Menu

 

A+ A A-

ANDAI RASULULLAH MASIH ADA... INGIN AKU MENYUAKAN MAKANAN KEPADANYA

Kisah 1:
ABU Ayyub al-Ansari r.a. berkata: “Suatu hari, kami sedang duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w. Baginda pun menyuakan makanan kepada kami. Tidak pernah kulihat makanan yang lebih besar berkatnya daripada makanan itu pada awal kami memakannya. Namun tidak pernah pula kulihat makanan yang lebih sedikit berkatnya daripada makanan itu pada saat terakhir kami memakannya. Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana hal ini boleh terjadi?’ Baginda menjawab, ‘Kita menyebut nama Allah ketika kita mulai makan. Tetapi, kemudian ada orang yang duduk lalu makan tanpa menyebut nama Allah. Maka syaitan pun makan bersamanya.’” (Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Bagawi)

Kisah 2:
Aisyah r.ha berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah makan bersama enam orang sahabat Baginda. Tiba-tiba seorang Badwi datang dan ikut makan bersama mereka sebanyak dua suapan. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Seandainya dia menyebut nama Allah, nescaya makanan ini cukup untuk kamu semua.’” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Darimi, Ahmad dan Bagawi)

suakanmakanan-2

Kisah 3:
Jabir r.a. berkata: “Suatu hari, aku menemui Rasulullah s.a.w. dan melihat buah labu dipotong-potong. Aku bertanya, ‘Kenapa buah ini dipotong-potong?’ Baginda menjawab, ‘Untuk memperbanyak makanan kita.’” (Riwayat Ibnu Majah dan Nasa’i)

Kisah 4:
Anas bin Malik r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali disuakan makanan atau diundang dalam jamuan, aku selalu mengikuti dan menyuakan buah labu di hadapan Baginda kerana aku tahu bahawa Baginda menyukainya.” (Riwayat Ahmad, Darimi, Nasa’i dan Abu Dawud)   

Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.2


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Kembali ke atas