Menu

 

A+ A A-

DALAM DOA MENCARI DAMAI

“AYAH… nak duit beli jajan.” Esok si anak minta lagi, “Ayah…nak duit sikit lagi beli aiskrim.” Si ayah mula berkerut dahi sambil menghulurkan duit seolah-olah terpaksa. Lusa si anak menyangkakan ayahnya ‘sporting’ dan cuba mengecek ayahnya lagi. “Ayah… nak tiga ringgit…nak beli mainan kat kedai?” Ayah mula meninggi suara dan mengherdik anaknya. “Eh…hari-hari minta duit? Ayah bukan cop duit! Tak boleh…tak boleh!”

Mungkin inilah keluhan yang biasa kedengaran apabila permintaan demi permintaan diajukan kepada seseorang. Dan inilah miskinnya hamba Allah dan kegelisahannya digambarkan melalui tindakannya.

PERKENANKAN DOA YANG BAIK

Berbeza sekali dengan Allah Yang Maha al-Wahhab (Pemberi) yang suka apabila hamba-Nya meminta dan terus meminta dengan berdoa juga merintih. Lagi kerap meminta, lagi cerah untuk dimakbulkan. Bahkan Allah memakbulkan dan menjawab doa dan permintaan hamba-Nya seperti mana ayat-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.”

pengharapan 2a

RESPON DARIPADA PERMINTAAN

Jaminan Allah yang dekat dan memberi respon permintaan hamba-Nya mengajar kita agar memberi harapan yang tidak berbelah bagi atas segala permintaan kita dengan penuh rasa yakin akan diperkenan doa oleh-Nya. Ini bersesuaian dengan saranan Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Aku berserta dengan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.” Setidak-tidaknya ia boleh dibahagikan kepada 3 kemungkinan:

1.      Memustajabkan doa dengan segera.

2.      Menangguhkan doa kepada satu waktu yang lebih sesuai untuk hamba-Nya.

3.      Membalasnya di akhirat kelak.

Untuk menolak sebuah doa yang kudus mungkin tidak sama sekali dan hampir mustahil.

Walaupun sedemikian rupa, janganlah kita lupa dengan beberapa tip dan adab sebagai hamba dalam memohon doa kepada Allah Yang Maha Mendengar isi hati dan luahan hamba-Nya. Antaranya ialah:

1.      Berdoa bukan hanya ketika ditimpa musibah dan dalam kesusahan. Jangan berdoa ketika hanya mahukan sesuatu manfaat dan apabila sudah memperolehinya, lenyap tanpa khabar berita, kemudian bertemu untuk sekian kalinya lagi apabila memerlukan bantuan.

2.      Memilih waktu dan tempat yang sesuai dan mustajab berdoa seperti ketika berpuasa, selepas solat, hari Jumaat di masjid, di tengah malam, di waktu sahur dan seumpamanya.

Ini tidak bermakna pada waktu lain dan di tempat lain Allah tidak mendengarnya dan memperkenankannya. Seumpama seorang Yang Berhormat (YB) yang dijadikan tempat rakyat meminta bantuan dan boleh menghubunginya bila-bila masa. Namun sudah pastinya berbeza apabila YB sendiri menyatakan waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu yang diumumkan untuk memberi bantuan dan kurniaan, dan sudah pastinya pemberian itu lebih rasmi dan bermakna.

3.    Memahami doa yang diucapkan, keluar dari lubuk hati yang tulus ikhlas. Ini menunjukkan bahawa hambanya bukan sekadar meminta tetapi memaksudkan apa yang dipintanya dengan sedar dan penuh pengharapan. Sudah pasti berbeza jika dibandingkan dengan menghafaz doa berbahasa Arab yang berjela namun langsung tidak mengetahui maknanya.

Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang terbuku di hati dan Maha Mengetahui jua seluruh bahasa di dunia yang Allah juga menciptakannya?

pengharapan 1Pengharapan yang tidak tercapai boleh berlaku yang mana doa boleh tergantung dan tersangkut apabila ia tidak dituruti dengan usaha untuk menggarap apa yang didoa dan dipinta tadi. Umpama mengharap rezeki yang datang bergolek tanpa usaha, sedangkan mengharapkan sebuah keajaiban seperti mukjizat yang berlaku pada Nabi s.a.w., sehingga menggambarkan Islam sebagai sebuah agama khayalan, malas dan tidak saintifi k. Ini sekali gus manafi kan konsep tawakal yang diajarkan oleh Islam. Bukankah Nabi s.a.w. sebagai kekasih Allah juga menyusun strategi dan usaha yang terancang dalam merealisasikan sebuah hijrah agung ke Kota Cahaya Madinah yang disulamkan juga dengan sebuah pengharapan dan doa kepada Yang Esa? Logiknya, tidak perlulah Nabi s.a.w. berusaha dan mengatur strategi dan hanya duduk di tikar sembahyang berdoa 24 jam kepada Allah supaya membantu usaha hijrah. Bukankah Nabi s.a.w. sebagai insan agung yang sudah tentu Allah akan membantunya? Tetapi itu tidak berlaku. Itulah hikmah disebaliknya.

pengharapanBuangkan sangka buruk kamu terhadap sebuah doa yang tidak dimakbulkan kerana semuanya mempunyai sebab dan musababnya.

LIHAT DI SEBALIK DIRI

Seperkara lagi, wahai pengharap doa yang makbul dan mustajab. Janganlah kamu memandang sebelah mata akan rezeki dan makan minum kamu. Perhatikan dari mana sumber ia diperolehi. Adakah ia dari usaha halal atau haram? Menepati kehendak dan tuntutan Ilahi ataupun tidak? Ketahuilah, ia juga boleh menghalang sebuah doa dan pengharapan daripada Maha Pencipta. Umpama meminta hadiah dan anugerah daripada seseorang, dalam masa yang sama mencaci, mengutuk, menyakiti dan mengingkari saranan si pemberi tadi dengan perkara yang tidak disukainya. Bertentangan, bukan? Justeru, marilah kita berdoa Sesungguhnya Allah lebih

Buangkan sangka buruk kamu terhadap sebuah doa yang tidak dimakbulkan kerana semuanya mempunyai sebab dan musababnya

 

Ustaz Zamri Zainuldin

Sumber artikel daripada Majalah Gen Q Isu 3

 


 

Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin

Penceramah Personaliti TV

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas