Menu

 

A+ A A-

IDOLA HIDUP REMAJA

Dia mengajukan pertanyaan mengenai latar belakang diri pelajar, termasuklah hobi dan cita-cita mereka.

“Hobi saya menari.”

“Saya pula suka menyanyi.”

“Kegemaran saya waktu santai berenang, cikgu!”

“Cita-cita saya mahu jadi pramugari.”

“Saya mahu jadi model.”

“Saya mengimpikan untuk menjadi artis popular.” 

 

Itulah yang terkeluar dari mulut-mulut pelajar kelas itu yang nampaknya begitu mengidolakan artis dalam hidup mereka. Tidak ada langsung yang berkeinginan memilih profesion yang lebih jelas arah tujunya. Majoritinya mahu menjadi artis meski paras rupa tidaklah seberapa. 

contoh2Suka Meniru

Dia tahu, remaja mudah tertarik pada personaliti bak selebriti, seperti artis yang terdiri daripada pelakon dan penyanyi serta ahli sukan. Mereka memiliki naluri meniru, mencontohi, meneladani dan kagum pada seseorang kerana mereka ingin dewasa dengan pengalaman dan petunjuk yang betul. Bagaimanapun, konsep idola ini telah menyebabkan remaja terlibat dengan pemujaan yang melampaui batas. Mereka akan meniru apa-apa sahaja yang digayakan oleh idola mereka tanpa menapisnya terlebih dahulu melalui fikiran yang waras. 

Proses pembaratan ini ternyata mampu menyebarkan konsep selebriti, hiburan dan muzik untuk menghapuskan nilai-nilai murni dan akhlak luhur yang dibawa oleh Islam. Keadaan ini telah memundurkan imej pelajar Islam dalam segenap aspek kehidupan, sama ada sahsiah diri, akademik dan profesion mereka pada masa hadapan. Dia menarik nafas panjang sebelummelepaskannya perlahan-lahan. Dia bagai melihat cara mereka berpakaian, bertutur dan berperilaku yang hampir kesemuanya diambil daripada mereka yang diidolakan. 

Satu peristiwa menjengah ingatannya. Dia pernah memarahi pelajarnya gara-gara tidak membawa buku teks berkali-kali, dan pelajar itu membalas ucapannya dengan berkata: “Apa celop!” Dia terkedu saat itu. Pelajar menjadi kian tidak beradab dan biadab apabila menjadikan artis dan hiburan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan. 

Mencontohi yang Baik 

contohHatinya digerit risau melihatkan kebanggaan remaja Islam sewaktu mempamerkan dan menggayakan pada susuk tubuh dan tingkah laku mereka dengan sebuah ikutan yang membinasakan. Maksud ayat Allah s.w.t.berlegar-legar dalam kepalanya: mereka dengan sebuah ikutan yang “Dan berkatalah orang yang menjadi pengikut: ‘Kalaulah kami diberi peluang kembali, kami akan melepaskan diri daripada mereka (orang yang menjadi ikutan) sepertimana mereka melepaskan diri daripada kami!’ Demikian Allah menunjukkan kepada mereka amal-amal mereka yang merupakan penyesalan yang amat sangat kepada mereka,dan mereka pula tidak akan dapat keluar daripada neraka.” (Surah al-Baqarah 2: 167) 

Dia sendiri pernah membaca suatu kenyataan daripada seorang tokoh ilmuwan Islam berkenaan idola: “Dengan menjadikan idola atau diva sebagai manifestasi pemujaan dan kekaguman terhadap seseorang, remaja menjadi ragu, keliru dan bercelaru. Ia boleh menyebabkan remaja terjebak dengan amalan yang menyalahi akidah.” Inilah bahaya yang paling ditakutinya terjadi. 

Remaja seharusnya mencontohi sesuatu yang baik dan tidak bertentangan dengan syarak. Islam tidak pernah menghalang umatnya meniru sesuatu yang boleh memajukan umat Islam. Mencontohi sesuatu yang berguna akan menjadikan remaja lebih matang dan berilmu. Mengagumi sesuatu yang hebat juga akan menjadikan mereka manusia berperibadi unggul dan berkualiti. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang tepat untuk diikuti. 

 

Peranan Guru

Allah s.w.t. menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut dan mengingati yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)  hari kiamat dan dia banyak menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab 33: 21) 

Dia selaku seorang guru turut menyedari peranan yang harus dimainkan. Bukan sekadar mengajar, sebaliknya menunjukkan teladan yang baik kerana kebiasaannya apa yang ditonjolkan pada perilaku lebih kuat kesannya berbanding  kata-kata. 

Dia segera teringatkan mafhum firmanAllah s.w.t. dalam surah Fussilat ayat 33: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,sambil berkata: ‘Sesungguhnya aku daripada kalangan orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” 

Wallahuaklam.

 

JUWAIRIAH BINTI MD JAMIL

Sumber artikel daripada GEN-Q 10

Juwairiah Md Jamil

Lulusan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas