JOGING
- Ditulis oleh Haji Muhammad Zakaria
- Kategori Sukan
- Read 6383 times
BERJOGING atau berjalan pantas selaju 6 kilometer sejam merupakan aktiviti fizikal paling mudah dilaksanakan dan paling kurang memerlukan persiapan dan perbelanjaan. Kita cuma memerlukan sepasang pakaian yang menyerap peluh, kasut joging dan luang masa setengah jam, itu pun sudah mencukupi.
Kenapa perlu berjoging? Ada yang membuat telahan bahawa berjoging adalah aktiviti orang kaya-kaya dan hanya untuk orang yang banyak masa terluang. Ini tidak benar sama sekali. Pandangan ini meleset ya! Ini kerana berjoging boleh dinikmati bersama semua golongan dan juga kepada yang pandai mengurus masa walau bagaimana sibuk sekali pun. Bukankah kita sering sahaja bertemu dengan orang yang malas dan tidur hingga matahari meninggi pada hari cuti?
Ada patutnya juga untuk kita mengetahui sebab musabab kenapa kita perlu berjoging. Tidaklah nanti kita hanya dapat merasa penat sahaja tanpa menikmati kepuasan berjoging.
Buat permulaan kita harus berjalan laju dan berlari-lari anak sejauh kira-kira 5 kilometer. Teruskan selama 20 hingga 30 minit . tiga kali seminggu dan beransur-ansur meningkatkan tempoh joging sehingga kita mampu berjoging mengikut sasaran yang ditetapkan. Bagaimana pula dengan pakaian? Dan bagaimana pula kedudukan tubuh bersama pergerakan anggota yang lain? Juga , apakah langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kecederaan? Baik Di sini diterangkan perkara tersebut.
Sesungguhnya joging bukanlah aktiviti yang membazir. Susunlah masa anda dengan baik untuk mencari ruang berjoging sekurang- kurangnya tiga kali seminggu demi kesihatan minda dan fizikal. Jika minda dan fizikal sihat, mudah untuk kita beribadah. ¤
Haji Muhammad Zakaria
Sumber artikel daripada majalah Gen Q Isu Perdana
Haji Muhammad Zakaria
Lulusan University of Tasmania dan University of Newcastle, Australia, berpengalaman sebagai pendidik, pensyarah, CEO kolej swasta, master trainer, kolumnis, penulis, editor dan usahawan. Beliau kini menjawat sebagai Pengerusi Yayasan Antarabangsa Sri al-Ain-Aceh, Presiden Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), Timbalan Presiden Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia (URUS) dan Mudir Tahfiz Sri al-Ain. Sering muncul di kaca tv sebagai perunding motivasi, antaranya TV3, RTM1 dan juga Radio Ikim.fm. Beliau juga sering ke luar negara mengetuai misi kemanusiaan, antaranya ke Aceh, Jakarta, Kemboja dan juga masyarakat orang asli.
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.