Menu

 

A+ A A-

JADI JUTAWAN DERMAWAN

Dalam memanjat kejayaan jangan mengabaikan tanggungjawab. Nanti hidup jadi tertekan dan banyak urusan lain yang terbengkalai.

"YA ALLAH, murahkan rezekiku! Kebanyakan orang tidak lupa berdoa untuk menjadi kaya. Hampir semua orang bercita-cita nak jadi kaya. Tapi, berapa kerat antara mereka yang membuat keputusan untuk menjadi kaya? Ternyata ramai orang yang melupakan soal ini. Keinginan tanpa keputusan tekad takkan membulatkan keinginan itu. Lalu, dia hanya menjadikan keinginannya satu khayalan.

Ia singgah seketika dan pergi begitu sahaja. Tiada manfaat apa-apa. Setiap perkara hebat selalunya bermula dengan anggapan mustahil terhadapnya. Jika anda memberitahu orang lain, “Saya nak jadi jutawan.” Orang mungkin akan mentertawakan keinginan anda. Muka macam kau nak jadi jutawan? Menjadi jutawan selalu dianggap mustahil kerana ia satu pencapaian yang hebat. Ramai orang yang menginginkan perkara hebat tersebut tapi tidak ramai orang yang mengambil keputusan untuk mencubanya. Apabila ada orang yang berjaya merealisasikannya, barulah orang lain menerima realiti ia bukan mustahil.

Anda pilih yang mana?

Hmm, anda pilihlah sendiri sama ada anda hanya mengangguk kagum pada pencapaian orang lain ataupun anda sendiri yang berusaha mencapainya.

jutawan 1

 

Langkah Menjadi Kaya

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Tanpa membuat keputusan, anda bagaikan berdiri di tengah-tengah pagar. “Kaya ok, tak kaya pun ok. Biarlah aku macam ni aje.” “Err, kalau kaya perompak datang. Kalau miskin takut melarat. Baik tak usah fikir. Hidup macam ni sudahlah.” Kenapa membiarkan paradigma anda terbelenggu dengan pelbagai risiko? Memang setiap perkara ada risiko. Tapi ingat, semuanya ada jalan keluar. Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya hari ini mesti lebih baik dari semalam. Jangan hanya berada di takuk lama. Ayuh! Mulai hari ini, bukan esok, bukan lusa, tapi hari ini juga! Tetapkan keputusan anda untuk menjadi kaya. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan. Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda. Cepat! Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu. Usah bertangguh! Saat ini juga, cuba fikir dan bulatkan pilihan.¤

 

          Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu No.4


Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Selepas tamat pengajian tinggi di United Kingdom (U.K.), beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd., Birmingham, U.K. sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet. Beliau memulakan perniagaan di internet pada 1999, dan dalam masa 3 tahun telah memperoleh untung bersih RM1 juta, ketika berusia 25 tahun. Beliau menulis buku Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed. Pada 2006, beliau dianugerah kan Young Innovation Award daripada Oxford Association of Management, U.K. Beliau juga sebagai kolumnis majalah, mengendalikan seminar, ceramah dan sering muncul di tv dan radio. Layari laman web beliau di www.irfankhairi.com/blog.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas