Menu

 

A+ A A-
Umar Muhammad Noor

Umar Muhammad Noor

Lahir di Bekasi, Indonesia. Lulusan B.A. Usuluddin (TafsirHadis) dari UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta dan Sarjana Usuluddin (Hadis) di Universiti Omm Durman, Sudan. Berpengalaman belajar daripada ulama-ulama Damaskus, Syria dari 2002-2008. Kini sebagai pensyarah Usuluddin dan Syariah di Kolej Marsah, Johor Bahru.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

MENGUAP DARIPADA SYAITAN

Soalan: Saya inginkan penjelasan bagi meleraikan kekusutan berkenaan dengan menguap. Menurut hadis-hadis yang saya baca, menguap itu berasal daripada syaitan. Tetapi saya kematian hujah apabila seorang sahabat mengaitkan menguap itu dengan fakta sains, iaitu kerana kekurangan oksigen. Saya jadi keliru. Mungkinkah hadis Nabi bertentangan dengan sains?

ISLAM MEMBERI KEMUDAHAN

Kita tidak selamanya sihat. Kalau bukan hari ini, suatu hari kita pasti jatuh sakit. Bukan hanya kita, ahli keluarga kita tentu akan jatuh sakit. Sama ada anak, pasangan, ibu bapa ataupun adik beradik dan sahabat kita. Sakit itu boleh jadi ringan, boleh jadi berat.

IMAM AL-GHAZALI

Beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali. Gelarannya Abu Hamid Hujjah al-Islam yang bermaksud pembela agama Islam.

KENAPA NABI SURUH BUNUH CICAK?

Status Hadis

Saya terbaca sebuah hadis yang menyuruh kita untuk membunuh cicak. Sahihkah hadis tersebut?

Jawapan : Beberapa hadis yang berisi suruhan membunuh cicak memang sahih berasal daripada Nabi s.a.w. Salah satunya hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim Imam al-Bukhari membawakan riwayat daripada Abdul Hamid bin Jubeir bin Syaibah daripada Said bin al-Musayyab daripada Ummu Syarik bahawa Nabi memerintahkan beliau untuk membunuh cicak.

IMAM MALIK BIN ANAS

Nama: Malik bin Anas bin Malik bin Abi ‘Amir al-Asbahi.

Lahir: Menurut al-Zahabi, Imam Malik lahir pada tahun 93 Hijrah, bersamaan dengan tahun kematian Anas bin Malik. Diriwayatkan bahawa beliau berada dalam kandungan ibunya selama 3 tahun.

JANGAN MUDAH BERSUMPAH

  • Kategori Hukum

Perlu Saksi?

Saya pernah bersumpah untuk melakukan sesuatu. Tetapi ketika itu, tiada siapa yang menjadi saksi atas sumpah tersebut. Adakah saya tetap wajib melaksanakan sumpah itu atau tidak?

Jawapan :Tetap wajib dilaksanakan. Sebab kehadiran saksi bukan rukun dalam sumpah dan nazar. Untuk rukun dan syarat sumpah, sila rujuk rajah di bawah:

sumpah 1

Sumpah Demi Rasulullah

Dalam satu perbualan dengan seorang kawan, saya mendengar dia bersumpah seperti ini: “Saya bersumpah demi Rasulullah, saya jujur dan tidak berbohong kepada awak!” Apa hokum ucapan sumpah seperti ini?

Jawapan: Ucapan seperti ini tidak dikira sebagai satu sumpah yang sah menurut syarak. Para ulama menghukumnya makruh, ramai juga yang mengatakan ianya haram.

HURAIAN: Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang bersumpah, maka bersumpahlah dengan nama Allah atau diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Bersumpah mengandungi makna pengagungan pihak yang dijadikan sumpah itu. Dan itu hanya milik Allah semata. Para ulama bersepakat melarang penggunaan selain nama Allah dalam sumpah seperti: “demi langit”, “demi bulan”, “demi Rasulullah”, “demi wali keramat” dan lain-lain. Apakah hukum sumpah sebegini? Terdapat khilaf di kalangan ulama. Kebanyakan ulama mazhab Syafi‘I mengatakan ianya makruh. Manakala Ibn Hazm berpendapat ianya haram. Adapun sumpah dengan makhluk yang terdapat dalam al-Quran seperti “demi masa” dan lain-lain, maka para ulama berpendapat hukum ini khas untuk al-Quran sahaja. Tidak boleh manusia menirunya. Wallahu a‘lam.

Sumpah Haram

Suatu hari, berlaku pertengkaran antara suami dengan adik-beradik saya. Suami saya sangat marah, lalu dia bersumpah dengan nama Allah tidak akan berbicara lagi dengan keluarga saya. Bukankah ini satu bentuk memutuskan silaturahim? Apakah sah sumpah tersebut?

Jawapan: Sumpah ini dikira sah namun haram dilaksanakan. Silaturahim adalah satu kewajiban dan memutuskannya suatu pelanggaran perintah agama. Jadi, dalam kes saudari ini, suami saudari diwajibkan membatalkan perkara ini dan membayar kafarah sumpah.

HURAIAN: Allah berfirman: “Janganlah engkau menjadikan nama Allah sebagai penghalang untuk melakukan kebaikan, ketakwaan dan mendamaikan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 224)

Berdasarkan ayat ini, para ulama membahagi hukum sumpah sebagai berikut:

Sumpah ini dikira sah namun haram dilaksanakan. Silaturahim adalah satu kewajiban dan memutuskannya suatu pelanggaran perintah agama. Jadi, dalam kes saudari ini, suami saudari diwajibkan membatalkan perkara ini dan membayar kafarah sumpah. HURAIAN: Allah berfirman: “Janganlah engkau menjadikan nama Allah sebagai penghalang untuk melakukan kebaikan, ketakwaan dan mendamaikan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 224) Berdasarkan ayat ini, para ulama membahagi hukum sumpah sebagai berikut:

sumpah3

Bersumpah Tidak akan Menikah

Apabila tunang saya berkhianat dan menikah dengan wanita lain, saya bersumpah tidak akan menikah. Saya menjadi benci melihat semua lelaki. Akan tetapi, takdir Allah menentukan lain. Ketika ini saya berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat baik. Hati saya jadi berubah. Minggu hadapan, keluarganya akan datang merisik. Saya jadi tertanya, bagaimana dengan sumpah saya? Mohon nasihat daripada ustaz.

Jawapan : Tebus sumpah saudari dengan membayar kafarah, lalu silalah menikah dengannya jika saudari berkenan.

HURAIAN: Sumpah tidak akan berkahwin termasuk sumpah yang dimakruhkan. Perkahwinan adalah satu sunnah Nabi. Siapa yang tidak menyukai sunnah ini, maka ia bukan sebahagian daripada umat Baginda.

Janganlah hanya kerana kesalahan seorang lelaki, kita membenci semua lelaki dan mengharamkan perkara

yang Allah halalkan. Namun begitu, sumpah saudari tetap sah apabila memenuhi rukun dan syaratnya. Justeru, saudari wajib membayar kafarah apabila melanggar atau hendak menarik balik kalimat sumpah tersebut.

Sumpah Tidak Makan Daging

Saya ada penyakit alahan. Setiap kali makan daging, saya jatuh pitam. Justeru, saya bersumpah tidak akan makan daging buat selamanya. Sekarang ini saya terfikir, apakah saya dikira melanggar sumpah tersebut jika memakan ikan?

Jawapan: Tidak. Secara uruf, daging merujuk kepada haiwan darat seperti ayam, kambing, lembu dan lain-lain. Adapun ikan, bahasa kita tidak merujuknya sebagai “daging”.

Sumpah Tidak Merokok

sumpah 4Saya telah bersumpah sambil memegang al-Quran bahawa saya tidak akan merokok lagi. Apabila keseorangan, saya tidak mampu menahan keinginan untuk kembali menghisap rokok dan akhirnya saya merokok lagi. Saya sangat menyesal. Apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan: Anda diarahkan untuk segera membayar kafarah sumpah.

HURAIAN: Merokok adalah perkara yang dilarang dalam Islam. Kebanyakan ulama di seluruh dunia telah memfatwakan haram perbuatan tersebut. Bersumpah untuk tidak merokok lagi termasuk dalam kategori sumpah yang dikira ibadat dan berpahala. Oleh itu, saya menyarankan agar saudara menjaga sumpah tersebut.

Sumpah Palsu

Untuk selamatkan teman saya pernah diminta untuk menjadi saksi dalam satu kes disiplin di tempat kerja. Ketika itu, saya bersumpah bahawa teman saya tidak bersalah, padahal dia benar-benar bersalah. Saya melakukan itu untuk menyelamatkan dirinya agar tidak terkena hukuman. Adakah perbuatan saya itu salah di mata syarak?

Jawapan: Ya, Perbuatan itu dikira salah, bahkan berdosa besar. Saudara wajib bertaubat dan membayar kafarah.

HURAIAN: Nama Allah sangat mahal harganya. Saudara tidak boleh bersumpah menggunakan nama Allah untuk berdusta dan menutupi kebenaran walau apa pun tujuannya. Perbuatan ini boleh dikategorikan sebagai sumpah palsu yang dapat menjerumuskan seseorang ke dalam neraka. Menurut Ibn al-Solah dan ramai ulama, seseorang yang pernah melakukan sumpah palsu wajib bertaubat dengan sebenar-benarnya. Selain itu, ia juga wajib membayar kafarah atas kesalahan tersebut. Menurut beliau lagi, penguasa Muslim boleh menghukumnya dengan takzir supaya tidak terulang perbuatan serupa di masa akan datang.

sumpah 5Saya Kafir!

Dalam satu perbincangan, saya mendengar seseorang berkata: “Saya tidak berbohong kepada awak. Jika saya berbohong pada awak, maka saya kafir!” Apakah ucapan ini dikira sumpah?

Jawapan : Ucapan ini tidak dikira sumpah. Namun hukumnya haram. Wajib bagi pelakunya bertaubat dan beristighfar, juga mengucap: “la ilaha illallah” bagi memantapkan kembali imannya.

HURAIAN: Dalam kitab al-Azkar Imam al-Nawawi menulis: “Haram berkata: Jika saya melakukan perkara ini, maka saya Yahudi, atau saya Nasrani, atau berlepas dari Islam, atau ucapan yang seumpama dengannya. “Jika ia mengucapkan kata-kata ini dengan tujuan mengaitkan dirinya keluar dari Islam dengan perbuatan tertentu, maka ia telah kafir saat itu juga. Dan berlaku hukum-hukum murtad kepadanya. “Jika ia tidak bermaksud demikian, maka ia tidak kafir namun telah melakukan perkara haram. Wajib baginya bertaubat iaitu meninggalkan maksiat tersebut, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya kembali. Ia juga wajib beristighfar dan mengucapkan: la ilaha illallah.”

Sumpah Laknat

Boleh ustaz jelaskan apa yang dimaksudkan dengan sumpah laknat? Sebelum ini saya ada membaca istilah ini dalam sebuah surat khabar.

Jawapan: Sumpah laknat dikenal juga dengan istilah mubahalah. Biasanya ia berlaku dalam kes-kes perbalahan yang berkaitan dengan dakwaan dan lain-lain. Secara mudahnya, mubahalah ialah doa agar Allah menurunkan laknat bagi salah satu pihak yang benar-benar berdusta dalam kes perbalahan tersebut. Al-Quran menceritakan bahawa Nabi pernah mengajak kaum Nasrani dari Najran untuk melakukan mubahalah agar nyata siapa yang berdusta di antara pihak mereka berdua. Namun mubahalah itu tidak berlaku sebab kaum Nasrani menarik diri. Menurut ramai ulama antaranya Ibn Abidin, hukum mubahalah terus berlaku hingga ke zaman kita ini. Ibn Masud pernah mencabar orang yang tidak bersetuju dengan fatwanya bermubahalah, begitu juga Ibn Abbas. Mubahalah hendaklah dijadikan pilihan terakhir selepas merujuk proses hukum dan pendedahan hujah dan bukti. Dan saya lebih cenderung masyarakat tidak bermudah-mudah mencabar dengan mubahalah dalam kes-kes yang ringan. Tujuannya untuk menjaga kewibawaan nama Allah di mata masyarakat.

sumpah 2Bayar Kafarah Awal

Saya bersumpah untuk selalu bangun setiap malam untuk bertahajud. Alhamdulillah, ketika ini saya masih mampu menjaga sumpah tersebut. Tetapi saya terfikir, bagaimana kalau saya tua atau sakit? Sudah pasti saya akan melanggar sumpah ini suatu hari nanti. Soalan saya, bolehkah saya membayar kafarah sumpah dari sekarang? Jika satu hari nanti saya tak mampu lagi melakukan sumpah ini, saya telah membayar kafarah tersebut.

Jawapan: Dalam kes saudara ini disunatkan untuk tetap menjaga sumpah semampu saudara. Jika satu hari nanti saudara melanggar sumpah tersebut, maka pada ketika itu saudara wajib membayar kafarah. Bagaimanapun, jika saudara ingin membayar kafarah sebelum pelanggaran sumpah dilakukan, maka para ulama membolehkannya. Namun bentuk kafarah tersebut mestilah salah satu daripada tiga perkara ini:

1. Pembebasan hamba,

2. Memberi makan,

3. Memberi pakaian kepada 10 fakir miskin. Adapun puasa tiga hari, maka tidak boleh dilakukan kecuali selepas pelanggaran sumpah berlaku, tidak boleh sebelumnya.

 

Wallahu a‘lam.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz Isu 12

 


 

MENJAWAB KEMUSYKILAN SAUDARA BARU

Saya berhasrat memeluk Islam. Ibu bapa saya juga tidaklah begitu menghalang. Cuma mereka tidak berapa berkenan apabila saya perlu menukar nama asal kepada nama Islam. Mereka berasakan tindakan itu menghina maruah dan keturunan kami. Saya pun seboleh-bolehnya ingin mengekalkan nama asal. Bolehkah saya berbuat demikian jika saya ingin memeluk Islam nanti?

ISLAM AGAMA MUDAH

ISLAM agama yang mudah dan indah. Masuk Islam dan menjalani kehidupan sebagai Muslim hakikatnya tidak susah. Jika terdapat bayangan susah dan berat dalam hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam, itu bukanlah kerana Islam itu yang berat. Akan tetapi gambaran itu disebabkan sama ada kerana salah faham tentang hukum Islam, atau nafsu yang enggan tunduk kepada ketentuan Islam. Walau bagaimanapun kedua-duanya boleh diatasi dengan menuntut ilmu tentang agama Islam daripada sumber-sumber yang muktamad.

SUMPAH, NAZAR DAN KAFARAH

  • Kategori Hukum

Asal

Saya perhatikan ada sebahagian orang mudah sahaja bersumpah dan suka bernazar apabila menginginkan hajatnya tercapai. Apakah hukum sumpah dan nazar sebenarnya?

FIQAH PELIHARA HAIWAN

  • Kategori Hukum

Memerhatikan trend terkini, masyarakat kita sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, orang Islam hanya memelihara kucing dan ikan, pada masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik seperti sugar glider, hamster, iguana dan guinea pig. Bahkan ada juga yang cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya seperti ular dan labah-labah.