Menu

 

A+ A A-

MERAIH ISTIQAMAH

SOALAN: Apa yang saya faham, dalam Islam kita disuruh beristiqamah. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan istiqamah? Mohon pencerahan.

Istiqamah berasal dari perkataan meraih-istiqamah-4 dijelaskan dalam kamus al-Farid merujuk kepada beberapa makna contohnya berdiri, lurus, tegak dan sebagainya.

Ia kemudiannya berkembang kepada meraih-istiqamah-4.1 yang bermaksud tetap, konsisten dan teguh dalam melakukan perkara-perkara taat yang juga melibatkan amal soleh. Inilah yang disebutkan oleh para ulama contohnya al-Nawawi dalam Riyadhus Solehin sebagai beriltizam dalam ketaatan kepada Allah.

Ayat yang Berat

SOALAN: Boleh ustaz sebutkan ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang istiqamah dan mengapakah perkataan ini digunakan? Apakah rahsia seseorang itu dapat mengamalkan istiqamah?

Istiqamah ini disebutkan oleh Allah pada beberapa tempat dalam al-Quran salah satunya: “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa beristiqamah sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Hud: 112)

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi untuk menjaga, mengamalkan dan membimbing manusia tanpa jemu walaupun menghadapi berbagai ancaman dan kezaliman para musuh.

Allah menggunakan perintah istiqamah yang terbit dari perkataan meraih-istiqamah-4 yang bermakna berdiri kerana kebanyakan pekerjaan jarang dapat disempurnakan melainkan dalam posisi berdiri. Jadi pemilihan perkataan ini adalah untuk menggambarkan keadaan yang terbaik dan sempurna bagi segala sesuatu sesuai dengan sifatnya. Penggunaan qiamullail contohnya yang bermaksud mendirikan malam dengan berbagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan itu istiqamah boleh diterjemahkan sebagai melaksanakan sesuatu hingga sempurna dan mengelakkan sebarang kekurangan dalam perlaksanaan. Merujuk kepada surah Hud ini para ulama tafsir meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa tiada ayat yang lebih berat kepada Nabi berbanding dengan ayat ini.

Dan itulah sebabnya mengapa Baginda Nabi menyifatkan surah Hud ini telah pun menyebabkan Baginda beruban. Apabila ditanya kepada Baginda apakah ayat yang menjadikannya beruban, Baginda menjawab: “Perintah-Nya: beristiqamahlah sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.”

meraih-istiqamah-2

Mudah Menjadi Sukar

meraih-istiqamah-7meraih-istiqamah-6

SOALAN: Boleh ustaz huraikan dengan lebih lanjut? Saya masih kurang jelas.

Membincangkan tuntutan Allah dalam surah Hud ini secara teliti kita akan mendapati kebanyakan para ulama tafsir menjelaskan bahawa istiqamah ini mengandungi makna berterusan melakukan ibadah secara moderat iaitulah antara dua titik ekstrem, tanpa melampau secara berlebihan atau terlalu kurang.

Sayyid Qutb menjelaskan bahawa istiqamah ini adalah melakukan ibadah dan amal soleh secara berterusan tanpa membenarkan diri leka dan lalai. Itulah sebabnya Allah menyertakan selepas perintah istiqamah ini larangan agar tidak melampaui batasmeraih-istiqamah-4.2. Sebab perintah istiqamah ini apabila dikeluarkan tanpa diingatkan jangan melampau akan menyebabkan manusia melakukannya secara berlebihan hingga menjadi payah.

Larangan supaya tidak berlebihan dalam melakukan amal soleh ini telah dinyatakan oleh Nabi “Sesungguhnya agama Islam itu mudah. Dan tidaklah seseorang itu menjadikan urusan agamanya susah kecuali ia akan menyulitkannya. Maka tunjukkan kepada jalan kebenaran, bercakaplah dengan baik, sampaikan berita gembira, mohonlah pertolongan pada waktu pagi dan petang dan sesuatu daripada pada waktu malam.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain pula Nabi bersabda yang bermaksud: “Sebaik amalan di sisi Allah ialah apa yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)

Para sahabat bersungguh dalam melaksanakan ketaatan baik melibatkan keyakinan, ucapan, mahupun perbuatan dan mereka berterusan mengerjakan amal soleh sampai ke akhir hayat.

DR. HJ. ZAHAZAN MOHAMED
Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed

Dilahirkan di Melaka, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Kelang, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan. Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di Universiti Malaya, dan meneruskan pelajaran ke peringkat Ph.D. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Sering dijemput ceramah agama di samping sering muncul dalam program radio dan tv. Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di beberapa akhbar dan majalah.

Terbaharu, Dr. Zahazan sedang menjayakan pengajian tafsir “KULTUM” (Kuliah Tafsir Tujuh Minit) setiap hari di Surau Firdaus, Saujana Damansara. Satu ayat akan dikupas pada setiap hari. Pembaca boleh mengikuti beliau melalui Youtube dengan carian “kultum ust zahazan”.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

  

  TBBK1057 TBBK1157TBBK1182

   TBBK1052TBBK1297TBBK1126

    TBBK1214TBBK1052

Kembali ke atas