Menu

 

A+ A A-

SULTAN MURAD II JULANG ISLAM KE BENUA EROPAH

Dalam usia baru 18 tahun dia sudah  ditabalkan sebagai raja. Jajahan pemerintahan terkenal seantero dunia pada waktu itu – sebuah empayar yang agung dan gagah. Turut menjadi kebanggaan kawan dan taulan manakala lawan menyimpan gerun dan iri hati.

Itulah sultan yang ke-6 memegang takhta dalam pemerintahan Empayar Turki Othmaniah. Menaiki takhta pada tahun 1421.  Baginda terkenal sebagai seorang raja yang memerintah dengan tegas dan bijaksana.

Pada peringkat awal menaiki takhta, kebolehan dan kewibawaan Sultan Murad II tidak berapa mendapat perhatian penguasa kerajaan yang lain. Terutama sekali kerajaan Rom Timur (Byzantium), satu-satunya penguasa yang cukup kuat dan berpengaruh pada waktu itu.

Kononnya atas rasa belas kasihan, Kaisar Manuel, Maharaja Rom telah mempelawa Sultan Murad menghantar dua orang adiknya ke Constantinople (ibu kota Kerajaan Rom) untuk menerima pendidikan di sana. Tetapi tawaran itu ditolak.

“Haram bagi orang Islam menerima didikan dari orang Nasrani,” titah baginda tegas. 

Era pemerintahan Empayar Turki Othmaniah berhadapan dengan musuh dari luar. Menghadapi penentangan yang tidak putus-putus, tidak hairanlah Sultan Murad adalah seorang panglima perang yang gagah berani. Di samping baginda juga ahli sufi yang zuhud, terbukti dengan pendiriannya yang membenci kebesaran dan keduniaan walaupun berada di kedudukan tertinggi dalam kerajaan. 

Pemerintahan berlandaskan Islam tidak tertakluk untuk negara Turki saja. Justeru di atas landasan menyebarkan syiar tauhid ke serata ceruk muka bumi Allah ini, Sultan Murad II tidak menghabiskan masa di atas singgahsananya saja. Tidak juga leka dalam khusyuk ibadah dan munajat di kamar suluk.

Sebaliknya terjun ke tengah umat berhadapan dengan realiti kehidupan sebenar. Ada kalanya kebenaran perlu ditegakkan dengan peperangan apabila situasi menuntut begitu. Semakin hari semakin luas wilayah takluk jajahan kerajaan Turki Othmaniah; kerajaan Islam.

Menawan Negara-negara Eropah 

Di bawah pemerintahan Sultan Murad II, para pemberontak dalam negeri Berjaya dihapuskan. Pada tahun 1422 iaitu setahun selepas menduduki takhta, baginda telah berjaya menguasai kota-kota di sekeliling kota Konstantinople. Tahun yang sama juga Berjaya menawan Albania. Tahun berikutnya Sultan Murad II menawan Romania. 

Pada tahun 1439, berjaya menawan Bulgaria. Semakin luas berkembang penguasaan kerajaan Empayar Turki Othmaniah,semakin kukuhlah terpancang panji-panjiIslam, menakluki kerajaan-kerajaan bukan Islam. Kemenangan demi kemenangan yangdiraih mula menimbulkan kebimbangan para penguasa kerajaan di Eropah. 

Berhadapan dengan seorang raja yang mengambil dunia sekadar untuk melepaskan keperluannya saja, rela pula bermati-matian demi agama, ertinya mereka berhadapandengan lawan yang memang tidak takut mati. Bahkan sentiasa mencari peluang untuk mati di medan perang! 

Lalu timbullah kesepakatan antara mereka untuk sama-sama bangkit menentang kemaraan para pejuang Islam Turki di Eropah. Tetapi terlambat langkah, Sultan Murad lebih pantas bertindak memintas rancangan besar itu. Tahun 1433 Tentera Salib Berjaya dikalahkan dalam peperangan Derbendi. 

Raja Sigmund, raja negeri Maghyar (Hungary) yang menjadi ketua pakatan, akhirnya tunduk. Namun pengganti Raja Sigmund iaitu Raja Albert berusaha untuk memberontak. Kemaraan semula tentera Islam Turki ke Eropah kali ini disambut dengan tentangan yang lebih hebat. 

Walaupun banyak peperangan yang dimenangi, namun ternyata musuh tidak mudah mengalah begitu saja. Bermacam cara dilakukan untuk menghimpunkan tenaga yang lebih besar lagi. Dijual surat-surat pengampunan dosa oleh Pope di Rom kepada siapa saja yang tampil ke medan perang.

