Menu

 

A+ A A-

KENALI DIRI DENGAN BERSABAR

PELBAGAI proses yang berlaku sebelum menjadi seorang manusia yang hebat. ia bermula dengan proses yang mengambil masa sejak di bangku tadika dengan tangisan dan keseronokan, diikuti pula dengan alam sekolah rendah yang banyak mengenal dunia dan persekitarannya melalui proses kurikulum dan kokurikulum, tidak kurang juga kehidupan berdikari dan terikat dengan peraturan semasa berada di asrama.

Perkara ini terus berlaku di alam sekolah menengah pula selama 5 tahun, kemudian disusuli pula dengan kehidupan di menara gading selama lebih kurang 4 atau 5 tahun. akhirnya, lahirlah seorang insan kreatif yang melalui sebuah proses kehidupan dalam sebuah perjalanan yang berliku.

Pesanan Imam Syafi ‘i

DD1Fikirkan tentang seorang insan kreatif yang anda kenal. insan kreatif diperlukan oleh orang sekeliling, dibayar dengan mahal perkhidmatannya atau produk yangdihasilkannya. Ada kalanya dunia “menjerit”dengan kehilangan dengan pemergiannya. Apabila diteliti akan insan ini, antara kunci kejayaan beliau yang utama adalah bersabar dalam mengikuti proses di alam persekolahannya.

Inilah yang imam syafi ‘I ungkapkan dalam syairnya : “Anda sesekali tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara ini iaitu kepandaian, fokus, bersungguh-sungguh, berkemampuan, bimbingan guru, dan yang terakhir ialah konsisten.” Bukankah enam perkara ini boleh digarap semasa berada di alam persekolahan yang panjang itu? Maka bersabarlah dalam mengikuti proses mendapatkan ilmu di alam ini.

Tanyakan kepada mereka yang telah gagal mengikuti proses ini pada zaman mereka diberi peluang untuk kembali ke zaman itu, mereka pasti mahu kembali, tapi apakan daya. Rempit, budaya ‘couple’, melawan cikgu, ponteng sekolah dan melanggar disiplin adalah terjemahan kepada sikap tidak sabar dalam mengikuti sebuahproses melahirkan insan berjaya.

Mengenal bakat diri

Bagaimana pula anda mahu mengetahui anda cenderung dan berkebolehan dalam sesuatu subjek atau kemahiran? Katakan anda mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa inggeris dan akhirnya menjalani peperiksaan. sayangnya, keputusan peperiksaan pertama hanya 60%. Anda terus belajar, fokus dan membuat latihan,tetapi dalam peperiksaan seterusnya anda mendapat 50% dan mungkin juga seterusnya 40%. Maka dengan mengikuti proses ini, anda dapat menentukan, anda kurang kecenderungan dalam Bahasa inggeris. lebih yakin dan tidak terikut-ikut dengan rakan-rakan sekeliling sahaja.

Anda sentiasa cepat dengan sifat sabar yang tinggi dalam mengenali “siapa saya” dalam kehidupan. ia sebuah proses yang perlu dilalui dan tempatnya adalah di sekolah, kolej dan universiti, bukannya mengambil sebuah proses dari tempat yang tidak diiktiraf seperti hanya bergantung pada maklumat kawan yang pasif dan tidak membina, TV dan internet yang tidak pasti kesahihannya, berbanding diambil daripada guru sendiri di tempat-tempat yang mulia seperti yang disebutkan tadi.

Ada kalanya pula anda diminta di sekolah untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, tetapi anda dapati setelah dicuba berkali-kali, anda masih gugup dan tidak selesa apabila ke hadapan. Akan tetapi, jika anda diberi sesuatu kemahiran yang bersifat mencabar, focus dan bergerak, maka terserlah pula kemahiran itu, contohnya kemahiran membaiki dan memodifi kasi motosikal. Bukankah mahu mengenal kemahiran dan kecenderungan diri juga perlu kepada sebuah proses ‘try and error’ semasa di sekolah? Apabila sudah dilalui proses tersebut, maka barulah boleh diketahui kemampuan dan bakat diri yang terpendam. Justeru, bersabar ya dalam melalui proses ini

 

Oleh Hj Mohd Zamri Hj Mohd Zainuldin
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q Isu 7

Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin

Penceramah Personaliti TV

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas