Menu

 

A+ A A-

KEUNGGULAN SYARIAH ISLAMIAH DAN UNDANG-UNDANGNYA

Syariat Islam cukup unggul kerana ia datang daripada Tuhan yang bersifat Maha Sempurna lagi Maha Mengetahui. Allah s.w.t. menerangkan bahawa kebahagiaan dan kehidupan kita yang mulia terangkum dalam pelaksanaan syariat Allah dan berhukum dengan segala syariat-Nya dalam semua aspek kehidupan.

keunggulan-syariah-islamiah -1

Dalam al-Fiqh al-Manhaji (jil.1, hal. 17-19) pada mukadimahnya, pengarang menyebut berkenaan dengan keunggulan fiqah Islam. Antara lain katanya: “Fiqah Islam membawa kesucian agama dan mempunyai kekuatan rohani, kerana ia merupakan hukum-hukum syarak yang datang daripada Allah s.w.t. dan mendapat keredaanNya jika ditaati dan mendapat kemurkaan-Nya jika diingkari. Ia bukanlah semata-mata undang-undang yang terpisah daripada perasaan hati kecil manusia terhadap ikatan dan hubungan dengan Penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Tidak syak lagi bahawa kehidupan manusia merangkumi pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka diperolehi dengan memelihara semua aspek tersebut melalui peraturan dan perundangan. Oleh sebab fiqah Islam merupakan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan. Justeru, fiqah Islam datang dalam keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.”

Kesyumulan Syariat Islam

Seperti yang diketahui, oleh sebab ia dari pada Allah s.w.t., syariatnya merangkumi semua aspek kehidupan. Dalam kitab fiqah, para ulama dan fuqaha jelas mem bahagikan syariat Islam kepada tujuh bahagian utama, iaitu:

Pertama: Hukum Ibadah, iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan beribadat kepada Allah s.w.t. seperti berwuduk, solat, puasa dan lain-lain.

Kedua: Hukum Kekeluargaan, iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan nikah kahwin, perceraian dan lain-lain.

Ketiga: Hukum Muamalat, iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan interaksi manusia dan hubungan sesama manusia seperti jual beli, pinjaman, gadaian dan lain-lain.

Keempat: Hukum Pemerintahan atau Siasah Syariyah, iaitu hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah seperti menegakkan pentadbiran yang adil, mem basmi kezaliman dan lain-lain.

Kelima: Kanun Keseksaan, iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah, memelihara keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri dan lain-lain.

Keenam: Hukum Hubungan Antarabangsa, iaitu hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara-negara lain dari segi peperangan, perdamaian dan lain-lain.

Ketujuh: Adab dan Akhlak, iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak, maruah, pekerti yang baik dan yang buruk dan lain-lain.

keunggulan-syariah-islamiah -2

Pelaksanaan Hukum Qisas dan Implikasinya

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup

bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah 2: 179)

Syeikh al-Sya’rawi berkata: “Di sini kita dapati bentuk ayat yang datang dengan firmanNya: ‘Wahai orang yang beriman diwajib kan ke atas kamu qisas’, sedangkan di sini didatangkan dalam bentuk al-Quran: ‘Bagi kamu pada qisas’.”

Ini menunjukkan betapa mendalam dan kukuhnya syariat yang datang bersama dengan ke wajipan dan hak-hak. Maka tiada kewajipan tanpa hak dan tiada hak tanpa kewajipan. Hingga kita mengetahui betapa tingginya syariat yang dituntut daripada setiap Mukmin untuk melihat apa yang wajib daripada taklif dan disertakannya dengan hak. Supaya orang yang beriman dapat memahami cahaya manhaj Allah bagi mendapat keadilan yang mutlak.

Al-Syahid Syed Qutub berkata: “Hukuman qisas itu bukannya bertujuan membalas dendam dan memuaskan perasaan dendam kesumat, malah ia mempunyai tujuan yang lebih mulia dan tinggi daripada itu lagi, iaitu untuk membela hidup dan untuk kepentingan hidup, malah qisas itu sendiri merupakan hidup. Dan di samping itu ia bertujuan supaya manusia berfikir tentang hikmah undang-undang qisas itu serta menggerak dan merangsang hati mereka ke arah takwa kepada Allah.”

Wujud undang-undang qisas itu terbit dari pada tindakan men cegah penjenayah pada peringkat awal lagi, daripada melakukan pencerobohan hak orang lain. Orang yang tahu bahawa dia pasti mem bayar de ngan nyawanya apabila dia membunuh orang lain, tentulah akan berfikir panjang dan dia akan teragak-agak (untuk me laku kan pen cerobohan). Ia juga terbit daripada kepuasan hati para waris-waris apabila berlakunya pembunuhan qisas itu kerana ia tidak lagi menaruh perasaan dendam dan keinginan menuntut bela, iaitu suatu keinginan yang tidak menge nal batas dalam kalangan suku-suku Arab sehingga terus-menerus mencetuskan peperangan yang terputus-putus selama 40 tahun sebagaimana yang telah berlaku dalam Peperangan al-Basus yang terkenal. Juga se bagaimana kita lihat dalam kehidupan sesetengah orang Arab pada hari ini, di mana darah terus mengalir dalam pembunuhan demi pembunuhan, atas alas an membalas dendam antara keluarga dan kaum, yang berlanjutan generasi demi generasi, seolah- olah tiada hentinya.

