Menu

 

A+ A A-

Soal Jawab - Muamalat

Soal Jawab - Muamalat

Soalan: Saya seorang pekerja yang makan gaji dan wang gaji dimasukkan ke dalam bank. Adakah itu juga terlibat dengan riba?

Jawapan: Ya, jika anda masukkan wang gaji di dalam akaun di bank konvensional dan bukan ke dalam akaun Islam. Untuk pengetahuan untuk mengenalpasti bezanya, akaun Islam mesti mempunyai nama sama ada “wadi’ah” atau “mudarabah.” Adapun menyimpan di akaun biasa (konvensional) adalah haram kerana membantu industri riba untuk menggunakan wang simpanan kita bagi tujuan yang haram.

Selain itu, ia juga haram kerana pihak bank akan memberikan interest atas wang simpanan kita. Justeru, diingatkan bahawa jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun, ia tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu telah membantu bank konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka iaitu memberi pinjaman dengan mengenakan riba ke atas orang ramai.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu Perdana)

Soalan: Apakah hukumnya menyimpan wang di dalam amanah saham yang diperkenalkan kerajaan?

Jawapan: Hukum amanah saham adalah bergantung kepada jenis amanah saham yang diperkenalkan dan yang ditanya. Anda tidak menyebut sebarang nama, justeru, saya juga tidak boleh menyebut hokum secara am. Perlu diingat bahawa terdapat dua jenis amanah saham, ada yang halal di sisi Islam dan ada yang haram. Justeru rujukan www.sc.com.my untuk melihat senarai nama amanah saham yang halal di sisi Islam dan kerajaan Malaysia.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu Perdana)

Soalan: Saya benar-benar ingin mengetahui bagaimana tuan menguruskan kewangan. Di mana tuan menyimpan wang, pembiayaan pembelajaran tuan dan anak-anak, beli rumah dan kereta? Adakah semuanya tuan lakukan secara tunai?

Jawapan: Seeloknya kita perlu meluangkan sikit waktu untuk memahami ke pelbagaian institusi kewangan Islam yang ada di Malaysia ini. Saya cuba tidak terlibat dengan sebarang riba. Kereta saya beli dengan menggunakan produk Ijarah Thumma al-Bai dari Bank Muamalat, ia telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah BMMB; membeli rumah menggunakan Bai Murabahah dari sebuah bank Islam lain, menyimpan duit di akaun Islam di Bank Islam Malaysia Berhad, RHB Islamic Bank dan lain-lain bank Islam. Pembiayaan pelajaran adalah biasiswa dari JPA, KP dan zakat syarikat. Tiada satupun yang terlibat dengan riba.

Semua institusi ini mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang mengesahkan, justeru, jika ada kesilapan yang tidak saya sedari sekalipun, tiada dosa ke atas saya, kerana ia telah ditanggung oleh Majlis Penasihat Syariah mereka. Penyeliaan adalah wajib dilakukan mereka agar semuanya berjalan bertepatan dengan syariah, semuanya tanggungjawab mereka dan mereka telah dibayar elaun untuk berbuat demikian.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu Perdana)

Soalan: Apakah hukumnya jika kita menjual barang dengan harga melebihi 100% daripada harga modalnya? Apakah Islam melarang menjual barang melebihi peratusan tertentu?  

Jawapan: Ianya harus dan halal selagi bertepatan dengan harga pasaran barang tersebut. Bagi mereka yang inginkan dalil keharusan harga tanpa had (selagi dalam harga pasaran atau boleh dijustifikasikan secara menepati Syariah), antaranya: Keharusan mengambil untung lebih daripada 100 % adalah berasaskan dalil berikut:

1. Pengiktirafan Rasulullah s.a.w. Terhadap Transaksi Pembelian Kambing ‘Urwah:

Sesungguhnya Nabi s.a.w. memberikan ‘Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing. Maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (Riwayat al-Bukhari, no. 3642)

Hadis ini menunjukkan bagaimana seorang sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar (bermakna 1/2 dinar seekor) dan kemudian menjualnya dengan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.

2. Ijmak Para Sahabat Terhadap Jualan Tanah Zubair al-‘Awwam r.a. dengan Sembilan Kali Ganda daripada Harga Asal:

Seorang sahabat bernama Zubair al-‘Awwam r.a. di mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga 170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah bin Zubair dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah menjualnya hampir sembilan kali ganda harga asalnya.

Walaupun hadis ini mauquf, namun tanah ini telah dijual kepada sahabat lain seperti Mu’awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat pada zaman Sayidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para sahabat pada zaman itu menjadikannya sebagai ijmak sahabat, yang boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.

Namun demikian, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk menaikkan harga secara tidak sihat, melalui sorokan barangan hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan pembeli tentang harga pasaran atau lain-lain kezaliman, maka harga yang tinggi tadi menjadi haram.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 3)

Soalan: Bagaimana tentang pelaburan emas Kijang Emas yang diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur emas tersebut?

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (tiada yang sumber memastikan yang emas di Public Bank boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja, apakah ia sah dari segi syariat?

Saya ada membuat panggilan telefon kepada Public Bank Customer Service untuk mengetahui cara urus niaga pelaburan akaun emas. Berikut adalah maklum balas yang diterima:

• Jual beli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

• Keuntungan pelaburan adalah daripada perbezaan harga beli dan jual.

• Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang emasnya boleh diperoleh jika ada permintaan? Minta penjelasan ustaz kerana ramai para pengguna Islam terkeliru mengenai pelaburan ini.

Jawapan: Tidak dinafikan, tatkala nilai mata wang dolar (USD) dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif, menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas mempunyai nilai lebih stabil berbanding mata wang kertas (paper money or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu ini, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari laman web bank terbabit, saya berpendapat seperti berikut:

Apabila seorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, bererti ia telah bersetuju untuk membeli emas, menyimpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan. Bagi memudahkan kefahaman berkenaan keadaan yang berbeza ini, ia adalah seperti berikut:

Haram dan Batal: Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urus niaga pembukaan akaun itu menjadi haram dan tidak sah, kerana pihak bank menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba berlaku apabila tiadanya elemen taqabud fil majlis (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada riba al-nasiah.

Kesimpulan: Pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

Haram dan Batal: Jika emas belum atau tidak diterima serta merta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak pula memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau concluded, serta tiada sebarang bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima hak tasarruf (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang dibelinya, sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya).

Halal dan Sah: Setelah dua bentuk keadaan di atas yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu:

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil hak milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun adalah sah dan harus di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-qabdu al-ma’nawi). Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa, no. 84, 9/1 (Qararat wa Tawsiat, hlm. 191).

Akaun Pelaburan Emas di Bank

Setelah meneliti serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui laman web mereka, saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang halal dengan tiga lagi syarat tambahan, iaitu:

1. Tidak digunakan untuk aktiviti riba: mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan itu tidak digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan daripada pihak bank mestilah diperoleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang kita beli daripada bank tersebut, akad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis akadnya? Adakah ia Wadiah atau Qard dan sebagainya.

2. Jumlah emas mencukupi ketika transaksi: Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksudnya, sebagai contoh, bank mempunyai 100 kg emas sahaja, dan dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kg emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan. Pelanggan Ahmad membeli 100 kg emas pada jam 2.30 petang, demikian juga Ah Chong pada jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan. Padahal bank hanya mempunyai 100 kg emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3. Cara pembayaran yang halal: Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula wajib menggunakan sama ada tunai, debit akaun serta merta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih daripada tiga hari untuk settlement adalah terlarang menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa tiga hari? Ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat taqabud fil hal (telah terima serta merta) tercapai. Ia adalah fatwa yang dipetik daripada pandangan mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqah sedunia, termasuk Syeikh Dr. Abd. Sattar Abu Ghuddah.

4. Pemegang Akaun Pelaburan emas mestilah membayar zakat: Apabila cukup haul atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menghubungi pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya, transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan akad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

Kesimpulan: Anda yang ingin membuka akaun ini, seeloknya menyemak terlebih dahulu perkara yang saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam Maybank dan Public Bank. Ia sekali lagi menimbulkan tanda tanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah lulus.¤

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 3)

Soalan: Di tempat saya ada kawan yang berniaga kain. Dia jual kain dengan dua harga. Kalau tunai RM30 tetapi kalau hutang bayar dua kali RM40. Katanya bayaran lebih itu ialah kos pengurusan dan duit minyak ketika kutip hutang. Bagaimana urus niaga demikian dibolehkan ke ikut syariat?

