Menu

 

A+ A A-

JUJUR KHIANAT

Jujur ialah sifat orang beriman. Orang yang beriman akan jujur pada pertuturan dan tingkah lakunya.

VS Khianat termasuk dalam sifat orang munafik. Orang yang munafik berbohong dalam percakapan dan tidak jujur dalam perbuatannya.

 
Orang yang jujur sentiasa dipuji, disenangi dan dipercayai oleh orang lain. 
VS 
Orang yang khianat sentiasa memuji diri sendiri, diragui dan tidak dipercayai orang lain.
 

****************************************

Kejujuran datang daripada hati yang bersih dan tenang tanpa ada rasa bimbang kerana segala-galanya dilakukan kerana Allah. 
VS
Orang yang khianat mempunyai hati yang kotor. Jiwanya tidak tenteram kerana bimbang akan terbongkar ketidakjujurannya.

****************************************

Hidupnya sentiasa dimuliakan orang di sekeliling, dihormati dan namanya juga harum. Mereka mempunyai kehormatan dan harga diri yang tinggi. 
VS
Orang yang khianat dan berbohong akan dihina, tidak bernilai dan dibenci orang lain. Mereka tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Nama baiknya juga akan tercemar dan tidak suka didengar.
 
****************************************
 
Kelebihan orang yang jujur akan mendapat rahmat, keberkatan di samping pahala. Darjatnya tinggi di sisi Allah s.w.t. Syurga ialah sebaikbaik balasan bagi mereka yang jujur dan amanah. 
VS
Balasan orang yang khianat ialah mendapat dosa dan kemurkaan Allah s.w.t., kadang-kadang dibalas semasa di dunia lagi. Neraka ialah destinasi bagi mereka yang tidak jujur dan khianat.
 
****************************************

 

 

MAHFUZAH OMAR

Sumber artikel daripada GEN-Q 10

Mahfuzah Omar

B.A (HSc) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pernah bertugas sebagai editor penerbitan di Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas