Menu

 

A+ A A-

KILAT DAN HUJAN BATU

Ditulis oleh 

AHLI sains menyatakan bahawa hujan batu merupakan faktor terjadinya kilat. Apakah pandangan al-Quran tentang kenyataan ini?

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.” (Surah al-Nur 24: 43)

Dalam ayat di atas, selepas Allah s.w.t. menyebut tentang hujan batu, Allah s.w.t. menyebut tentang kilat. Persoalannya, adakah hujan batu menjadi faktor utama terhasilnya kilat? Mari kita lihat sama-sama. Awan menjadi seperti “dielektrikkan” apabila hujan ais batu itu melalui satu kawasan di awan yang penuh dengan supercooled droplets dan ice crystals. Apabila ais batu itu bergeser dengan titisan air, titisan air serta ais batu itu akan membeku dan membebaskan haba pendam.

kilat-dan-hujan-batu-1

Ini menyebabkan permukaan ais batu itu lebih panas daripada hablur ais yang berada di sekelilingnya. Apabila pergeseran antara ais batu dengan titisan air berlaku, satu fenomena yang penting akan berlaku, iaitu elektron mengalir daripada objek yang sejuk kepada objek yang panas. Ini menyebabkan ais batu itu akan bercas negatif.

Kesan yang sama berlaku apabila supercooled droplets bersentuhan dengan ais batu dan menyebabkan serpihan-serpihan ais kecil yang bercas positif pecah. Zarah-zarah yang lebih ringan ini kemudiannya dibawa ke bahagian atas awan oleh updraft. Hujan batu yang bercas negatif pula akan jatuh ke bahagian bawah awan, yang menyebabkan bahagian bawah awan bercas negatif. Apabila cas negatif pada awan terlalu banyak, cas negatif tersebut akan tertarik ke arah cas positif di permukaan bumi dan ini akan membentuk laluan ion.

Laluan ion akan mencari titik rintangan bumi yang paling rendah kerana titik rintangan bumi yang paling rendah adalah tempat yang paling mudah cas negatif mengalir ke bumi. Apabila laluan ion menyentuh bumi, satu nyahcas elektrik iaitu kilat akan berlaku mengikuti laluan ion tersebut. Petir pula berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah di atmosfera dalam satu awan, atau antara awan dengan permukaan tanah, atau antara dua permukaan tanah. Kesimpulannya, hujan batu adalah faktor utama terpancarnya kilat.

Berapa banyak tenaga elektrik yang dipancarkan oleh kilat serta berapakah suhu kepanasannya?

Kilat adalah cahaya terang yang dipancarkan di langit sewaktu hujan. Petir adalah kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba menghasilkan lintasan cahaya dan bunyi guruh. Kilat menghasilkan sekurang-kurangnya dua sambaran. Dalam sambaran pertama, cas negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah di bumi. Sambaran yang pertama bukanlah sambaran yang terang. Kilat yang bercabang biasanya dilihat keluar daripada jalur kilat yang utama. Tenaga yang dilepaskan oleh satu sambaran petir lebih besar daripada yang dihasilkan oleh seluruh Pusat Penjanaan Elektrik Amerika Syarikat. Manakala suhu sesuatu jalur petir itu mencapai 10,000 darjah Celsius.

Kepanasan yang dihasilkan oleh petir yang terkecil adalah 10 kali ganda. Cahaya yang dikeluarkan oleh petir lebih terang daripada cahaya 10 juta bola lampu siling yang bernilai 100 watt. Sebagai bandingan, satu kilatan petir menyinari sekelilinginya secara lebih terang dibandingkan ketika satu lampu siling dinyalakan di setiap rumah di Istanbul.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nur ayat 43 yang bermaksud: “Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” Betapa dahsyatnya panahan kilat sehinggakan kadang-kadang mata kita juga menjadi silau. Satu sambaran petir memiliki tenaga untuk menyalakan sebuah lampu yang berukuran 100 watt selama lebih dari tiga bulan. Satu sambaran petir mempunyai kekuatan elektrik berjumlah 20,000 ampere. Kilat bergerak sepantas 150,000 km persaat dan 100,000 kali ganda lebih cepat daripada suara.

kilat-dan-hujan-batu-2

Bagaimana pula tentang kejadian guruh secara saintifik dan sudut perspektif Islam?