Jawapan: Dia boleh letak dua harga tetapi tidak dalam satu akad. Dia bagi pilihan kepada pembeli untuk memilih satu daripada dua. Jangan dia letakkan satu akad, contohnya “Saya jual kain ini kepada awak RM30 tunai atau RM40 hutang”, ini tidak sah. Tapi dia boleh bagi pilihan, “Awak nak beli secara tunai ataupun secara hutang?”

Kalau dia hendak beli secara tunai, maka akadnya, “Saya jual kain ini kepada awak RM30” atau dia hendak beli secara hutang, maka akadnya, “Saya jual kain ini kepada awak RM40 secara hutang.”

Dan apa pun tunai dan hutang ini, di tengahtengah, kalau berlaku kelewatan, maka dia tidak boleh naik harga. Kalau lewat katakan sepatutnya tarikh sekian, tapi tidak dibayar juga, maka dia naik jadi RM45, RM60, RM70 dan sebagainya, maka itu adalah haram. Tapi kalau dengan harga yang ditetapkan dengan satu akad, sama ada secara tunai atau hutang, maka itu boleh, tiada masalah.

Ustaz Fadzli al-Yamani

Mudir Maahad Tahfiz al-Yamani, Kg. Baru, Kuala Lumpur

(Majalah Solusi Isu 3)

Soalan: Apakah hukumnya jika kita menjual barang dengan harga melebihi 100% daripada harga modalnya? Apakah Islam melarang menjual barang melebihi peratusan tertentu?

Jawapan: Ianya harus dan halal selagi bertepatan dengan harga pasaran barang tersebut. Bagi mereka yang inginkan dalil keharusan harga tanpa had (selagi dalam harga pasaran atau boleh dijustifikasikan secara menepati Syariah), antaranya: Keharusan mengambil untung lebih daripada 100 % adalah berasaskan dalil berikut:

1. Pengiktirafan Rasulullah s.a.w. Terhadap Transaksi Pembelian Kambing ‘Urwah:

Sesungguhnya Nabi s.a.w. memberikan ‘Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing. Maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung. (Riwayat al-Bukhari, no. 3642)

Hadis ini menunjukkan bagaimana seorang sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar (bermakna 1/2 dinar seekor) dan kemudian menjualnya dengan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.

2. Ijmak Para Sahabat Terhadap Jualan Tanah Zubair al-‘Awwam r.a. dengan Sembilan Kali Ganda daripada Harga Asal:

Seorang sahabat bernama Zubair al-‘Awwam r.a. di mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga 170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah bin Zubair dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah menjualnya hampir sembilan kali ganda harga asalnya.

Walaupun hadis ini mauquf, namun tanah ini telah dijual kepada sahabat lain seperti Mu’awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat pada zaman Sayidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para sahabat pada zaman itu menjadikannya sebagai ijmak sahabat, yang boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.

Namun demikian, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk menaikkan harga secara tidak sihat, melalui sorokan barangan hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan pembeli tentang harga pasaran atau lain-lain kezaliman, maka harga yang tinggi tadi menjadi haram.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 3)

Soalan: Bagaimana tentang pelaburan emas Kijang Emas yang diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur emas tersebut?

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (tiada yang sumber memastikan yang emas di Public Bank boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja, apakah ia sah dari segi syariat?

Saya ada membuat panggilan telefon kepada Public Bank Customer Service untuk mengetahui cara urus niaga pelaburan akaun emas. Berikut adalah maklum balas yang diterima:

• Jual beli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

• Keuntungan pelaburan adalah daripada perbezaan harga beli dan jual.

• Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang emasnya boleh diperoleh jika ada permintaan? Minta penjelasan ustaz kerana ramai para pengguna Islam terkeliru mengenai pelaburan ini.

Jawapan: Tidak dinafikan, tatkala nilai mata wang dolar (USD) dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif, menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas mempunyai nilai lebih stabil berbanding mata wang kertas (paper money or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu ini, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari laman web bank terbabit, saya berpendapat seperti berikut:

Apabila seorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, bererti ia telah bersetuju untuk membeli emas, menyimpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan. Bagi memudahkan kefahaman berkenaan keadaan yang berbeza ini, ia adalah seperti berikut:

Haram dan Batal: Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urus niaga pembukaan akaun itu menjadi haram dan tidak sah, kerana pihak bank menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba berlaku apabila tiadanya elemen taqabud fil majlis (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada riba al-nasiah.

