Menu

 

A+ A A-

SAHABAT: ANTARA JALAN SUKAR ATAU MUDAH

Sahabat

BUKAN senang untuk menghadapi hari-hari sendirian tanpa sahabat di sisi. Tetapi, harus bijak memilih sahabat yang boleh menunjukkan jalan. Nampak baik luaran bukan bermaksud baik keseluruhan. Kenali dengan siapa kita berkawan.

Adakah kriterianya seperti menyukai majlis ilmu ataupun suka bersedekah ataupun sebaliknya; tidak mahu menasihati kita apatah lagi dinasihati oleh kita. Mari buat sedikit checklist. Adakah kawan anda seorang yang:

antara-jalan-sukar-atau-mudah-1

Jika jawapannya ya, tinggalkan mereka dan carilah yang lebih baik kerana kita mahu bersahabat kerana Allah, bersahabat sampai ke syurga.

Jalan

Hidup tidak pernah lari daripada membuat pilihan dan keputusan. Apakah dasar pemilihan sesuatu keputusan?

Ya, mestilah meletakkan Allah sebagai matlamat dan akhirat sebagai tujuan. Apabila terpaksa membuat dua pilihan antara yang baik dan buruk sendiri yang bertekad untuk membuat pilihan, sahabat yang ada di sisi turut sama membantu menarik tangan. Sahabat yang baik pasti akan membawa kita pada jalan yang betul. Awas daripada silap memilih kawan yang menyebabkan tersalah laluan.

Jadi, jangan merajuk jika sahabat menegur. Tidak semestinya dia berlagak mahu jadi orang baik. Usah terasa hati andai sahabat menasihati. Itu petanda dia mengambil berat urusan dunia dan akhirat kita. Bersangka baik, sebenarnya dia mahu memimpin tangan kita bersama-samanya ke syurga.

antara-jalan-sukar-atau-mudah-2

Jalan yang Salah

Bagaimana jika tersalah memilih sahabat lalu menyebabkan tersalah memilih jalan kehidupan? Ingat, Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Selagi nyawa belum dijemput Tuhan, selagi itu, peluang sentiasa terbuka. Sebab itu kita masyhur dengan kata-kata: “Sekiranya sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan.” Mulakan semula jalan kehidupan dengan bantuan sahabat yang sudi dan mahu membimbing dan menasihati kita.

Destinasi

Semua daripada kita mengharapkan pertemuan bukan sahaja di dunia, bahkan sampai ke syurga. Jika persahabatan kerana Allah berakhir disebabkan kematian, mereka dapat bertemu semula di akhirat. Jika persahabatan itu dihijab dengan jarak yang jauh, mereka dekat kerana jambatan doa.

antara-jalan-sukar-atau-mudah-3

Inilah janji Allah dan Rasulullah bagi mereka yang berkasih sayang kerana Allah apabila tiba di destinasi terakhir nanti. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:

1. Imam (pemimpin) yang adil.

2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab: ‘Aku takut kepada Allah.’

6. Seorang yang bersedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.

7. Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan ibn Majah).

Nurul Amirah Binti Abdul Rahim
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No. 8


Nurul Amirah Abdul Rahim

Lulusan Universiti Teknologi Mara

Kembali ke atas