Menu

 

A+ A A-

BUNUH DIRI LAMBANG CINTA MURAHAN

ISLAM tidak meghalalkan perbuatan membunuh diri. kerana apa? Kerana kita adalah seorang hamba allah s.w.t. jadi patutkah kita lakukan perkara ini sedangkan Allah s.w.t. mengasihi hamba-nya melebihi daripada kasihnya seorang hamba terhadap hamba yang lain atau seperti kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.

Satu kisah: Sayidina Umar bin Khattab r.a datang menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara tawanan-tawanan itu terdapat seorang wanita yang sedang mencari sesuatu, lalu dia terjumpa seorang bayi di antara tawanan itu dan dia langsung mengambil bayi itu dan mendakapnya untuk disusui.

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Bagaimana pendapat kamu semua, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?” Kami menjawab: “Tidak, demi Allah, sedangkan dia tidak mampu untuk melemparnya.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih mengasihi hamba-Nya daripada kasih wanita ini terhadap anaknya.”

Kesimpulan dari itu, wajarkah kita menghukum diri kita sendiri sedangkan ada yang lebih mengasihi kita? Diri kita adalah pinjaman daripada Allah s.w.t. Oleh itu, kita tidak layak untuk menghukum diri kita sewenang-wenangnya kerana kita adalah pinjaman semata-mata. (Faisalabad, Pakistan)

Bahana Membenci Diri Sendiri

DUNIABunuh diri didefinisikan sebagai suatu upaya yang dilakukan dalam keadaan sedar dan bertujuan untuk mengakhiri kehidupan individu itu dengan sendirinya. Hukum membunuh diri adalah haram di sisi agama islam. Bunuh diri adalah satu dosa yang akan menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang.

Banyak hadis-hadis sahih juga yang menerangkan tentang akibat membunuh diri. Antaranya daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditikam-tikamkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya, dan sesiapa yang membunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit di neraka untuk selama-lamanya, dan sesiapa yang membunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula secara berulang-ulang kali di neraka untuk selama-lamanya.”

Hadis di atas menggambarkan tentang balasan bagi orang yang membunuh diri. Betapa hinanya dan beratnya balasan yang bakal kita terima dengan perbuatan yang kita anggap ia adalah satu jalan penyelesaian yang mudah. Sanggupkah kita hidup dineraka Allah s.w.t. selama-lamanya?

Padah Tersilap Langkah

Mengikut statistik, ramai pembunuh diri adalah wanita. Wahai wanita, kamu adalah manusia yang setia pada cintamu dan jujur atas sesuatu perhubungan. Kamu tidak sepatutnya dipersiakan oleh seorang insan yang bergelar lelaki. Lelaki memang begitu, yang benar-benar setia barangkali satu dalam seribu. Mustahil kamu mendapat yang satu itu kerana sewaktu pertemuan kamu dengan si dia dalam keadaan dirimu yang rapuh, rakus dan tandus.

Pada waktu itu jualah kamu mendapat cinta daripada si dia, walhal kamu telah melihat penampilannya yang compang-camping itu daripada pandangan mata kasarmu tetapi kamu tetap memilih si dia kerana cinta.

Disinilah kesilapanmu kerana terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Kamu mengetahui yang dirimu digelar perhiasan dunia kerana kehebatan, kecantikan dan keindahan yang dianugerahkan kepadamu dan kamu juga perlu tahu yang kamu telah digelar insan yang lemah, mudah menangis, sensitif, terlalu emosional dan kekuatan fizikalmu tidak sekuat lelaki.

Jadi buatlah pilihan yang tepat kerana cinta adalah satu lorong untuk menuju kebahagiaan dan ia juga jambatan untuk ke syurga. Mengapakah mesti cinta itu dijadikan satu lorong yang membina penderitaan dan titian ke neraka?

Cara Menghadapi Putus Cinta

Di sini ada beberapa cara untuk menghadapi putus cinta.

bubuh diri1LANGKAH PERTAMA, ialah reda. Apabila kamu reda, kamu tidak akan melakukan apa-apa yang membahayakan diri seperti bunuh diri. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan hati kamu akan tenang, insya-Allah.

LANGKAH KEDUA, luahkan apa yang terbuku di hatimu kepada seseorang yang dipercayai, seperti teman rapat ataupun kalau perlu, berjumpalah dengan kaunselor. Hal ini kerana apabila kamu meluahkan apa yang ada dalam hatimu saat itu, kamu akan berasa tenang dan beban yang berat itu akan berasa ringan. ini sangat perlu agar kamu tidak tertekan kerana tekanan akan boleh membawa kepada kematian.

LANGKAH KETIGA, buang semua kenangan sewaktu bersama si dia dan jangan terus melayan perasaan sedih. Apabila kamu terus melayani perasaan sedih, risiko untuk melakukan sesuatu yang membahayakan diri adalah amat tinggi.

LANGKAH KEEMPAT, sibukkan diri kamu dengan aktiviti berfaedah yang lain. ini akan membantu kamu melupakan si dia.

LANGKAH TERAKHIR, buka lembaran yang baru dalam hidup kamu. Putus cinta tidak bermakna hidup kamu sudah berakhir. Mulakan diari hidup yang baru dan kamu tidak perlu bersedih kerana apa yang Allah s.w.t. takdirkan itu tentunya ada hikmah di sebaliknya.

Pastikan Langit Cerah Kembali!

Setelah kamu sembuh daripada luka cinta, sebaiknya kamu muhasabah diri kembali di mana kesilapan yang berlaku. Kesalahan yang berlaku boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk kamu membina hubungan cinta yang baru. syair Arab ada berbunyi: “Dunia adalah suatu ciptaan yang indah pemandangannya…jika suatu sudut menghijau, tidak semestinya sudut yang lain juga menghijau.”

Syair ini menjelaskan bahawa manusia adalah suatu ciptaan yang sempurna. Dengan kesempurnaan ini, tidak boleh membuktikan bahawa hatinya sentiasa dalam keadaan gembira dan sentiasa dalam keadaan sedih kerana setiap kesedihan itu ada kegembiraannya dan setiap kegembiraan itu ada kesedihaannya. Jadi renungilah di manakah diri kamu sekarang.

 

Ustaz Fauzi Abdul Hamid

Sumber artikel daripada Majalah Gen Q Isu 05

 


 

Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid

Lulusan B.A dalam Usuluddin dan M.A dalam Ulum Hadis di Universiti Faisalabad, Pakistan. Kini bertugas sebagai editor syariah di jabatan penerbitan Telaga Biru Sdn.Bhd. Aktif dalam berdakwah di masjid dan surau. Antara guru beliau Syeikh Tariq Jamil iaitu ulama besar Pakistan dan Syeikh Ubaidillah (mufti). 

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas