Menu

 

A+ A A-

KEKELIRUAN QUNUT SUBUH

Ditulis oleh 

SOALAN: Saya sering mendengar perbincangan tentang hukum melakukan qunut dalam solat Subuh. Sebagai orang awam, saya keliru. Bolehkah ustaz jelaskan pendapat para ulama berkenaan dengan perkara ini?

Jawapan:

Qunut dari segi bahasa mempunyai beberapa makna antaranya taat, solat, lama berdiri, diam dan yang paling masyhur ialah doa. Imam Nawawi mengatakan bahawa qunut bermaksud doa sama ada baik atau sebaliknya.

Manakala dari segi istilah pula, qunut adalah suatu nama bagi doa dalam solat pada tempat yang tertentu ketika berdiri. Terdapat tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut dalam solat Subuh, solat witir Ramadan dan nazilah. Perbincangan kali ini dikhaskan tentang salah satu daripadanya sahaja, iaitu hukum qunut dalam solat Subuh. Berikut merupakan empat pendapat ulama berkenaan dengannya:

QUNUT1

Kaifiat Qunut

SOALAN: Bagaimana cara melakukan qunut? Boleh atau tidak kita menyapu muka selepas membaca doa qunut tersebut?

QUNUT2Jawapan:

Mengikut mazhab Maliki, kita tidak perlu mengangkat tangan ketika membaca doa qunut. Ini sebagaimana tidak diangkat tangan ketika mengucapkan “amin” dan ketika doa dalam tahiyat.

Bacaannya pun dilakukan dengan suara perlahan sama ada bagi imam, makmum atau berseorangan. Kerana doa sepatutnya dirahsiakan untuk berjaga-jaga daripada riyak.

Adapun menurut Mazhab Syafii, disunatkan mengangkat tangan apabila membaca doa qunut. Apabila selesai, tidak sunat menyapu muka dengan kedua-dua tangan. Mazhab Syafii turut menjelaskan bahawa doa qunut sunat dibaca dengan kuat oleh imam. Sekiranya berseorangan, doa itu hendaklah dibaca secara perlahan.

Bagi seorang makmum, sekiranya ia mendengar bacaan doa daripada imam, hendaklah ia mengaminkan doanya. Sekiranya dia tidak mendengar, maka dia hendaklah membaca doa dengan perlahan.

QUNUT3

Meninggalkan Qunut

SOALAN: Saya berasa selesa mengikuti pendapat yang mengatakan qunut Subuh adalah sunat. Saya mengamalkannya sejak kecil hingga sekarang. Suatu hari saya terlupa melakukan qunut kerana terburu-buru hendak pergi ke tempat kerja. Adakah solat saya itu sah?

Jawapan:

Ringkasnya: Solat tersebut disepakati sah hukumnya oleh para ulama.

Huraian: Mengikut mazhab Maliki, sesiapa yang meninggalkan qunut secara sengaja ataupun terlupa, maka solatnya tetap sah. Ia tidak diperintahkan untuk melakukan sujud sahwi. Malah sekiranya ia melakukan sujud sahwi sebelum salam, maka batal solatnya. Adapun menurut Mazhab Syafii, sesiapa yang meninggalkan qunut Subuh sama ada sengaja ataupun terlupa, solatnya tetap sah. Namun ia disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum atau selepas salam. Jika ia tidak melakukannya juga, solatnya tetap sah.

 

Wallahu a‘lam.

Ustaz Fuad Ismail
Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.13


Read 15131 times
Fuad Ismail

Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Bayt, Jordan. Berpengalaman dalam bidang penulisan buku-buku agama dan bahasa Arab untuk sekolah rendah agama (SRA), KAFA, j-QAF dan untuk sekolah menengah. Kini menjawat jawatan sebagai Editor di Telaga Biru Sdn. Bhd.