Menu

 

A+ A A-
Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed

Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed

Dilahirkan di Melaka, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Kelang, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan. Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di Universiti Malaya, dan meneruskan pelajaran ke peringkat Ph.D. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Sering dijemput ceramah agama di samping sering muncul dalam program radio dan tv. Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di beberapa akhbar dan majalah.

Terbaharu, Dr. Zahazan sedang menjayakan pengajian tafsir “KULTUM” (Kuliah Tafsir Tujuh Minit) setiap hari di Surau Firdaus, Saujana Damansara. Satu ayat akan dikupas pada setiap hari. Pembaca boleh mengikuti beliau melalui Youtube dengan carian “kultum ust zahazan”.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

  

  TBBK1057 TBBK1157TBBK1182

   TBBK1052TBBK1297TBBK1126

    TBBK1214TBBK1052

SURAH AL-TAKATHUR- PERINGATAN KEPADA YANG BEREBUT HARTA

MAJORITI ulama berpendapat surah ini merupakan surah Makkiyah, iaitu surah yang turun sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w. ke Madinah. Dinamakan sebagai surah al-Takathur keranan fokus utama surah ini adalah memperbaiki kefahaman manusia terhadap harta dan pemilikannya. Ini disebabkan kecenderungan manusia itu ke arah mengumpulkan harta, lantas menjadikannya sebab untuk berbangga diri dan menganiayai manusia yang lain.

MULIAKANLAH AL-QURAN

LETAK al-Quran dalam Kereta

Apa hukum meletakkan mashaf dalam kereta dengan niat mendapatkan keberkatan?

MENIKMATI KURNIAAN ALLAH

FIRMAN Allah s.w.t. dalam surah Quraisy Yang bermaksud: “Betapa aman tenteramnya Quraisy(Penduduk Mekah). (Iaitu) aman tenteram mereka dalam perjalanan (Menjalankan perniagaaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah tuhan yang menguasai ruman (Kaabah) ini. Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan.

BERATKAN TIMBANGAN AMAL KEBAIKAN

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qari’ah ayat 1 – 11 yang bermaksud: “Hari yang menggemparkan. Apakah dia hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Hari itu ialah hari kiamat)
hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

IKHLASKAN DIRI SEBAB KITA ORANG ISLAM

BAGAIMANAKAH yang dikatakan melakukan ibadat dengan ikhlas?

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hajj ayat ke 37 , maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.

 

MERASAI KEHEBATAN AL-QURAN

AL-QURAN dan fenomena alam dinamakan oleh al-Quran dengan ayat-ayat Allah. “Ayat” bermaksud petunjuk atau tanda perjalanan menuju keredaan Allah dunia dan akhirat.

YA, ALLAH. JAUHKAN AKU DARI TIPU DAYA SYAITAN

FIRMAN Allah s.w.t. dalam ayat 1 hingga 6 surah al-Nas yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dalam kalangan jin dan manusia.’”

LOGIK KIAMAT AKAN BERLAKU

KEBANYAKAN manusia yang jahil dalam kalangan Musyrikin menyangka kehidupan mereka hanyalah di dunia sahaja. Mereka makan minum, berkahwin, bekerja dan apabila usia lanjut mereka akan mati lalu selesailah keberadaan mereka di dunia.