JOM BERSABAR
SIFAT sabar seharusnya ditanamkan dalam diri dan jiwa setiap Muslim sebagai manifestasi iman. Secara ringkas, sabar bermaksud tahan menerima penderitaan yang tidak disenangi dengan reda dan menyerahkan diri kepada Allah.
Menurut pandangan ahli falsafah Islam, penerapan sifat sabar terdiri daripada lima aspek:
- Sabar dalam ibadah: tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan seperti solat, puasa, zakat, haji dan amal-amal ibadah lain yang dituntut dalam Islam.
- Sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana: Allah s.w.t. sentiasa menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.
- Sabar terhadap maksiat: menahan diri untuk menghindarkan daripada melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah.
- Sabar dalam perjuangan: tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.
- Sabar terhadap pengaruh duniawi: Islam menggariskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.
TEACHER RUBY
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.10
Gen Q
Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.
Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.
Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.
Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.
Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!