Menu

 

A+ A A-

RAHSIA BELAJAR BERKUMPULAN

RAMAI pelajar tidak tahu bahawa belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian. Dalam Islam pun berjemaah lebih baik daripada berseorangan dalam semua aktiviti. Ahli motivasi mendefinisikan “kumpulan” atau “team” sebagai “Together Everyone Achieves More” (berkumpulan menjadikan setiap orang lebih berjaya).

Henry Ford berkata: “Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.” (Datang berkumpul adalah permulaan. Berada dalam kumpulan adalah kemajuan. Bekerja dalam kumpulan adalah kejayaan.)

12 Ciri-ciri belajar dalam kumpulan

1-Ada misi, visi dan kecintaan.

Misi ialah agenda yang akan dilaksanakan. Visi ialah matlamat. Kecintaan ialah keseronokkan melakukan sesuatu aktiviti atau bidang.

2-Setiap ahli dalam kumpulan sama mustahak.

Semua orang dihargai dan tidak seorang pun yang terlalu diberi keistimewaan.

3-Bekerjasama secara kumpulan.

We must all hang together or we shall all be hang separately. (Kita mesti bersatu atau kita akan disembelih berasingan).

4-Bekerja berseorangan tidak berkesan.

Apabila ditanya kepada Thomas Alva edison kenapa beliau memerlukan satu kumpulan yang terdiri daripada 21 orang pembantu, beliau menjawab, “Jika saya boleh menyelesaikan semua masalah sendiri, saya akan lakukan.”

5- Setiap ahli kumpulan mesti memainkan peranan yang optimum.

Juara kumpulan ialah kumpulan para juara.

6-Semua ahli sehati sejiwa dan samasama menyelesaikan masalah yang mendatang.

Ingat, memakai baju yang seragam semata-mata bukan bermakna anda berada dalam satu kumpulan.

7-Selalu bertemu dan mengadakan diskusi dan mesyuarat.

Ahli kumpulan yang jarangjarang mengadakan pertemuan dan mesyuarat tidak akan merasai diri mereka dipunyai oleh sesuatu kumpulan tersebut. Mereka tidak mengakui peranan untuk kejayaan kumpulan.

8-Ahli bersikap toleransi.

Kumpulan yang berkesan bukan hanya satu koleksi beberapa orang ahli tetapi suatu proses memberi dan menerima.

9-Semua ahli berlumba-lumba memberi sumbangan.

Jika dua orang bersetuju perkara yang sama, salah seorang di antara mereka tidak relevan.

10-Berjaya dalam jangka masa panjang.

Bakat seseorang boleh membawa kemenangan kepada sesuatu pertandingan. Tetapi kerja berkumpulan dan kebijaksanaan akan membawa kemenangan kepada sesuatu kejuaraan.

11-Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Pembahagian kerja dalam kalangan ahli dalam kumpulan membahagi (meringankan) tugas tetapi menggandakan kejayaan.

12-Elakkan sifat individualistik (kepentingan individu).

Peribahasa Inggeris menyebut: Seorang tidak mampu mencipta simfoni. Ia memerlukan satu okestra untuk menciptanya.

Haji Muhammad Zakaria

Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.2


Haji Muhammad Zakaria

Lulusan University of Tasmania dan University of Newcastle, Australia, berpengalaman sebagai pendidik, pensyarah, CEO kolej swasta, master trainer, kolumnis, penulis, editor dan usahawan. Beliau kini menjawat sebagai Pengerusi Yayasan Antarabangsa Sri al-Ain-Aceh, Presiden Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), Timbalan Presiden Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia (URUS) dan Mudir Tahfiz Sri al-Ain. Sering muncul di kaca tv sebagai perunding motivasi, antaranya TV3, RTM1 dan juga Radio Ikim.fm. Beliau juga sering ke luar negara mengetuai misi kemanusiaan, antaranya ke Aceh, Jakarta, Kemboja dan juga masyarakat orang asli.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas