Menu

 

A+ A A-

MOTIVASI MENUNTUT ILMU

MOHON ustaz berikan kata-kata semangat supaya saya rajin menuntut ilmu.

Tidak ada motivasi yang lebih hebat berbanding motivasi daripada Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 18 yang bermaksud: “Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia jua, begitu juga para malaikat dan orang yang berilmu juga turut menyaksikan perkara yang sama iaitu Tuhan yang berdiri atas keadilan.”

Perhatikan Allah s.w.t. memulakan penyaksian itu dengan diri-Nya sendiri, disusuli dengan para malaikat dan sesudah itu orang yang berilmu. Ini sahaja telah cukup membuktikan bahawa Allah memuliakan orang yang berilmu sehingga mengiktiraf dan mengambil kira penyaksian mereka.

motivasi-menuntut-ilmu-1

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Allah mengangkat orang yang beriman dalam kalangan kamu dan begitu juga orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, beberapa darjat.” (Surah al-Mujadalah 58 : 1)

Banyak sebab yang mendorong menuntut ilmu, antaranya bagi meningkat ketakwaan kepada Allah. Allah s.w.t. menyebut dalam surah Fatir ayat 28 yang bermaksud: “Orang yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah orang yang berilmu pengetahuan.”

motivasi-menuntut-ilmu-2

Dan antara tanda Allah suka, kita akan dijadikan orang yang mendalami ilmu agamanya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan terhadapnya, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukumhukum agama dan akan diilhamkan petunjuk-Nya.” (Riwayat Ahmad)

Datuk Haji Ismail Kamus
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.4


Dato’ Haji Ismail Kamus

Lulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selama 15 tahun di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan akhir beliau ialah sebagai pakar rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan. Kini sebagai pendakwah bebas di samping menjadi peniaga dan pengamal perubatan Islam Darus Salam.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas