Menu

 

A+ A A-

AKIBAT TERLALU MENGHARAP PUJIAN SESAMA MANUSIA

DICERITAKAN daripada Hamid bin Abdurrahman bin ‘Auf bahawa suatu hari Marwan berkata kepada penjaga pintunya, “Wahai Rafi ’, pergilah berjumpa dengan ibn Abbas dan tanyakan tentang ayat ini: ‘Jika setiap orang yang berbangga dengan perbuatannya dan mengharapkan pujian orang lain atas perbuatannya itu, maka nanti mereka akan diseksa.’”

Pergilah Marwan bertemu dengan ibn Abbas. Di pertemuan itu, berkatalah ibn Abbas, “Kamu ingin tahu tentang ayat itu? Ayat yang sebenarnya berbunyi begini (maksudnya):

‘Janganlah sekali-kali engkau menyangka bahawa orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka lakukan. Jangan engkau menyangka mereka akan terselamat daripada seksa, dan mereka akan beroleh azab yang pedih.’” (surah Ali ‘imran 3: 188)

mengharap-pujian-daripada-manusia-1

Ibn Abbas bertanya pula, “Kamu ingin tahu bagaimana dan sebab ayat itu diturunkan?” Marwan senyap mendengar. “Begini: Suatu masa dan ketika, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada ahli kitab tentang sesuatu, tetapi mereka memberitahu tentang sesuatu yang lain.

Lalu, dengan mengharapkan pujian, mereka memperlihatkan kepada setiap orang bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w. dan berbangga pula kerana berjaya menyembunyikan sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan mereka tidak tahu akan seksaan yang pedih menanti mereka di akhirat kelak.” - Riwayat al- Bukhari dan Muslim.

Wallahua’lam.

Faiz M Azhari
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No. 8


Related items

Kembali ke atas