Menu

 

A+ A A-

PUJIAN YANG MELAMPAU

RATA-RATA insan di dunia ini suka apabila dipuji, cuma penerimaan sahaja yang berlainan. Jika kuat imannya, dikembalikan pujian itu kepada Allah s.w.t.

Bagi kita seorang Muslim, nilaikan sesuatu pujian itu. Ini adalah kerana, kadang-kadang ditakuti atau dibimbangi, dengan beberapa pujian, kita dapat merasa betapa kembangnya kita. Lalu seterusnya akan timbul sifat riyak. Ini sudah terlampau.

Riyak adalah sifat mazmumah, seperti yang diketahui. Pada hakikatnya seseorang yang bersifat riyak akan menampakkan dirinya kepada orang lain agar orang lain itu mengetahui kehebatannya, kebaikannya, perjuangannya dan amalnya sehingga mengenepikan keikhlasan yang sepatutnya diiringi bersama.

pujian-melampau-1

Dalam perkara ini, Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud: “Orang yang bersifat riyak itu mempunyai beberapa tanda: malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan orang ramai, menambahkan amal kebaikan apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tiada dipeduli.”

Jadi, bagi kita yang hendak memuji pula, pujilah kepada perkara yang elok-elok sahaja. Bukan memuji suara sedap menyanyi dan lain-lain perkara yang maksiat.

Sumber artikel daripada majalah Gen Q Isu Perdana


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Artikel berkaitan: « APA ITU IKHLAS? UBAT HATI »
Kembali ke atas