SURAH AL-TAKATHUR- PERINGATAN KEPADA YANG BEREBUT HARTA
- Kategori Al Quran
MAJORITI ulama berpendapat surah ini merupakan surah Makkiyah, iaitu surah yang turun sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah. Dinamakan sebagai surah al-Takathur keranan fokus utama surah ini adalah memperbaiki kefahaman manusia terhadap harta dan pemilikannya. Ini disebabkan kecenderungan manusia itu ke arah mengumpulkan harta, lantas menjadikannya sebab untuk berbangga diri dan menganiayai manusia yang lain.