Menu

 

A+ A A-

NIKAH DI THAILAND TIDAK SAH?

Ditulis oleh 

Adakah sah pasangan yang berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan ayah pengantin?

Jawapan:

Kahwin ini di mana-mana pun sah. Jangan menghukum berkahwin di Thailand tidak sah. Kesianlah pada orang Thailand. Bukankah orang Thailand berkahwin di Thailand? Jadi bukannya berkahwin di Thailand itu menjadi penentu hukum tidak sah.

Yang tidak sah itu seperti kes anak dara yang masih ada ayah, tiba-tiba dibawa bernikah di sana. Inilah yang diharamkan dalam Islam. Jadi tidak sah!

Kalau dikatakan sah, maka hancur leburlah agama kita ni. Sedangkan Islam ini agama yang hanif iaitu agama yang suci. Mana mungkin agama akan mengizinkan perkara yang boleh merosakkan keturunan seperti itu?

Kalau benar berlaku, bukankah anak dan ayah akan bergaduh? Bukankah memalukan keluarga? Ayah dan emak ada tetapi dibawa lari supaya ayah tidak boleh menjadi wali. Lagi pun, dalam perwalian, ada tertibnya. Kalau ayah tidak boleh menjadi wali, baru pergi kepada datuk.

Contohnya kalau datuk kahwinkan cucunya tanpa pengetahuan ayah sedangkan si ayah ada, maka tidak sah. Emak dan ayah tidak tahu cerita, tiba-tiba anak bernikah. Maka tidak sah.

Yang sahnya, pihak (berkuasa agama) di sana menghantar surat atau menelefon bertanyakan kepada ayahnya: Kenapa tidak boleh datang? Mungkin ayahnya sakit, tidak ada tambang untuk ke sana atau memang tak mahu jadi wali. Sekiranya rasmi begini, maka pihak di sana boleh menjalankan akad nikah dengan orang yang ada tauliah.

Umur Wajib Kahwin

Bilakah umur seseorang itu wajib berkahwin?

Jawapan:

Nikah bukan melihat pada umur tetapi pada kemampuan. Kadangkala orang melihat juga pada umur tetapi tidaklah penting sangat. Kadang-kadang umur 80 pun ada juga orang bernikah. Sekiranya dia tidak mampu,baru dihukum tidak boleh.

Kahwin ini hukumnya kadang-kadangnya sunat, harus, makruh, wajib dan kadang-kadangnya pula boleh jadi haram. Bila masa haram? Contohnya kalau kita kahwin, kita akan mengkhianati isteri kita, maka haram hukumnya.

Hendak kahwin tetapi berasa macam tidak cukup nafkah, maka makruh berkahwin. Tidak berasa hendak kahwin tetapi kalau kahwin boleh sahaja, maka harus berkahwin.

Kalau berasa hendak kahwin dan memang mampu bagi nafkah, maka sunat berkahwin. Kalau tengok orang perempuan jadi geram, tengok ayam berasa kembang kepala, tengok tikus kejar tikus, tengok kambing kejar kambing, maka wajib kahwin!

Wallahu a‘lam.

NIKAH DI THAILAND TIDAK SAH

 

 

                                                               

Ustaz Azhar Idrus

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 09

 


 

 

 

Read 11550 times
Ustaz Azhar Idrus

Beliau mendapat pendidikan agama secara bertalaqqi dengan beberapa guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Sekarang beliau bergerak aktif menyampaikan kuliah agama di seluruh negara. Cara penyampaian beliau yang humor, jelas dan mudah, menjadikan beliau amat diminati masyarakat.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.