Dalam situasi yang benar-benar mendesak, Sultan Murad terpaksa berundur ke Andreanople, pusat kerajaan Turki di Eropah. Terasa betapa hebatnya pukulan angkatan perang Eropah. Sesekali terlintas di benak, mungkin akan tumbang penguasaan Empayar Turki Othmaniah di Eropah sekiranya musuh terus mara dan melanggar Andreanople.

Dalam taqarrub diri kepada Allah menerusi ibadah serta munajat yang tidak pernah bertangguh, Sultan Murad II mengharapkan pertolongan langsung kepada Yang Maha Esa.Sambil itu sentiasa beliau memperingatkan kepada anggota pasukan agar selalu menyuburkan iman dan keyakinan kepada Allah.

Waktu itu, Panglima perang Eropah yang dipimpin oleh Panglima Huynade sedang mara,tiba-tiba terbayang di benaknya kekuatan angkatan perang Islam Turki. Angkatan yang besar itu sedang menunggu-nunggu kedatangan musuh untuk dihancurkan. Timbul rasa gerun, lalu mereka berundur.

Perjanjian Damai

Sultan Murad kembali ke Turki. Baginda mengikat perjanjian damai dengan raja-raja di sekitar. Perjanjian itu ditulis dengan kesaksian al-Quran bagi umat Islam dan Injil bagi orang-orang Nasrani. Kemudian baginda mengangkat puteranya yang baru berusia 14 tahun menjadi raja, menggantikan dirinya yang mahu menghabiskan sisa-sisa usia di zawiyah suluknya.

Perkembangan tersebut rupa-rupanya kembali merangsang gelora nafsu berperang raja-raja Eropah. Suatu perkara yang amat melegakan mereka apabila seorang anak yang baru menginjak remaja diberi kepercayaan besar memimpin sebuah kerajaan. Jika diukur berdasarkan faktor usia dan pengalaman, pasti kepimpinan itu tidak akan menjadi. 

Sepakat mereka mengkhianati perjanjian keamanan yang telah dimeterai dengan Sultan Murad II. Diyakinkan sungguh-sungguh kepada pasukan tentera masing-masing, mengingkari janji dengan musuh (orang Islam) tidaksalah, walaupun sebelum itu mereka telah bersumpah dengan kitab Injil. Mengertilah kita bahawa permusuhan Kristian terhadap Islam adalah suatu permusuhan yang tidak pernah mengenal damai. 

Berita pengkhianatan itu cepat sampai ke Turki. Merasakan Sultan Muhammad II (anakanda Sultan Murad II) masih kurang berpengalaman mendepani situasi sebegitu, para pembesar istana menghadap Sultan Murad meminta pandangan dan nasihat. Tersinggung benar Sultan Murad mengetahui tindakan raja-raja Eropah seperti sengaja mempersendakan kita suci al-Quran dan Injil. 

Ancaman itu memaksa Sultan Murad keluar dari persulukannya di Magnasia, Asia Kecil. Terjun ke dalam kancah peperangan yang cukup sengit. Walau pukulan serangan yang dilancarkan sungguh hebat, tentangan serta serangan balas pihak lawan ternyata amat  bersemangat sekali. Benar-benar musuh mahu menghapuskan kekuatan dan pengaruh Islam di tanah air mereka. 

Sehinggalah akhirnya pada tahun 1448, gabungan Tentera Salib itu berjaya juga dikalahkan iaitu di Peperangan Kosovo. Lebih kurang tiga tahun selepas itu, tokoh besar istana yang berjiwa sufi ini telah dijemput pulang menghadap Ilahi dalam usia 47 tahun. Kesinambungan pemerintahannya diteruskan oleh anakanda baginda, Sultan Muhammad II atau lebih masyhur dengan gelar Sultan Muhammad al-Fateh. 

Putera inilah yang kemudian menepati sabda Rasulullah s.a.w. sewaktu menggali khandaq. Isyarat yang Rasulullah lihat di sebalik tiga percikan api dari beliung yang menghentam sebungkah batu yang sangat keras... 

“Suatu masa nanti, mahligai raja Rom akan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Penakluknya ialah sebaik-baik raja. Tenteranya pula adalah sebaik-baik tentera.”

Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh jatuhnya Constantinople yang menjadi pusat pemerintahan dan kekuasaan kerajaan Rom. Terbuktilah, bagindalah sebaik-baik raja yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. itu.  

Dalam usia baru 18 tahun dia sudah  ditabalkan sebagai raja. Jajahan pemerintahan terkenal seantero dunia pada waktu itu – sebuah empayar yang agung dan gagah. Turut menjadi kebanggaan kawan dan taulan manakala lawan menyimpan gerun dan iri hati. Itulah sultan yang ke-6 memegang takhta dalam pemerintahan Empayar Turki Othmaniah. Menaiki takhta pada tahun 1421.  

Baginda terkenal sebagai seorang raja yang memerintah dengan tegas dan bijaksana. Pada peringkat awal menaiki takhta, kebolehan dan kewibawaan Sultan Murad II tidak berapa mendapat perhatian penguasa kerajaan yang lain. Terutama sekali kerajaan Rom Timur (Byzantium), satu-satunya penguasa yang cukup kuat dan berpengaruh pada waktu itu.

Kononnya atas rasa belas kasihan, Kaisar Manuel, Maharaja Rom telah mempelawa Sultan Murad menghantar dua orang adiknya ke Constantinople (ibu kota Kerajaan Rom) untuk menerima pendidikan di sana. Tetapi tawaran itu ditolak. “Haram bagi orang Islam menerima didikan dari orang Nasrani,” titah baginda tegas.

Era pemerintahan Empayar Turki Othmaniah berhadapan dengan musuh dari luar. Menghadapi penentangan yang tidak putus-putus, tidak hairanlah Sultan Murad adalah seorang panglima perang yang gagah berani. Di samping baginda juga ahli sufi yang zuhud, terbukti dengan pendiriannya yang membenci kebesaran dan keduniaan walaupun berada di kedudukan tertinggi dalam kerajaan.

Pemerintahan berlandaskan Islam tidak tertakluk untuk negara Turki saja. Justeru di atas landasan menyebarkan syiar tauhid ke serata ceruk muka bumi Allah ini, Sultan Murad II tidak menghabiskan masa di atas singgahsananya saja. Tidak juga leka dalam khusyuk ibadah dan munajat di kamar suluk.

Sebaliknya terjun ke tengah umat berhadapan dengan realiti kehidupan sebenar. Ada kalanya kebenaran perlu ditegakkan dengan peperangan apabila situasi menuntut begitu. Semakin hari semakin luas wilayah takluk jajahan kerajaan Turki Othmaniah; kerajaan Islam.


Menawan Negara-negara Eropah

Di bawah pemerintahan Sultan Murad II, para pemberontak dalam negeri Berjaya dihapuskan. Pada tahun 1422 iaitu setahun selepas menduduki takhta, baginda telah berjaya menguasai kota-kota di sekeliling kota Konstantinople. Tahun yang sama juga Berjaya menawan Albania. Tahun berikutnya Sultan Murad II menawan Romania.SOLUSI 8 -81.2

Pada tahun 1439, berjaya menawan Bulgaria. Semakin luas berkembang penguasaan kerajaan Empayar Turki Othmaniah,semakin kukuhlah terpancang panji-panjiIslam, menakluki kerajaan-kerajaan bukan Islam. Kemenangan demi kemenangan yangdiraih mula menimbulkan kebimbangan para penguasa kerajaan di Eropah.

Berhadapan dengan seorang raja yang mengambil dunia sekadar untuk melepaskan keperluannya saja, rela pula bermati-matian demi agama, ertinya mereka berhadapandengan lawan yang memang tidak takut mati. Bahkan sentiasa mencari peluang untuk mati di medan perang! 

Lalu timbullah kesepakatan antara mereka untuk sama-sama bangkit menentang kemaraan para pejuang Islam Turki di Eropah. Tetapi terlambat langkah, Sultan Murad lebih pantas bertindak memintas rancangan besar itu. Tahun 1433 Tentera Salib Berjaya dikalahkan dalam peperangan Derbendi.

Raja Sigmund, raja negeri Maghyar (Hungary) yang menjadi ketua pakatan, akhirnya tunduk. Namun pengganti Raja Sigmund iaitu Raja Albert berusaha untuk memberontak. Kemaraan semula tentera Islam Turki ke Eropah kali ini disambut dengan tentangan yang lebih hebat. 

Walaupun banyak peperangan yang dimenangi, namun ternyata musuh tidak mudah mengalah begitu saja. Bermacam cara dilakukan untuk menghimpunkan tenaga yang lebih besar lagi. Dijual surat-surat pengampunan dosa oleh Pope di Rom kepada siapa saja yang tampil ke medan perang.