Dalam undang-undang qisas terdapat jaminan hidup dalam erti kata yang syumul, kerana pencerobohan atas setiap nyawa dan semua manusia hidup yang mempunyai sifat hidup yang sama dengan si mati yang dibunuh.

Apabila undang-undang qisas dapat mencegah penjenayah daripada mencabut satu nyawa, maka bererti ia dapat mencegah penjenayah itu daripada menceroboh seluruh nyawa yang lain. Pencegahan itu member jaminan hidup yang mutlak, iaitu ia bukan hanya memberi jaminan hidup kepada satu individu, kepada satu keluarga, kepada satu kelompok, malah memberi jaminan kepada hidup seluruhnya.

Ibn Qayyim dalam I’lam alMuwaqqi’in jil.2, hlm. 122, berkata:

“Kalaulah tidak adanya qisas nescaya binasa dan rosaklah alam dan akhirnya seluruh kehidupan diancam kebinasaan. Qisas merupakan suatu pencegah dan penghalang daripada berlakunya kerosakan dan daripada penumpahan darah dengan se bab jenayah dan pelaksanaan hukum. Ke rana itu, berkata orang Arab pada zaman jahiliah: ‘Pembunuhan boleh menafi kan bagi pembunuhan (yang lain) dan menumpah kan darah boleh memelihara darah.’ Najis tidak boleh dibasuh dengan najis, bahkan jenayah yang merupakan najis hendaklah dibasuh dengan qisas.”

Hikmah Pensyariatan Syariat Hudud

Syeikh Dr. Muhammad Abu Syahbah dalam Majalah Muhadharat Rabitah al-Alami Islami tahun 1396 di Makkah al-Mukarramah berkata:

“Berkenaan dengan hikmah pensyariatan hudud, apabila kita melihat kepada jenayah dan perlakuan kejahatan yang membawa kepada hukuman hudud, nescaya kita dapati jenayah tersebut keji dan membawa kepada kerosakan. Tiada satu daripadanya kecuali ia boleh mencacatkan asas Islam yang lima atau keperluan penjagaan dan pemeliharaan lima asas yang disepakati oleh semua agama, iaitu memelihara agama, jiwa, akal, maruah dan harta.”

Terdapat banyak nas daripada al-Quran dan hadis yang menggambarkan betapa beruntungnya mereka yang kembali kepada syariat Allah s.w.t. dan berhukum dengannya, berbanding dengan yang mengingkari serta memilih segala kanun dan undang-undang yang lain, bukan semata-mata boleh menghalang kes dan indeks jenayah tetapi melahirkan lebih banyak jenayah baru.

Keunggulan Syariat Islam

Keunggulan syariah Islam dilihat pada kata-kata Syeikh Abdul Qadir Audah dalam al-Tasyri’ al Jina’i al-Islami 1/8: “Kita gembira dengan pengiktirafan daripada ahli undang-undang yang kembali kepada syariat dalam bidang-bidang kemasyarakatan kerana nas-nas kanun yang dihukum ambilan dan sumbernya daripada syariat islamiah… Berkenaan dengan bahagian jenayah yang menjadi akidah majoriti pengamal undang-undang tidaklah sepakat pada zaman kita dan tidak sesuai untuk di laksanakan pada hari ini, sekalipun tidak sampai kepada tahap undang-undang buatan manusia. Ini merupakan akidah yang sesat dan tersilap.

“Hal ini kerana kejahilan dan kita merasa pelik di mana kita berhukum berkenaan dengan jenayah pada syariat dengan ketidakbaikan undang-undang Islam. Inilah sebesar-besar jahil berkenaan dengan hukum-hukum syariat. Dan siapa yang mahu melihat kesilapan fahaman dan akidah ini yang sesat, hendaklah menelaah pada kitab-kitab syariat Islam yang pasti mendedahkan setiap asas dan kaedah serta teori dalam syariat Islamiah.”

Seterusnya beliau berpendapat:

“Kita jahil berkenaan dengannya tanpa sebarang alasan untuk kuperkenalkan kepada manusia, bidang ini sebenarnya menjelaskan bahawa syariat Islamiah mengatasi kanun Wad’iy hasil ciptaan tangan-tangan manusia yang amat jarak perbezaannya dalam masalah jenayah yang umum. Suka ditegaskan bahawa bidang jenayah dalam syariat Islamiah sesuai dan munasabah dengan selayak-layaknya untuk dilaksanakan pada zaman sekarang dan juga akan datang sebagaimana ia sesuai dilaksanakan pada zaman dahulu.”

Semoga kita meyakini keunggulan syariat Islam dalam semua aspek seterusnya dapat mengamalkannya dalam kehidupan kita, kerana ia merupakan syariat Ilahi yang sudah pasti unggul dan agung.


Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sumber artikel daripada majalah Solusi 6


Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dilahirkan di Terengganu. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Madinah dalam bidang Syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama tersohor di sana. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Jordan dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (Masters) di Syria, seterusnya berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Kini beliau bergerak secara bebas sebagai penulis. penceramah, penasihat agama dan pakar rujuk. Di samping itu, beliau ialah AJK Fatwa Terengganu (sejak 2005). Antara jawatan terkini beliau ialah ahli Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji, ahli Panel Syariah dan Aqidah JAKIM dan ahli Panel Syariah Bank Muamalat. Beliau juga dikenali sebagai Muryid dalam rancangan al-Daurah di Radio IKIM.FM.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

  

 

Kembali ke atas