Menu

 

A+ A A-

CANTIK LUAR KACAK DALAM

BAIKLAH, pada isu kali ini saya berasa terpanggil untuk berkongsi mengenai realiti kehidupan yang ‘tidak berapa cantik’. Setiap daripada kita pernah atau masih menjadi mangsa. Betapa sedihnya, apabila begitu mudah minda kita diracuni secara tidak sedar ataupun separa sedar, untuk sentiasa tidak bersyukur dengan anggota badan dan wajah kita!

Ya, kita selalu merasakan diri kurang sempurna. Masya-Allah jika kita benarbenar mengakui bahawa Allah itu al-Musawwir (Yang Menentukan Rupa Bentuk Makhluk-Nya) dan al-Bari (Yang Maha Mencipta Makhluk), maka tidak mungkin kita mengeluh.

Kecantikan Palsu

cantikSaban bulan, malah setiap hari kita disogokkan dengan foto dan imej ‘kesempurnaan’ yang dicedok dan berkiblatkan Barat. Majalah ‘Vogue’ yang bermula keluarannya pada tahun 1969 sehingga kini, memberi focus pada tubuh badan wanita! Impaknya, kita merasakan perlu untuk mengikuti saranansaranan menjadi cantik yang ada kalanya menyalahi syariat.

Menurut Kenrick & Guthrie, wanita yang dikelilingi wanita-wanita cantik di persekitaran mereka, di majalah atau filem akan berasa rendah diri kerana merasakan rupa paras yang kurang menarik. Hal ini tidak terkecuali bagi lelaki, lalu mengharapkan wanita mereka cantik seperti yang ada dalam majalah dan TV! Berhentilah membeli dan membaca bahan bacaan seperti ini kerana yakin Allah sudah menyempurnakan kejadian manusia dengan sebaik-baiknya!

Pusat pelangsingan badan yang meracuni minda dan produk kosmetik yang beratus jenama dan fungsi, sebenarnya merupakan sebuah empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit. Empayar ini terus ‘hidup’ dengan membuatkan wanita sentiasa berasa tidak cantik, lantas membeli produk mereka. Strategi pemasaran mereka menunjukkan mudahnya kita, orang Islam Melayu ditipu dan dipengaruhi.

aKajian juga menunjukkan ketika kegawatan ekonomi, peningkatan jualan kosmetik semakin meningkat. Ya, hakikatnya kita merasakan kita perlu ada segala tambahan kosmetik palsu ini untuk berasa yakin! Sedih bukan? Itu belum lagi diselidiki bahan yang terkandung dalamnya, adakah ia halal dan selamat digunakan?

Kecantikan Sebenar

Adik-adik, mari kita duduk sebentar untuk berfikir. Bagaimana kita menilai cantik? Adakah tidak cantik seorang wanita yang berpakaian menepati syariat dan tanpa solekan di wajah, namun kaya dengan ilmu, santun dan berakhlak?

Akhir kata, cukup-cukuplah kita berkiblatkan Barat untuk menilai cantik. Cukup-cukuplah mengangkat Jennifer Lopez dan Angelina Jolie sebagai ‘rujukan’ kita. Cukup-cukuplah kita meniru solekan, pakaian dan rambut mereka. Yakin dalam diri, yang lebih penting adalah apabila kita cantik dengan adab dan akhlak sebagai Muslim.

Yakinlah dengan mengatakan Allah menciptakan saya sebagai insan yang cukup sempurna. Allah s.w.t. berfi rman yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia diciptakan sebaikbaik kejadian.” (Surah Tinn 95: 4) Hiduplah dengan nama Allah al-Jamil, cantik dalam erti yang sebenar. Bersabar dan memberi maaf, ucapkan yang benar, taat kepada Allah, itulah kecantikan sebenar.

Akhirnya, mari kita renung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Seorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Seorang hamba Allah bertanya: ‘Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?’ Rasulullah s.a.w. menjawab: ‘Allah itu Maha Cantik dan mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek, menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.’” (Riwayat al-Bukhari)

Nilaikan semula defi nisi cantik kita selama ini. Defi nisi siapa yang kita pegang? Jika bertemu dengan orang lain, elakkan daripada memuji kecantikan mereka dahulu. Menilai orang hanya dengan kecantikan, sebenarnya merendahkan martabatnya. Diri kita berharga bukan kerana kecantikan fi zikal sahaja, tetapi ia disulami dengan ilmu, adab dan akhlak. Mari bina keyakinan diri dari situ. Insya-Allah, saya yakin kita akan lebih dihormati dan disayangi oleh Allah dan manusia.

 

 

                                                                                     WARDINA SAFIYAH

Sumber artikel daripada Majalah GEN-Q Isu 09

 


 

Wardina Safiyyah Fadlullah

Wardina Safiyyah merupakan seorang pelakon, pengacara dan selebriti terkenal tanah air. Minat Wardina dalam bidang penulisan dan kanak-kanak terserlah sejak dari kecil dan menurut Wardina, dunia kanak-kanak sudah sebati di dalam jiwanya. Anak ke-2 daripada 6 adik-beradik ini pernah bekerja sebagai guru sambilan di beberapa buah tadika, dan pernah menulis di dalam kolumnya sendiri di dalam majalah Mami & Baby juga akhbar Berita Harian. Wardina pernah berkongsi pengalaman dan pandangan sebagai salah seorang keynote speaker di Asia Pacific Conference on Early Childhood Education di Universiti Malaya.

Beliau merupakan antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau kini bertugas sebagai seorang pengacara rancangan bual bicara bercorak keagamaan di TV3 Al-Hidayah.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Terkini daripada Wardina Safiyyah Fadlullah

Kembali ke atas