Menu

 

A+ A A-

JAMBANGAN BUNGA UNTUK PESAKIT

SOALAN: Apakah hukum memberikan jambangan bunga ketika mengunjungi orang sakit?

JAWAPAN

 

 

Mengunjungi orang sakit adalah satu sunnah dan pahalanya sangat besar. Banyak hadis yang menceritakan perkara ini. Kunjungan ini akan menyuntikkan semangat agar si pesakit cepat sembuh. Ia juga akan dapat meringankan kesakitan, kelemahan dan kesepiannya. Kunjungan itu hendaklah disertai dengan hadiah dan doa agar ia disembuhkan. Hukum menghadiahkan karangan bunga kepada pesakit diperincikan seperti berikut:

1. Harus. Jika dilakukan secara individu dan sesekali sahaja. Ini akan memberikan kegembiraan dalam hatinya, menyegarkan pandangannya kerana melihat bunga dan merubah suasana tempat itu. Tiada nas yang melarangnya. Dan ia tidak termasuk dalam akidah dan ibadah yang haram ditokok tambah.

2. Haram. Jika pemberian itu hanya untuk meniru tradisi orang bukan Islam. Kita diharamkan untuk menyerupai orang kafir. Apalagi jika untuk riyak, takut dicela, dan berlumba-lumba memperbesarkan hadiah. Perbuatan ini haram dan menyimpang daripada matlamat utama hadiah. Ia suatu perbelanjaan wang tanpa manfaat, juga menyusahkan pesakit dan keluarganya untuk melupuskan buang-bunga ini sebagaimana yang berlaku di hospital-hospital yang menampung para pesakit yang kaya.

Sebagai alternatif, hendaklah diberikan sebuah hadiah yang bermanfaat bagi dirinya dan keluarganya. Contohnya seperti hadiah mashaf al-Quran, kitab tafsir ringkas, kitab-kitab hadis seperti al-Azkar dan Riyadhus Salihin karangan Imam al- Nawawi, atau kitab-kitab nasihat dan tarbiah. Boleh juga berbentuk wang jika pesakit itu orang yang memerlukan bantuan. Atau berikanlah sedekah kepada institusi sosial dengan niat pahalanya dihadiahkan untuk pesakit.

Tanpa Mahram

SOALAN: Saya seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun. Saya ingin bermusafir dengan menaiki kapal terbang ke rumah keluarga saya, tetapi tidak ada mahram. Perjalanan ini memakan masa enam jam setengah. Keluarga saya di sini menghantar saya hingga ke lapangan terbang, dan keluarga saya di sana akan menjemput saya juga di lapangan terbang. Apa hukum syarak bagi perjalanan saya ini?

JAWAPAN

Seorang Muslimah boleh bermusafir dengan kapal terbang apabila terdapat ramai wanita lain di dalam tersebut dan ada yang menghantar serta menjemputnya di lapangan terbang. Hukum ini dengan syarat, terjamin keamanan bagi dirinya sebagaimana yang berlaku di kebanyakan penerbangan. Walaupun begitu, lebih baik jika ia ditemani seorang mahram untuk berjaga-jaga.

Jawatan Non Muslim

SOALAN: Apa hukum menjadikan orang kafir menjawat jawatan penting seperti pengarah syarikat yang keseluruhan stafnya Muslim?

JAWAPAN

Haram bagi orang kafir menjawat jawatan awam yang memiliki kuasa penuh di negeri Islam seperti jawatan presiden, hakim agung dan perdana menteri. Firman Allah: “Allah tidak memberi jalan bagi orang kafifir (berkuasa) atas orang mukmin.” (Surah al-Nisa: 141)

Adapun menjadikan orang kafir sebagai pengarah syarikat bagi orang-orang Muslim kerana ia memiliki kriteria dan kebolehan yang tidak dimiliki kaum Muslimin, maka perkara ini diharuskan. Kerana jawatan ini bukan jawatan awam. Ia hanya sekadar perwakilan atau penyewaan untuk tugasan tertentu.

Diharuskan berwakil dengan orang kafir dalam perkara-perkara kewangan. Dan harus juga melantiknya sebagai pegawai bagi tugasan tertentu untuk memanfaatkan kepakaran dan kebolehannya. Pada masa yang sama, kita mesti menyiapkan kaum Muslimin untuk belajar dan menguasai tugasan ini.

Cukur Janggut

SOALAN: Apakah hukum mencukur janggut dalam Islam?

JAWAPAN

Hukum mencukur janggut makruh menurut Syafii. Sebab memanjangkan janggut sunnah

jambangan-bunga-untuk-pesakit-2

Menurut mereka. Dalam mazhab Hanafi, memanjangkan janggut hukumnya wajib dan mencukurnya haram. Yang lebih baik adalah memanjangkan janggut. Namun mencukurnya dihukumkan makruh terutamanya pada zaman sekarang.

Elak Fitnah

SOALAN: Apa nasihat tuan untuk para pelajar agama kita apabila banyak berlaku perpecahan dan fitnah seperti yang terjadi pada zaman ini?

JAWAPAN

Saya berpesan untuk selalu bertakwa kepada Allah, mempraktikkan pemikiran dan sikap Islam, berpegang kepada al-Kitab, sunnah, ulama terdahulu (salaf) dan mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali), juga selalu berdamping dengan para ulama dan selalu mengkaji. Hendaklah mereka menjauhi sikap menyimpang, melampau, taasub dan tidak beradab dengan para ulama terdahulu mahupun semasa. Jauhilah juga orang-orang yang suka menyimpang dan aliranaliran yang merosakkan.

Wallahu a‘lam.

jambangan-bunga-untuk-pesakit-3

jambangan-bunga-untuk-pesakit-4

DR. MUHAMMAD AL-ZUHAYLI

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


Dr. Muhammad al-Zuhayli

Pakar fiqah dan usul fiqah ini dilahirkan di Damsyik, Syria pada tahun 1941. Setelah menyelesaikan Ph.D dalam bidang fiqah perbandingan di Universiti al-Azhar, beliau aktif mengajar dan menyiapkan kertas kerja untuk pelbagai seminar antarabangsa. Sekarang beliau menjawat jawatan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam di Universiti al-Syariqah.

Kembali ke atas