Guruh terjadi apabila udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 darjah Celsius, iaitu lebih panas daripada suhu permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena panahan kilat ini akan menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menyebabkan guruh berlaku. Akibatnya, udara tersebut terbias melebihi kelajuan bunyi walaupun rencatan gelombang kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter.

Gelombang suara terbentuk mengikut udara atmosfera dan bentuk permukaan selepasnya. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Guruh itu merupakan golongan malaikat yang diwakilkan untuk mengawal awan, ditangannya ada penukul daripada api yang digunakan untuk mengarah dan mengekang awan. Suara yang didengari itu merupakan arahannya sehinggalah awan berada di tempat yang diarahkan.” Dalam Islam, guruh adalah suara malaikat yang sedang mengarah awan. Allah s.w.t. menceritakan sesuatu itu mesti ada penyebabnya. Tiada suatu benda pun yang berada di bumi ini dicipta tanpa alasan yang munasabah. Mari kita renungkan bersama.

Dalam ayat 43, surah al-Nur,Allah s.w.t ada juga menyebut tentang kilat. Adakah kilat ini terhasil daripada hujan batu? Bagaimanakah al-quran menerangkan tentang kilat?

Dalam surah al-Nur, ayat 43, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.”

Dalam ayat di atas, selepas Allah s.w.t. menyebut tentang hujan batu, Allah s.w.t. menyebut tentang kilat. Adakah hujan batu menjadi faktor utama terhasilnya kilat? Mari kita lihat bersamasama. Awan menjadi seperti dicas apabila hujan air batu itu melalui satu kawasan di awan yang penuh dengan “ supercooled droplets” (titisan air sejuk) dan “ice crystals” (hablur ais). Apabila ais batu itu bergeser dengan titisan air, titisan air serta ais batu itu akan membeku dan membebaskan haba pendam. Ini menyebabkan permukaan ais batu itu lebih panas daripada hablur ais yang berada di sekelilingnya. Apabila pergeseran antara ais batu serta titisan air berlaku, satu fenomena akan berlaku, iaitu elektron mengalir daripada objek yang sejuk kepada objek yang panas. Ini menyebabkan ais batu itu akan bercas negatif.

kilat-dan-hujan-batu-3

Kesan yang sama berlaku apabila supercooled droplets bersentuhan dengan ais batu dan menyebabkan serpihanserpihan ais kecil yang bercas positif pecah. Zarah-zarah yang lebih ringan ini kemudiannya dibawa ke bahagian atas awan oleh updrafts. Hujan batu yang bercas negative pula akan jatuh ke bahagian bawah awan, yang menyebabkan bahagian bawah awan bercas negatif. Apabila cas negatif pada awan terlalu banyak, cas negatif tersebut akan tertarik ke arah cas positif di permukaan bumi dan ini akan membentuk laluan ion.

Laluan ion akan mencari titik rintangan bumi yang paling rendah. Rintangan bumi yang paling rendah adalah tempat yang paling mudah cas negatif mengalir ke bumi. Apabila laluan ion menyentuh bumi, satu nyahcas elektrik iaitu kilat akan berlaku mengikuti laluan ion tersebut. Petir pula berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah di atmosfera dalam satu awan, atau antara awan dan permukaan tanah, atau antara dua permukaan tanah. Petir adalah kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya dan bunyi guruh. Di sini, dapat kita simpulkan, bahawa hujan batu menjadi faktor utama berlakunya pancaran kilat.

Wallahu a‘lam.

Ustaz Fauzi Bin Abdul Hamid

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 2


 

Read 11284 times
Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid

Lulusan B.A dalam Usuluddin dan M.A dalam Ulum Hadis di Universiti Faisalabad, Pakistan. Kini bertugas sebagai editor syariah di jabatan penerbitan Telaga Biru Sdn.Bhd. Aktif dalam berdakwah di masjid dan surau. Antara guru beliau Syeikh Tariq Jamil iaitu ulama besar Pakistan dan Syeikh Ubaidillah (mufti). 

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.