika penjual dipertanggungjawabkan ia akan mencetuskan satu keadaan kesukaran yang tiada taranya lagi. Oleh sebab itu, sebahagian ulama mengklasifikasikan ia sebagai urusan yang jatuh dalam peruntukan “Umum al-Balwa” iaitu suatu penegahan yang terlalu sukar untuk dielakkan. Seseorang pernah bertanya kepada Ibn Masud r.a.: “Aku mempunyai seorang jiran dan tidakku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemputku (ke rumahnya) aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir.” Berkata Ibn Masud: “Terima dan hadirlah jemputannya, sesungguhnya dosa-dosa (daripada harta haram tadi) adalah tanggungannya sahaja.” Justeru, penjual hanya bertanggungjawab atas aqad atau kontrak antara dia (penjual) dan pembeli sahaja, iaitu memastikannya tidak bercanggah dengan hukum Syariah daripada pelbagai sudut, termasuk syarat-syarat yang termeterai dalam kontrak itu. Dalam konteks ini, aqad anda dengan pembeli adalah jualan biasa yang cukup syarat jual beli dalam Islam, manakala cara bayaran pula akan datang dari pihak bank (bagi pihak pembeli), adapun kontrak yang berunsur riba antara bank dengan pembeli (iaitu kontrak pinjam dengan riba) bukanlah dalam bidang kuasa saudara.

 

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 2)

Soalan: Memandangkan ramai orang sekarang membuka kafe siber, saya juga ingin menceburi bidang ini. Adakah ia halal atau haram?

Jawapan: Internet adalah satu alat yang neutral. Ianya boleh digunakan untuk kebaikan dan juga keburukan. Sekiranya pihak saudara dapat mengawal (dengan penggunaan perisian tertentu) pelanggan daripada melayari laman-laman sesawang yang tidak patuh syariah, maka perniagaan kafe siber adalah halal. Namun jika pada pengamatan saudara (berdasarkan profile pelanggan, lokasi perniagaan dan faktor-faktor lain) bahawa pelanggan-pelanggan akan menggunakan kafe siber saudara untuk melayari laman-laman yang tidak patuh syariah, maka maka adalah lebih baik dielakkan daripada membuka kafe siber tersebut kerana dikhuatiri perniagaan saudara akan termasuk dalam larangan Allah s.w.t. daripada menolong di dalam perkara maksiat dan mungkar.

Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya

Majalah Al-Ustaz isu No.2

Soalan: Apakah dikira berdosa kita beri hutang kepada orang yang tidak layak?

Jawapan: Memberi hutang kepada orang yang tidak layak boleh menjerumuskan mereka kepada tiga dosa:

  1.  Bercakap lalu berbohong.
  2. Berjanji lalu mungkiri janji.
  3. Ada duit tapi tangguh bayar lalu

tergolong dalam kumpulan ‘Mumatil’ dan dihukum zalim oleh Nabi s.a.w. Hasilnya, tidak wajar kita menuduh bank-bank Islam sebagai zalim kerana menolak permohonan kita kerana menurut sudut pandangan Islam, ia turut mempunyai maslahat dan kepentingan yang diiktiraf oleh syariah iaitu menjaga maslahat pemohon itu juga, agar tidak menjerumuskannya ke lembah hina yakni gagal bayar.

Saya kira sebagai perancangan kewangan yang berkesan, cuba pastikan setiap kali anda ingin membuat tambahan hutang, pastikan pendapatan dan beban hutang anda kurang daripada 50% sebagai formula bank tadi, ia baik diamalkan bagi individu. Kini pihak akademia Islam di universiti-universiti sedang men cadangkan diwujudkan pembiayaan mikro kredit Islam. Ia lebih khusus bagi individu berpendapatan rendah dan kesukaran untuk memperolehi pembiayaan. Namun masalahnya adalah kita kekurangan individu kaya dan syarikat kaya yang sudi untuk melepaskan peluang mendapat untung besar untuk masuk ke dalam jenis pembiayaan mikro ini yang menawarkan untung kecil dan pahal besar. Ini menyebabkan cadangan para ahli akademik menjadi bahan di perpustakaan sahaja.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 2)

Soalan: Saya berpendapat hampir 80% rakyat Malaysia terlibat dengan riba kecuali mereka yang dilahirkan kaya dan mempunyai tunai yang banyak. Saya amat bimbangkan hal ini. Bagaimanapun, saya yakin kemusykilan ini dapat ustaz leraikan, sekiranya tidak menjadi keberatan pihak tuan.

Jawapan: Tahniah kepada saudara kerana keimanan masih subur hingga masih ada rasa takut dengan amaran-amaran Allah s.w.t. Simpati melihat ramai umat Islam hari ini yang langsung tiada lagi rasa takut kepada Allah, seolah-olah mereka tidak akan mati. Namun saudara mungkin tersilap kerana menganggap hanya mereka yang kaya sahaja boleh lari dari riba, ini kerana di dalam Islam pembelian dengan bayaran secara ansuran adalah dibenarkan.

Justeru pihak bank-bank Islam telah menyediakan perkhidmatan ini. Hasilnya mereka yang boleh terselamat dari riba adalah orang yang punyai iman dan ilmu dan bukannya terletak kepada kaya atau miskin. Dengan apa yang ada di sekeliling kita hari ini, hampir semua kelompok masyarakat kita punyai peluang mendapat pembiayaan Islam terutamanya ketika untuk membeli rumah dan kereta.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu Perdana)

Soalan: Saya membeli kereta dengan menggunakan pinjaman kerana tidak mampu untuk membeli tunai. Sedangkan saya amat memerlukannya untuk bekerja dan aspek keselamatan. Apakah hukumnya sama seperti berzina dengan ibu bapa?

Jawapan: Islam tidak menyuruh anda untuk membeli secara tunai, apa gunanya bank-bank Islam yang bersepah di Malaysia ini jika bukan untuk membantu menyediakan pembelian rumah, kereta dan lain-lain secara Islam? Sebarang pembelian menggunakan Riba, adalah sama dengan zina sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dari hadith yang dinilai sahih oleh Syeikh Albani dan lain-lain. Kesimpulan, jika anda memerlukan kereta dan rumah, belilah melalui bank-bank Islam nescaya anda tidak lagi terlibat dengan riba yang diharamkan.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu Perdana)

Soalan : Betulkah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? Mana buktinya? Adakah Kastam Malaysia, LHDN dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang daripada akaun yang halal.

Jawapan : Sebarang pencarian bukti, saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada sebarang bukti, namun jikapun pendapatan kerajaan bercampur, ia masih lagi tiada masalah bagi kakitangan awam yang tidak terlibat dalam tugasan haram. Perlu kita fahami bahawa wang atau fiat money atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain. Apa yang haram adalah cara perolehannya. Hasilnya, tidak dinafikan Terdapat perolehan cukai halal dan haram. Justeru tanpa pengasingan akaun, sudah tentu percampuran sumber cukai akan berlaku. Namun ingin ditegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber yang haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib, seperti pegawai terbabit dan yang membuat dasar. Adapun, kaki tangan awam yang bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai kementerian, pensyarah di IPTA, gaji mereka adalah halal. Oleh sebab gaji mereka keluar daripada kantung negara yang bercampur daripada hasil halal dan haram, duit yang haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada kakitangan awam. Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Untuk penerangan panjang lebar sila ke laman saya, www. zaharuddin.com, rujuk artikel bertajuk “Bolehkah makan hidangan orang harta bercampur halal dan haram”.


 

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 2)

Soalan : Adakah penggunaan wang kertas atau fiat memudahkan urusan individu dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu?

Jawapan : Wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metals, ia tidak mempunyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya. Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi daripada sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya? Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak. Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat tidak adil sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbilion ringgit Malaysia (rM). Tiba-tiba akibat kepercayaan antara bangsa kepada rM jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh rM turut akan jatuh merudum. Inilah proses hyperinfl ation yang berlaku kepada negara Zimbabwe sekarang. Jika keadaan ini berlaku kepada Malaysia (moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, sudah tentu nilai berbilion tadi menjadi beberapa ringgit sahaja.

 

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 4)

Soalan : Adakah sistem mata wang moden atau fiat baik, maju lagi hebat?

Jawapan: Tidak, sama sekali! Malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang berlaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras. Selagi kita terus

dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat ibarat “satu perangkap” yang dicipta oleh sistem ekonomi Barat, walau dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang mereka cipta. Jikalau mata wang kita berasaskan emas dan perak yang mempunyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita, adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku? Insya-Allah tidak. Ibn Sina pernah berkata: “Ini adalah hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan mata wang) Maka jikalau kedua-duanya (emas dan perak) itu boleh diperoleh dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada mata wang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan ramailah yang boleh memilikinya sehingga menyimpan dan memilikinya tanpa sebarang erti.” Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu di zaman pemerintahan Islam. Ia dibuat daripada bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan. Ia menjadi popular dan tersebar pada zaman Malik al-Nasir sekitar tahun 806. Sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan emas dan perak sahaja sebagai mata wang utama. Menurut Prof. Dr. Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan mata wang fiat kertas pada zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri. Imam al-Syafi ’i pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai mata wang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama Mazhab Syafi ’I berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illah athman (store value). Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqah Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama’ dalam menentukan kedudukan wang kertas fi at ini. Ia merupakan mata wang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum-hakam yang ada pada emas dan perak jatuh kepada wang kertas fiat seperti hokum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hokum emas dan perak. (Qararat wa tawsiat, Majma ‘al-Fiqh al-Islami, hlm. 40 ) Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fi at ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai mata wang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam-meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. Ini bererti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan mata wang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. mendapat tempat di hati manusia. Oleh sebab kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. Jika berlaku sedikit inflasi pada zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama “fulus” terlebih sebaran dalam pasaran. Fulus ialah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta

 

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 4)