Menu

 

A+ A A-

UNIKNYA KIBLAT KITA

SOALAN: Bolehkah ustaz ceritakan tentang keistimewaan Kaabah dari segi saintifik?

Jawapan

Kaabah merupakan kiblat Muslimin. Ia terletak di kota suci Makkah yang amat dicintai seluruh umat Islam. Sesiapa yang pertama kali sampai ke Masjidilharam pasti akan teruja untuk melihat Kaabah secara langsung. Kajian sains menunjukkan bahawa Kaabah terletak di pusat bumi. Allah berfirman:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Surah al-Hajj: 27)

Dalam ayat di atas, Allah menggunakan perkataan uniknya-kiblat-kita-2 . Mengapa Allah menggunakan perkataan uniknya-kiblat-kita-3tetapi tidak menggunakan perkataan uniknya-kiblat-kita-4 sedangkan maksud kedua-duanya sama iaitu “perjalanan yang jauh”?

Penggunaan perkataanuniknya-kiblat-kita-5 adalah untuk menunjukkan perjalanan yang rata. Seperti yang kita tahu, bumi ini bentuknya tidak rata, malah dikatakan seperti bentuk telur burung unta. Oleh sebab itu, Allah menyebut sedemikian untuk menunjukkan perjalanan Jemaah haji di atas permukaan bumi yang tidak rata.

Timbul satu persoalan lain. Adakah Kaabah itu berada tepat di pusat bumi? Jawapannya ya, seperti yang dinyatakan Allah dalam al-Quran:

“Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) Ummul Qura dan sekalian penduduk negeri-negeri di sekelilingnya.” (Surah al-Syura: 7)

Perkataan Ummul Qura bermaksud pusat bagi kota-kota lain dan kota-kota di sekelilingnya. Perkataan uniknya-kiblat-kita-6 dalam ayat al-Quran di atas bermaksud “di sekeliling”. Ini menunjukkan bahawa Makkah terletak di pusat bumi.

Seorang pemikir Islam, Abi Fadlallah al-Emary turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta itu terkandung dalam kitabnya yang berjudul Masalik Al-Absar Fi Mamalik Al-Amsar. Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat dan ternyata ia menunjukkan bahawa Makkah adalah pusat bumi.

Banyak pelukis-pelukis peta mula melukis dari timur iaitu Australia, Jepun dan China lalu mereka menghabiskan lukisan itu di sebelah barat pula iaitu Amerika Syarikat. Ternyata ia membuktikan lagi yang Ummul Qura berada tepat di pusat bumi.

Astronaut Amerika, Neil Armstrong juga telah menemui bukti bahawa Kaabah adalah pusat Bumi. Ketika kali pertama beliau melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, beliau berkata: “Planet Bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?”

Para angkasawan telah menemukan bahawa planet Bumi mengeluarkan suatu radiasi. Setelah melakukan penelitian lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Makkah, dan lebih tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Selain itu, di kawasan tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’. Apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar di antara kedua-dua kutub.

Kawasan itu terletak di Makkah iaitu Kaabah yang merupakan pusat emas Bumi. Kerana itulah jika seseorang tinggal di Makkah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan graviti. Hal ini kerana peredaran darah di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Maka dengan mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan ini akan menambahkan tenaga.

Hajarulaswad

Salah satu kenangan manis ketika menunaikan umrah dahulu ialah saya dapat mengucup Hajarulaswad selepas bersusah payah mengharungi jemaah lain yang turut sama berpusu-pusu. Bukan sekali, bahkan dua kali. Bolehkah ustaz ceritakan tentang sejarah Hajarulaswad ini?

Jawapan

Hajarulaswad ialah batu hitam yang terletak di sudut tenggara Kaabah iaitu tempat ibadah tawaf dimulakan. Hajarulaswad diletakkan di Kaabah semasa Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina Kaabah.

Semua jemaah haji yang dating ke Baitullah disunatkan mencium Hajarulaswad ketika melakukan tawaf. Jika tidak mampu, maka cukuplah dengan menyentuhnya sahaja atau melambai kepadanya dari jauh.

Batu ini ialah batu yang istimewa dan merupakan batu tertua di dunia. Pada asalnya, ia berwarna putih. Ia berdasarkan sabda Rasulullah: “Hajarulaswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu. Dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Riwayat al-Tirmizi) Batu ini sesungguhnya sangat unik. Apa tidaknya, kajian saintifik telah membuktikan bahawa ia sebuah batu yang bukan berasal dari Bumi atau mana-tempat di alam ini.

Begitulah sejarah dan keistimewaan Hajarulaswad. Beruntunglah sesiapa yang pernah mengucupnya kerana batu ini akan menjadi saksi di akhirat kepada sesiapa yang menciumnya. Maka sesiapa yang berpeluang menunaikan haji atau umrah, ambillah peluang untuk mengucupnya.

Wallahu a‘lam

USTAZ FAUZI ABDUL HAMID

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


 

Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid

Lulusan B.A dalam Usuluddin dan M.A dalam Ulum Hadis di Universiti Faisalabad, Pakistan. Kini bertugas sebagai editor syariah di jabatan penerbitan Telaga Biru Sdn.Bhd. Aktif dalam berdakwah di masjid dan surau. Antara guru beliau Syeikh Tariq Jamil iaitu ulama besar Pakistan dan Syeikh Ubaidillah (mufti). 

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas