AMALAN WAKTU PAGI DAN PETANG
1 Seusai bangun tidur yang kemudiannya menunaikan solat subuh berjemaah, maka marilah sama-sama kita membaca ayat Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah) yang bermaksud:
“Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).”
Bagi sesiapa yang membaca ayat ini ketika waktu pagi, maka mereka dijaga daripada (gangguan) jin hingga ke petang hari dan bagi sesiapa yang mengucapkannya ketika waktu petang, maka mereka dijaga daripada gangguan jin hingga ke pagi hari. - Riwayat al-Hakim.
2 Membaca surah al-ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
Bagi sesiapa yang membaca ketiga-tiga surah tersebut setiap pagi dan petang, maka kehidupan hariannya mencukupi dan selesa daripada segala sesuatu. - Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmizi.
Wallahu a’lam.
Generasi Al-Quran
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No. 8
Gen Q
Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.
Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.
Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.
Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.
Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!