Menu

 

A+ A A-

NOTA JUTAWAN

DALAM mencapai apa jua kejayaan, motivasi diri ialah keutamaan. Seseorang itu tidak akan dapat mencapai cita-citanya, tanpa motivasi diri dan inspirasi.

Impian boleh dicapai oleh semua insan, tidak kira tua atau muda, tidak kira apa jua bangsa atau agama. Dengan berpegang kepada keyakinan bahawa apa sahaja yang diimpikan akan tercapai, iringi dengan doa dan ikhtiar, impian anda tidak mustahil untuk menjadi milik anda. 

Berikan 100% Komitmen!

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan di sepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, lagi hebat masalah dan halangan yang perlu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang.

JANGAN SESEKALI PUTUS ASA.

Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Bukan untuk lihat diri anda kacak atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun-cun belaka! Di mana anda berada ketika ini? (Bukan di bangku atau sofa!) Pada ketika ini, apakah keadaan anda? Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa hadapan anda. Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini kerana itu ialah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Cermin Diri Sendiri

Bukan untuk lihat diri anda kacak atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun- cun belaka! Di mana anda berada ketika ini? (Bukan di bangku atau sofa!) Pada ketika ini, apakah keadaan anda? Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa hadapan anda.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini kerana itu ialah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Ubah Diri Anda

Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok-belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda perlu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu.

Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lama untuk menjadi kaya. Kejayaan kewangan amat sukar untuk dicapai sekiranya kita hanya menumpukan pada waktu kerja 8 jam sehari. Kajian pada golongan yang berjaya dari segi kewangan menurut buku The Millionaires Next Door menunjukkan waktu yang mereka fokus pada kerja-kerja yang penting dan produktif secara purata adalah antara 60 hingga 70 jam satu minggu. Kebanyakan yang mencapai status jutawan memberi tumpuan bekerja secara produktif yang lebih lama melebihi 80 jam seminggu!

Bantuan dan Motivasi bagi Yang Sudah Berjaya

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan dan motivasi? Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Walaupun sudah bertaraf juara dunia, Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho, Zidane dan lain-lain. Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat amat diperlukan untuk mencapai kejayaan!

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, anda perlu ketahui di manakah tahap ilmu perniagaan anda ketika ini. Sekiranya anda bermatlamat untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda, anda perlu lihat kedudukan keuntungan perniagaan anda ketika ini dan dari mana datangnya keuntungan tersebut supaya anda tahu bagaimana caranya untuk melipatgandakan keuntungan anda.¤

Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu Perdana

 


 

Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Selepas tamat pengajian tinggi di United Kingdom (U.K.), beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd., Birmingham, U.K. sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet. Beliau memulakan perniagaan di internet pada 1999, dan dalam masa 3 tahun telah memperoleh untung bersih RM1 juta, ketika berusia 25 tahun. Beliau menulis buku Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed. Pada 2006, beliau dianugerah kan Young Innovation Award daripada Oxford Association of Management, U.K. Beliau juga sebagai kolumnis majalah, mengendalikan seminar, ceramah dan sering muncul di tv dan radio. Layari laman web beliau di www.irfankhairi.com/blog.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas