Menu

 

A+ A A-

APA ERTI EMAS?

Apa erti Emas?

BARANG perhiasan dan berharga. Perempuan boleh memakainya sebagai barang perhiasan diri, tetapi haram bagi lelaki. Menyentuh, membawa dan memilikinya adalah halal menurut ijmak Ulama. Ulama juga sepakat tentang haram hukumnya menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak sebagai pinggan mangkuk,sudu garpu dan pelbagai alat kegunaan harian yang lain. Namun ada direkodkan pendapat ulama yang membolehkannya seperti pendapat Muawiyah bin Qarrah, Daud al-Zahiri dan Imam al-Syafi‘i dalam qaul qadim (ijtihad lama). Walau bagaimanapun pendapat berbeza ini tertolak dengan nas-nas ijmak.

Emas wajib dikeluarkan zakatnya dengan syarat: Pemilikan penuh, pemiliknya orang Islam dan merdeka, cukup nisab dan waktu pemilikannya sudah sampai waktu satu tahun. Adapun kadar nisab emas adalah sebanyak 20 misqal atau 20 dinar atau lebih kurang 93.6 gram. Kadar zakatnya pula 1/40 daripada kadar nisabnya atau 2.34 gram.

apa-erti-emas-1 Apa erti Emas Tulen?

Emas tanpa campuran bahan lain. Emas tulen wajib dikeluarkan zakatnya apabila sudah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas.

Apa erti Emas Campuran?

Emas tidak tulen yang mengandungi campuran logam lain. Jenis emas ini wajib dikeluarkan zakatnya apabila kadar emas tulennya sudah mencukupi nisabnya.

Apa erti Emas perhiasan?

Emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti kalung, anting-anting, gelang, cincin dan sebagainya. Mengenai penentuan zakatnya adalah seperti berikut: Kalau hanya sekadar dibuat simpanan, maka zakatnya wajib dikeluarkan. Kalau untuk tujuan perhiasan harian, berikut perinciannya: Jika emas perhiasan tersebut dalam kategori barangan yang haram digunakan seperti cincin emas lelaki, gelas emas, pen emas dan sebagainya maka zakatnya wajib dikeluarkan. Jika ia dalam kategori barangan yang boleh dipakai seperti segala jenis barang kemas wanita, maka tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Ini menurut pendapat Imam al-Syafi‘i yang paling sahih. Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah, tetap wajib dikeluarkan zakatnya tanpa mengira kategorinya. 1/40 daripada kadar nisabnya atau 2.34 gram.

apa-erti-emas-2

 

Sumber: Kamus Istilah Fiqih oleh M. Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafi'ah AM.

M. Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafi'ah AM

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz isu No.5


Al-Ustaz

Majalah yang dilahirkan untuk merungkai segala persoalan feqah, akidah dan lain-lain perihal agama dalam kalangan masyarakat. Diwakili oleh pelbagai kolumnis pakar dalam pelbagai bidang. Majalah yang padat serta dikukuhkan berdasarkan Al-Quran & Hadis. Sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada persoalan-persoalan dan menjawab segala kekeliruan permasalahan di kalangan umat islam.

 

Dapatkan majalah Al-Ustaz keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Kembali ke atas