MUHASABAH DIRI
- Ditulis oleh Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
- Kategori Terkini
- Read 9681 times
GUA HIRA' :
Ketika masyarakat jahiliah bergelumang dengan kerosakan dan kemusnahan akal dan jiwa, Baginda s.a.w. berasa untuk bersendirian bagi mencari ketenangan dan kebenaran. Berbekalkan roti dan gandum Baginda pergi ke Gua Hira
Ketika berada di dalam Gua Hira’, Baginda menghabiskan masa beribadat serta merenung tentang kejadian di sekelilingnya serta memikirkan kuasa yang mengawal keseluruhan sistem perjalanan alam. Baginda s.a.w. meragui kepercayaan dan pegangan hidup kaumnya yang menyembah berhala dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Walaupun begitu, pada ketika itu Baginda tidak mempunyai panduan yang jelas serta keyakinan yang tinggi bagi mewujudkan ketenangan dan kepuasan dirinya sehinggalah datangnya Jibrail menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t.
Sebenarnya keputusan Baginda untuk mengasingkan diri di dalam gua adalah perancangan Allah s.w.t untuk membawa kekasihNya supaya bersiap sedia untuk menerima dan melaksanakan satu misi agung membawa umat manusia dari kegelapan kejahilan ke arah cahaya Islam.
Setiap jiwa yang tidak tenang pasti mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya. Oleh itu, berkhulwah (bersendirian) di samping bermuhasabah diri adalah satu langkah positif menjauhkan diri daripada segala tipu daya dunia dan kerosakan jiwa serta merubah diri ke arah yang lebih gemilang.¤
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.3
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Dilahirkan di Kedah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab juga di UIAM, dan menyambung pengajian peringkat Ph.D di Universiti Malaya. Kini menjawat jawatan pensyarah di UIAM. Berpengalaman dalam bidang motivasi dan kepimpinan dan aktif dalam penerbitan buku ilmiah dan artikel majalah. Merupakan penulis Indahnya Hidup Bersyariat. Layari blog beliau di http://mohdazrul.blogspot.com. Beliau juga boleh dihubungi di mohdazrulazlan@gmail.com
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.