RAIH DOA MALAIKAT
- Ditulis oleh Ustazah Norhafizah binti Hj. Musa
- Kategori Terkini
- Read 7794 times
Saya pernah mendengar tentang malaikat yang selalu mendoakan manusia di bumi. Boleh ustazah jelaskan siapakah golongan yang mendapat doa malaikat ini? Saya berharap kami sekeluarga termasuk golongan yang mendapat doa dari para malaikat.
Rasulullah menjelaskan tentang malaikat dalam sebuah hadis: “Aku boleh melihat apa yang kamu tidak dapat lihat. Aku juga boleh mendengar apa yang kamu tidak dapat dengar. Langit mengeluarkan suara yang kuat dan ia patut melakukan sedemikian. Tidak ada satu tempat seluas empat jari pun di langit kecuali dipenuhi malaikat yang sedang sujud. Jika kamu mengetahui hal ini, nescaya kamu akan kurang ketawa dan lebih banyak menangis.” (Riwayat Ahmad)
Doa Malaikat
Malaikat sentiasa taat menunaikan perintah Allah. Merujuk kepada ayat 7 dan 8 surah Ghafir, diceritakan bahawa para malaikat yang memikul Arasy dan yang berada di sekelilingnya sentiasa bertasbih memuji Allah dan memohon keampunan bagi orang-orang yang beriman. Mereka berdoa: “ Wahai Tuhan kami, rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya. Berilah keampunan bagi orang-orang yang bertaubat serta menurut jalan-Mu. Peliharalah mereka daripada azab neraka, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang Engkau telah janjikan. Dan masukkanlah mereka bersama-sama orang yang layak di kalangan ibu bapa, isteri isteri, serta keturunan mereka. Sesungguhnya, Engkau jua yang Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.”
Golongan yang Mendapat Doa Malaikat
Berusahalah menjadi salah satu golongan di bawah untuk sentiasa mendapat doa malaikat agar hidup kita menjadi lebih damai dan harmoni:
Saudara sekalian, ingatan kepada doa malaikat ini pastinya akan menambah keimanan kita terhadap malaikat yang menjadi salah satu dari rukun iman. Rasulullah sendiri menyebut nama-nama malaikat apabila bermunajat dalam solat tahajud.
Wallahu a‘lam.
Ustazah Norhafizah Hj. Musa
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz Isu 12

Ustazah Norhafizah binti Hj. Musa
Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Kelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Pengajian Islam University Yarmouk Jordan, Sarjana Usuluddin Universiti Malaya. Kini sedang menyambung pengajian peringkat PhD di Universiti Malaya. Aktif dalam bidang dakwah, wanita dan kemasyarakatan. Panel slot Tanyalah Ustazah TV9, Halaqah TV9, al-Hidayah TV3 dan program TV al-Hijrah.
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.