Menu

 

A+ A A-

PENTINGNYA MINDA KEWANGAN YANG SIHAT

MENCAPAI kekayaan pada masa ekonomi yang tidak menentu amat mencabar sekali. Tetapi, daripada pemerhatian Abang Abu sendiri, walaupun dalam keadaan yang sekalipun mencabar, masih ada sebahagian daripada kita yang berjaya mencapai matlamat kewangan. Manakala ada pula yang tidak sama sekali mendapat seperti yang dirancang. Mengapa dan kenapa adalah soalan yang bermain di benak fikiran Abang Abu.

Hasil daripada sedikit kajian yang dilakukan, didapati bahawa kejayaan mencapai matlamat kewangan ini sebenarnya bersangkut paut dengan minda dan pemikiran seseorang. Contohnya, ada yang merasakan bahawa wang itu harus dibelanjakan untuk perbelanjaan segera abuseperti  sewa rumah, utiliti dan perbelanjaan yang lain. Kebiasaannya mereka akan membelanjakan semua wang mereka. Ada pula yang merasakan bahawa wang perlu disimpan dan dilaburkan untuk masa hadapan. Mereka juga akan bekerja keras sebagai satu cara untuk mendapatkan wang tambahan.

Memahami minda kewangan sendiri akan menyedarkan anda kedudukan kewangan anda sekarang. Dalam masa yang sama, minda akan memikirkan bagaimana untuk menjadikan wang hasil bekerja adalah penting untuk mencapai matlamat kewangan yang baik.

Pilihan yang Tepat

Adakah anda mempunyai minda kewangan yang akan memberi keselesaan sepanjang kehidupan anda? Soalan ini boleh membuatkan anda menukar cara anda bekerja dan juga cara anda mengembangkan pulangan kewangan. Anda harus membuat pilihan sama ada anda ingin bekerja keras hari ini sekadar untuk dibelanjakan pada hari ini juga, ataupun anda mahu bekerja keras dan berbelanja dengan bijak agar anda dapat melaburkan sebahagiannya untuk masa depan kelak.

abu 1

 

Mencapai Matlamat Kewangan

abu 3Setelah pilihan yang betul dilakukan, maka barulah anda mempunyai peluang untuk mencapai matlamat kewangan anda pada masa hadapan. Dengan membuat pilihan untuk mencapai matlamat kewangan, anda akan merasakan seperti sesuatu yang penting telah dicapai. Memang benar sekali, ramai yang tidak mempunyai matlamat kewangan atau tidak ingin membuat sebarang matlamat kewangan. Ini menyebabkan mereka sentiasa dalam masalah kewangan pada masa akan datang.

abu 2Menetapkan matlamat kewangan adalah langkah pertama dan paling utama untuk mencapai segala impian anda. Ramai orang tidak berjaya mencapai matlamat kerana mereka tidak mempunyai dorongan yang kuat serta tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Dengan mengawal minda kewangan anda, akan dapat melihat pelbagai perkara yang mengagumkan berlaku dalam kehidupan anda.

Daripada perbincangan di atas, sudah pasti anda dapat merasakan bahawa betapa pentingnya menetapkan minda kewangan yang betul dalam menjadikan semua matlamat tersebut satu realiti. Inilah langkah yang paling penting dalam mewujudkan masa depan kewangan yang ideal. Jangan berlengah lagi. Komitedkan diri anda untuk mencapai apa yang anda mahu hari ini juga!

Insya-Allah, Abang Abu akan berjumpa pembaca lagi pada keluaran seterusnya. Ingat, segala yang dilakukan ini harus dimulakan dengan niat kerana Allah. Mudah-mudahan anda semua mendapat rahmat Allah. Amin.

 

ABANG ABU

Sumber artikel daripada Majalah GEN-Q 10


 

abang Abu

(Penganalisis Kewangan &
Personaliti Radio)

Kembali ke atas