Dalam situasi yang benar-benar mendesak, Sultan Murad terpaksa berundur ke Andreanople, pusat kerajaan Turki di Eropah. Terasa betapa hebatnya pukulan angkatan perang Eropah. Sesekali terlintas di benak, mungkin akan tumbang penguasaan Empayar Turki Othmaniah di Eropah sekiranya musuh terus mara dan melanggar Andreanople. Dalam taqarrub diri kepada Allah menerusi ibadah serta munajat yang tidak pernah bertangguh, Sultan Murad II mengharapkan pertolongan langsung kepada Yang Maha Esa.Sambil itu sentiasa beliau memperingatkan kepada anggota pasukan agar selalu menyuburkan iman dan keyakinan kepada Allah.

Waktu itu, Panglima perang Eropah yang dipimpin oleh Panglima Huynade sedang mara,tiba-tiba terbayang di benaknya kekuatan angkatan perang Islam Turki. Angkatan yang besar itu sedang menunggu-nunggu kedatangan musuh untuk dihancurkan. Timbul rasa gerun, lalu mereka berundur.

Perjanjian Damai  

Sultan Murad kembali ke Turki. Baginda mengikat perjanjian damai dengan raja-raja di sekitar. Perjanjian itu ditulis dengan kesaksian al-Quran bagi umat Islam dan Injil bagi orang-orang Nasrani. midKemudian baginda mengangkat puteranya yang baru berusia 14 tahun menjadi raja, menggantikan dirinya yang mahu menghabiskan sisa-sisa usia di zawiyah suluknya.  

Perkembangan tersebut rupa-rupanya kembali merangsang gelora nafsu berperang raja-raja Eropah. Suatu perkara yang amat melegakan mereka apabila seorang anak yang baru menginjak remaja diberi kepercayaan besar memimpin sebuah kerajaan. Jika diukur berdasarkan faktor usia dan pengalaman, pasti kepimpinan itu tidak akan menjadi.  

Sepakat mereka mengkhianati perjanjian keamanan yang telah dimeterai dengan Sultan Murad II. Diyakinkan sungguh-sungguh kepada pasukan tentera masing-masing, mengingkari janji dengan musuh (orang Islam) tidaksalah, walaupun sebelum itu mereka telah bersumpah dengan kitab Injil. Mengertilah kita bahawa permusuhan Kristian terhadap Islam adalah suatu permusuhan yang tidak pernah mengenal damai.  

Berita pengkhianatan itu cepat sampai ke Turki. Merasakan Sultan Muhammad II (anakanda Sultan Murad II) masih kurang berpengalaman mendepani situasi sebegitu, para pembesar istana menghadap Sultan Murad meminta pandangan dan nasihat. Tersinggung benar Sultan Murad mengetahui tindakan raja-raja Eropah seperti sengaja mempersendakan kita suci al-Quran dan Injil.  

Ancaman itu memaksa Sultan Murad keluar dari persulukannya di Magnasia, Asia Kecil. Terjun ke dalam kancah peperangan yang cukup sengit. Walau pukulan serangan yang dilancarkan sungguh hebat, tentangan serta serangan balas pihak lawan ternyata amat  bersemangat sekali. Benar-benar musuh mahu menghapuskan kekuatan dan pengaruh Islam di tanah air mereka.  

Sehinggalah akhirnya pada tahun 1448, gabungan Tentera Salib itu berjaya juga dikalahkan iaitu di Peperangan Kosovo. Lebih kurang tiga tahun selepas itu, tokoh besar istana yang berjiwa sufi ini telah dijemput pulang menghadap Ilahi dalam usia 47 tahun. Kesinambungan pemerintahannya diteruskan oleh anakanda baginda, Sultan Muhammad II atau lebih masyhur dengan gelar Sultan Muhammad al-Fateh. 

Putera inilah yang kemudian menepati sabda Rasulullah s.a.w. sewaktu menggali khandaq. Isyarat yang Rasulullah lihat di sebalik tiga percikan api dari beliung yang menghentam sebungkah batu yang sangat keras...  

“Suatu masa nanti, mahligai raja Rom akan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Penakluknya ialah sebaik-baik raja. Tenteranya pula adalah sebaik-baik tentera.” 

Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh jatuhnya Constantinople yang menjadi pusat pemerintahan dan kekuasaan kerajaan Rom. Terbuktilah, bagindalah sebaik-baik raja yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. itu.

 

 

 

 Zuraimi Ismail

 Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu 8


 

 

 

 

Kembali ke atas