Kesimpulan: Pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

Haram dan Batal: Jika emas belum atau tidak diterima serta merta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak pula memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau concluded, serta tiada sebarang bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima hak tasarruf (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang dibelinya, sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya).

Halal dan Sah: Setelah dua bentuk keadaan di atas yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu:

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil hak milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun adalah sah dan harus di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-qabdu al-ma’nawi). Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa, no. 84, 9/1 (Qararat wa Tawsiat, hlm. 191).

Akaun Pelaburan Emas di Bank

Setelah meneliti serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui laman web mereka, saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang halal dengan tiga lagi syarat tambahan, iaitu:

1. Tidak digunakan untuk aktiviti riba: mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan itu tidak digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan daripada pihak bank mestilah diperoleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan. Apabila kita menyimpan emas fizikal yang kita beli daripada bank tersebut, akad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis akadnya? Adakah ia Wadiah atau Qard dan sebagainya.

2. Jumlah emas mencukupi ketika transaksi: Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa. Maksudnya, sebagai contoh, bank mempunyai 100 kg emas sahaja, dan dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kg emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan. Pelanggan Ahmad membeli 100 kg emas pada jam 2.30 petang, demikian juga Ah Chong pada jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan. Padahal bank hanya mempunyai 100 kg emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3. Cara pembayaran yang halal: Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula wajib menggunakan sama ada tunai, debit akaun serta merta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan. Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih daripada tiga hari untuk settlement adalah terlarang menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa. Mengapa tiga hari? Ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat taqabud fil hal (telah terima serta merta) tercapai. Ia adalah fatwa yang dipetik daripada pandangan mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqah sedunia, termasuk Syeikh Dr. Abd. Sattar Abu Ghuddah.

4. Pemegang Akaun Pelaburan emas mestilah membayar zakat: Apabila cukup haul atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menghubungi pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fi zikal. Tatkala itu, bagi saya, transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam. Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan akad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

Kesimpulan: Anda yang ingin membuka akaun ini, seeloknya menyemak terlebih dahulu perkara yang saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam Maybank dan Public Bank. Ia sekali lagi menimbulkan tanda tanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah lulus.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 3)

Soalan: Apakah hukumnya mengeluarkan wang faedah daripada simpanan dibank untuk membeli makanan?

Jawapan: Menggunakan wang faedah dari simpanan untuk membeli perabot menjadikan perabot itu alat yang haram kerana berpunca daripada yang haram. Oleh itu, wang faedah dari bank hendaklah dimasukkan dalam baitulmal atau gunakan kepada perkara-perkara yang tidak mulia, contohnya membina tandas dan sebagainya.

Dato’ Haji Ismail Kamus

(FIQAH HARIAN, Majalah Al-Ustaz Isu 2)

Soalan : Saya berniat untuk menjual pelbagai tudung. Apa hukumnya saya menjual tudung yang ramai wanita dan para remaja sekarang memakainya, contohnya tudung bawal (kain tudung bidang 45”), yang mana kalau dipakai pasti akan nampak leher dan telinga (sebab agak nipis, walau tidaklah terlalu nipis), kadang-kadang dada pun tak tertutup sepenuhnya. Apakah hukum menjual barangan seperti ini? Apa yang saya fahami hokum asal jual beli itu adalah harus.

Jawapan : Menjual tudung yang sempurna lebarnya, elok tebalnya dan saiznya, namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia sepenuhnya adalah tanggungjawab pembeli. Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Tatkala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembeli yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai. Sebahagian ulama lain mengatakannya makruh. Perbincangan para ulama mengenai hal seumpama ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk membuat arak. Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhabsyafii menyatakannya sebagai harus tetapi makruh. Mereka berpendapat adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam, kerana keyakinan itu belum tentu terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqah: “seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya”. Dr. Ramadhan Hafiz Abd. Rahman menyebut, ini berdasarkan apa yang disebut oleh Imam as-syafi i: “Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak.” Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual. Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya akad jual beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi akad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas akad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada akad tersebut adalah perkara yang lain. Al-Shirazi mengatakan: “Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (alnabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya. Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh.

 

 

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(Majalah Solusi Isu 2)