Menu

 

A+ A A-
Ustaz Soleh bin Abd. Razak

Ustaz Soleh bin Abd. Razak

Lulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat, Darul Quran, JAKIM. Menyambung Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini bertugas sebagai imam masjid dan guru di Sekolah Menengah Tahfiz IQKL. Antara buku yang dihasilkan beliau "Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama" dan "Sehingga al-Quran Terpahat di hati", terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Lawati: http://www.solleh-alfatimi.blogspot.com

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

wasiat 280 x 393 TBBK1275  TBBK1259

TBBK1283

AKHIR ZAMAN BANYAK PEMBUNUHAN

Maksud Hadis

SOALAN: Boleh Ustaz jelaskan apakah maksud hadis ini?

Jawapan

akhir-zaman-banyak-pembunuhan-2

Hadis ini menjelaskan bahawa pada akhir zaman menjelang kiamat nanti, akan berlaku banyak pertumpahan darah dan peperangan. Peperangan ini berlaku bukan sekadar antara umat Islam dengan orang kafir, bahkan peperangan akan berlaku antara umat Islam sendiri.

Dalam suasana tersebut, mereka tidak mengira bahawa mereka menganut agama yang sama, mereka membaca kitab al-Quran yang sama, mereka berkiblatkan kepada Kaabah yang sama dan sebagainya. Sehinggakan mereka sanggup membunuh saudara mara dan sahabat handai mereka. Yang bermain di fikiran mereka ialah menguasai kekuasaan dan bertapak pada kedudukan yang tinggi.

Kepentingan Duniawi

SOALAN: Apakah punca perkara ini berlaku?

Jawapan

Sesungguhnya permusuhan ini berlaku tatkala merebaknya fitnah, ujian dan banyaknya pembunuhan antara manusia. Ketika itu, harta benda dan hal keduniaan telah menguasai manusia. Manusia berkerja sehari-harian untuk menjaga periuk nasi mereka sahaja. Mereka tidak memikirkan kepentingan dan keperluan orang lain, sehinggakan mereka sanggup menceroboh dan mencabul hak-hak orang lain.

Hal demikian berdasarkan suatu kisah yang diriwayatkan daripada Muhammad bin Sauqah. Katanya: Saya datang berjumpa dengan Nu’aim bin Abi Hind, lalu beliau mengeluarkan sehelai kertas. Kertas tersebut mengandungi surat yang ditulis Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Muaz bin Jabal kepada Umar bin al-Khattab.

Antara isi kandungannya ialah: “Sesungguhnya kami berbincang tentang urusan umat ini pada akhir zaman. Mereka akan kembali kepada keadaan di mana mereka bersaudara secara zahirnya tetapi secara sembunyi mereka bermusuhan.”

Umar membalas surat tersebut dan antara kandungannya: “Kamu berdua telah menulis sesuatu yang mengingatkan saya bahawa urusan umat ini akan kembali pada akhir zaman dalam keadaan di mana mereka menzahirkan rasa persaudaraan, namun menyembunyikan sifat permusuhan. Dan kamu tidak termasuk dalam golongan tersebut. Ia juga tidak berlaku pada zaman ini. Hal ini berlaku pada zaman yang dizahirkan perasaan cinta dan benci. Kecintaan sebahagian manusia kepada sebahagian yang lain adalah disebabkan kepentingan duniawi mereka.” (Riwayat al-Tabarani)

Umat Prihatin

SOALAN: Banyak negara umat Islam pada hari ini dilanda peperangan. Kenapakah kita sebagai rakyat Malaysia perlu prihatin terhadap masyarakat luar?

Jawapan

Umat Islam perlu prihatin kepada umat Islam yang lain sekalipun berbeza bangsa dan negara kerana:

1. Hubungan persaudaraan yang hakiki bukanlah berdasarkan bangsa, keturunan dan negara. Sebaliknya persaudaraan hakiki kita yang sebenarnya adalah berdasarkan akidah Islam yang murni. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat : 10)

2. Tanda keimanan seseorang. Rasulullah bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia menyukai untuk saudaranya akan apa yang ia sukai untuk dirinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3 . Masalah seluruh umat Islam adalah masalah bersama. Penderitaan yang mereka lalui perlu dirasai bersama. Rasulullah bersabda: “Kamu dapat melihat kepada orang-orang yang beriman dalam hubungan saling mengasihi, saling berlemah lembut dan saling menyayangi seumpama tubuh badan yang satu. Apabila salah satu anggota tubuh mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh lain merasa demam dan berjaga malam.” (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

4. Salah satu fitrah kemanusiaan. Sesungguhnya secara fitrahnya, seseorang tidak sesekali rela dan reda manusia lain diperlakukan secara zalim dan kejam. Benarlah kata Presiden Turki, Erdogan tatkala mengkritik kekejaman di Mesir: “Anda tidak perlu menjadi rakyat Mesir, tetapi cukuplah anda menjadi sebagai manusia.”

Pemilik Serban Besar

SOALAN: Sekarang banyak berlaku peperangan antara umat Islam, dalam masa yang sama juga para ulama berbeza pandangan. Bagaimanakah cara untuk kita meletakkan pendirian kita?

Jawapan

Berdampinglah kepada para ulama. Jangan jauhkan diri daripada mereka. Pada masa yang sama, kita mesti pandai memastikan tokoh yang kita ikuti itu benar-benar ulama, bukan ulama palsu.

Prof. Dr. Hamka dalam Tafsir al-Azhar pernah menegur; “Ulama bukanlah sempit hanya sekadar orang yang tahu hukum-hakam agama secara terbatas, dan bukan orang yang hanya mengaji kitab fiqah, dan bukan pula ditentukan oleh jubah dan serban besar. Malahan kadang-kadang dalam perjalanan sejarah, kerap kali agama terancam bahaya disebabkan pemilik serban besar!”

Prof. Dr. Hamka menjelaskan lagi: “Mereka ialah orang-orang yang disebut ulama, namun pengetahuannya sangat terbatas tentang kitab-kitab agama, fahamnya sangat sempit, tidak dapat mempertimbangkan soal-soal yang diluar dari jangkauan fikirannya.

“Kadang-kadang dia sendiri tidak insaf akan kekurangannya, tidak pula pandai membatasi diri sehingga banyaklah yang bidaah dijadikansunnah, yang khurafat dijadikan agama serta menuduh orang kafir kalau tidak sesuai dengan apa yang difikirkannya. Atau bertengkar dalam soal khilafiyah yang kecil-kecilan, seakan-akan itu sajalah yang ilmu dan pihak dia sajalah yang benar!”

Oleh yang demikian, berwaspada terhadap pihak yang menyokong kezaliman dan pihak yang menggunakan nas syariat secara literal bagi menyokong pemerintah yang zalim.

Wallahu a‘lam.

MOHD SOLLEH ABD. RAZAK
Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


AWAS MAKLUMAT PALSU

DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda: “Akan berlaku pada akhir umatku nanti sekumpulan manusia yang membawa berita-berita kepada kamu yang tidak pernah kamu dengar, begitu juga dengan bapa-bapa kamu tidak pernah mendengarnya (hadis-hadis palsu, perundangan yang bidaah dan akidah yang menyeleweng). Maka hendaklah kamu berhati-hati dan jauhilah mereka.” (Riwayat Muslim)

 

AKHIR ZAMAN HADIS PALSU BERTEBARAN

  • Kategori Hadis

PENYEBARAN hadis palsu pada akhir zaman merupakan satu perkara yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan golongan yang menyebarkan perkara ini digelar sebagai dajal yang penipu. Rasulullah bersabda maksudnya: “Pada akhir zaman nanti, terdapat dajal-dajal yang penipu. Mereka membawa (menyebarkan) kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah didengari oleh kamu dan bapa-bapa kamu. Maka berhati-hatilah. Berhati-hatilah dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan tidak memfitnah kamu (sehingga mereka menipu kamu dan kamu mempercayai penipuan mereka).” (Riwayat Muslim).

UMAT ISLAM SEMAKIN TERIKUT-IKUT

Sejarah Berulang

Soalan: Saya banyak membaca dan mengkaji sejarah umat dan tamadun terdahulu. Saya dapati bahawa tindakan dan perangai buruk masyarakat moden hari ini sebenarnya mengulangi perbuatan buruk umat terdahulu. Apa pandangan ustaz?

APABILA ZINA BERLELUASA

Rasulullah telah memberikan beberapa gambaran suasana umat manusia semasa menjelangnya hari kiamat, antaranya gejala zina. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda kiamat itu adalah sedikitnya ilmu, merebaknya kebodohan dan perzinaan secara terang-terangan. Jumlah perempuan semakin banyak dan sedikitnya lelaki sehinggakan nisbahnya 50 perempuan:1 lelaki sahaja!” (Riwayat al-Bukhari)

MAKKAH DICEROBOH, KAABAH DIROBOH

TANDA KIAMAT

Saya pernah membaca sebuah poster tanda-tanda kiamat. Saya tertarik dengan tanda yang disebutkan iaitu: “Tanah haram Makkah akan menjadi tanah halal dan Kaabah akan dimusnahkan.” Mohon ustaz ulas hal ini.

KIAMAT SEMAKIN DEKAT, RAMAI KEDEKUT SALAM

Salam kepada Orang Tidak Dikenali

UCAPAN salam tidak hanya untuk orang yang kita kenali sahaja. Namun apabila saya memberi salam, kerap juga saya menerima reaksi negatif daripada mereka. Mereka menunjukkan rasa sangsi dan pelik terhadap saya. Mengapa hal ini boleh berlaku?

KIAMAT SEMAKIN DEKAT, WAKTU SEMAKIN SINGKAT

Benarkah semakin dekatnya kiamat, waktu akan menjadi semakin singkat?

BENAR. Apabila masa seharian kita dirasakan semakin singkat berbanding sebelum ini, maka itu antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat. Rasulullah s.a.w. sendiri mendedahkan hakikat ini dalam sabdanya yang bermaksud: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah masa semakin mendekati (masa semakin singkat), amalan baik berkurangan, kebakhilan bermaharajalela, fitnah dilakukan secara terang-terangan dan banyaknya pembunuhan.” (Riwayat al-Bukhari)

BILAKAH KIAMAT?

BANYAK tanda–tanda akan tibanya hari kiamat yang dijelaskan oleh al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w namun apakah hikmah dikemukakan semua tanda-tanda ini?