Menu

 

A+ A A-

MENGUJI KESABARAN NABI MUSA

Nabi Musa adalah salah seorang nabi ulul ‘Azmi, iaitu para nabi yang menempuh kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan risalah Allah s.w.t. kepada kaum mereka. Suatu hari, Nabi Musa menyampaikan perintah Allah s.w.t. kepada bani israel supaya menyembelih seekor lembu.

KISAH TELADANHal ini disebabkan seorang lelaki kaya dalam kalangan mereka telah dibunuh. Bagi mencari pembunuhnya, sebahagian daripada anggota badan lembu yang telah disembelih itu akan dipukul ke atas badan mayat. Dengan kuasa Allah s.w.t., mayat akan hidup semula dan memberitahu kepada orang ramai siapakah pembunuhnya. Tetapi, Bani israel menganggap arahan ini sebagai suatu ejekan kepada mereka. Sebagai tanda tidak mahu melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, mereka bertanyakan pelbagai soalan kepada baginda tentang lembu tersebut. Nabi Musa a.s. bersabar dan melayani permintaan mereka

Bani israel: “serulah kepada Tuhanmu bagi pihak kami supaya Dia dapat menerangkan kepada kami tentang lembu itu.”

Nabi Musa: “ia adalah seekor lembu yang tidak tua dan sederhana usianya.

Bani israel: “serulah kepada Tuhanmu bagi pihak kami supaya Dia dapat menerangkan kepada kami akan warnanya.”

Nabi Musa: “ia adalah seekor lembu yang berwarna kuning.”

Bani israel: “serulah kepada Tuhanmu bagi pihak kami supaya Dia dapat menerangkan kepada kami tentang lembu ini. sesungguhnya ia mengelirukan kami, dan sesungguhnya dengan kehendak Allah s.w.t., pasti kami akan mendapat petunjuk.”

Nabi Musa: “ia merupakan seekor lembu yang tidak digunakan untuk bercucuk tanam dan tidak mempunyai warna lain selain daripada warnanya itu.”

MUSAAkhirnya, barulah mereka mencari dan membelinya daripada seorang lelaki soleh. selepas disembelih, salah satu anggota badan lembu itu dipotong dan dipukul ke atas badan mayat. Lalu, ia hidup dan mengkhabarkan kepada orang ramai tentang pembunuhnya, kemudian mati kembali dengan kuasa Allah s.w.t. Beginilah sikap Nabi Musa yang sentiasa bersabar dalam melayan kerenah kaumnya.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda tentang Nabi Musa ketika Baginda telah dituduh tidak membahagikan harta rampasan perang dengan adil, maksudnya: “semoga Allah s.w.t. merahmati Nabi Musa. Sesungguhnya baginda telah disakiti lebih daripada kadar ini tetapi baginda tetap bersabar.”

Ustaz Muhammad Yusuf A Kadir
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.7


Ustaz Muhammad Yusuf b. Abd Kadir

Beliau editor Unit Terjemahan Telaga Biru Sdn. Bhd. Lulusan Universiti al-Azhar (B.A. Hons Usuluddin: Hadis dan Ulum Hadis) dan merupakan salah seorang kolumnis Majalah GenQ. Antara guru beliau adalah Syeikh ‘Ali Soleh iaitu seorang guru di Masjid al-Azhar.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas