Menu

 

A+ A A-

CARA UMAR AL-KHATTAB MENANGANI RIBA

ADAKAH seseorang itu dianggap zalim kerana kononnya mengharamkan perkara harus, sehingga boleh dikatakan menutup periuk nasi mereka yang terlibat dalam sesuatu skim kewangan itu? Malah mengagalkan perniagaan orang lain?

Saya meyakini isu tersebut tidak timbul malah Khalifah Umar al-Khattab r.a juga melakukannya apabila ia berkata: “Aku bimbang pula sekiranya kami tertambah riba ini kepada beberapa kali ganda (banyaknya dan jenisnya) lantaran kerana takutkan jatuh di dalamnya.” (Al-Muhalla, Ibn Hazm, 8/477)

Demikian juga katanya lagi: “Telah kami tinggalkan 9/10 dari perkara halal kerana takutkan riba.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah, 6/464; AlBaihaqi, 6/225; Al-Muhalla, Ibn Hazm, 8/477) Adakah ingin kita katakan khalifah agung seperti Umar al-Khttab r.a menutup ‘periuk nasi’ Sahabat lain dengan fatwanya? Sudah tentu niatnya adalah untuk menyelamatkan umat Islam dari riba yang tersembunyi, syubhah riba dan unsur haram.¤

 

Sumber artikel daripada majalah Solusi isu Perdana

 

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Lulusan B.A.(Hons), Usuluddin, Universiti Malaya dan M.A. Shari’ah (Jayyid Jiddan), Univ. Al-Yarmouk, Jordan. Kini sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; di samping Ahli Majlis Penasihat Shariah, C&S Consulting & Investment Ltd, British Virgin Islands (bersama Prof. Dr Monzer Kahf), Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad, Konsultan Shariah di Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad, Kolumnis majalah I, majalah Iktisad dan Harian Metro Ahad. Pernah berpengalaman sebagai Penasihat Syariah di RHB Islamic Bank Bhd. dan Setiausaha Majlis Syariah, Asian Fianance Bank Bhd. Layari web beliau di www.zaharuddin.net

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

  ptsb1444

 

Kembali ke atas