Menu

 

A+ A A-

IMAM AL-BAIHAQI : IMAM AL-SYAFI “BERHUTANG DENGANNYA”

Nama

Nama sebenarnya Ahmad bin al-Husein bin Ali bin Abdullah bin Musa. Beliau bertaraf imam al-hafiz (dalam bidang hadis) dan al-faqih (dalam bidang fiqah) yang terkenal dengan panggilan Abu Bakar al-Baihaqi al Naisaburi. Lahirnya beliau pada bulan Syaaban tahun 384 H.

Jihad Menuntut Ilmu

Sebahagian besar ilmu imam al-Baihaqi berasal daripada ulama dinegeri asalnya iaitu Naisabur. Naisabur ialah salah satu wilayah di Iran pada hari ini. Namun pada masa itu, Naisabur merupakan salah satu pusat pengajian hadis dan fiqah terulung.

Kemudiannya beliau melakukan perjalanan mencari ilmu ke pelbagai negeri sebagaimana lazimnya tradisi para ahli hadis. Antara negeri yang pernah beliau kunjungi ialah Makkah, Baghdad dan Kufah.

Antara guru al-Baihaqi ialah Muhammad bin al-Husein al-Alawi, AbuTahir al-Ziyadi dan Abu Abdul Rahman al-Sulami. Dikatakan bahawa guru-guru al-Baihaqi dalam hadis dan fiqah melebihi 100 orang guru.

Namun guru yang paling besar kesannya dalam membina keilmuan al-Baihaqi ialah Imam al-Hakim al-Naisaburi. Al-Baihaki pakar hadis yang menyusun kitab al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain. Beliau ialah murid paling kanan al-Hakim dan banyak meriwayatkan hadis daripadanya. Justeru meskipun al-Baihaqi tidak memiliki kitab Sunan al-Tirmizi, Sunanal-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah, namun hadis-hadis yang diterima beliau daripada gurunya itu memadai baginya dalam membina hukum dan menyusun dalil.

Dalam ilmu aqidah pula, imam al-Baihaqi menerima mazhab alAsy‘ari daripada gurunya yang bernama Abu Bakar bin Furakal-Isbahani. IbnFurakini merupakan pakar ilmu kalam yang sangat soleh dan cerdas.

Jihad Menyebarkan Ilmu

Sekembalinya daripada menuntut ilmu, al-Baihaqi menetap di Baihaq (satu kawasan di Naisabur). Di situ beliau mengarang buku-bukunya. Kemudiannya pada tahun441 H, al-Baihaqi berpindah ke Naisabur atas permintaan masyarakat di situ agar beliaumenyebarkan ilmu di sana. Majlis ilmunya selalu dihadiri oleh ramai ulama yang berminat menimba ilmu daripadanya.

Sifat Peribadi

Berkata al-Hafiz Abdul Ghafirbin Ismail: “Al-Baihaqi hidup sebagaimana cara hidup para ulama, berasa cukup dengan yang sedikit dan menghiasi diri dengan sifat warak dan zuhud.”

Imam al-Baihaqi berpuasa setiap hari (siyam dahr) selama 30 tahun sebelum kematiannya.

1IABIASBD
 Karya

Buku karya al-Baihaqi sangat banyak. Kesemuanya sarat dengan ilmu dan disusun dengan sangat rapi. Imam al-Zahabi berkata: “Ilmunya diberkati kerana niatnya baik dan pemahaman berserta hafalannya kuat. Beliau menulis buku-buku yang belum pernah dikupas oleh orang sebelumnya.”

Antara buku-buku tersebut yang masih terpelihara hingga ke hari ini ialah:

1.Al-Sunan al-Kabir. Kandungannya merupakan himpunan hadis hukum yang menjadi dalil mazhab Syafi‘i yang disusunkan berdasarkan kitab Mukhtasar al-Muzani (antara kitab induk mazhab Syafi‘i).

Al-Hafiz Ibn Solah pernah mengulas: “Jangan abaikan kitab al-Sunan al-Kabir karya al-Baihaqi. Kami tidak mengetahui ada kitab lain yang pernah ditulis menyamainya.”

2.Ma‘rifat al-Sunan wa al-Athar. Kitab ini menghimpunkan gagasan dan kenyataan Imam al-Syafi‘i berkaitan dengan sunnah dan ilmu hadis. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Sesiapa yang ingin melihat keseluruhan hadis-hadis Imam al-Syafi‘i, maka hendaklah dia membaca Ma‘rifat al-Sunan waal-Athar karya al-Baihaqi.”

3.Al-Asma wa al-Sifat. Kitab ini membahaskan ilmu aqidah mengikut mazhab ahli hadis dan sunnah.

4.Manaqib Imam al-Syafi‘i. Karyanya ini menceritakan kisah hidup, keilmuan, dan kelebihan imam al-Syafi‘i.

5.Al-Khilafiyat. Kitabnya ini menjelaskan masalah-masalah fiqah yang diperselisihkan antara mazhab Syafi‘i dan mazhab Hanafi. Al-Zahabi berkata: “Tidak ada kitab yang dapat menyamainya.”

 

Imam al-Syafi ‘i “Berhutang” Dengannya

Imam al-Haramain berkata: “Setiap orang yang bermazhab Syafi‘i berhutang dengan Imamal-Syafi‘i kecuali al-Baihaqi. Malah al-Syafi‘i yang berhutang dengan al-Baihaqi kerana beliau menulis banyak buku yang membela mazhabnya.”

Al-Zahabi pula mengulas: “Seandainya al-Baihaqi ingin membuat mazhabnya sendiri, sememangnya beliau sangat layak dan mampu dek keluasan ilmu dan penguasaannya terhadap khilaf para ulama. Inilah sebabnya beliau selalu membela beberapa masalah yang disokong oleh hadis sahih.”

Antara masalah yang ditarjihkan oleh al-Baihaqi meskipun menyalahi pendapat Imam al-Syafi‘i dalam mazhab jadidnya di Mesir:

  1. Hukum membasuh kepala semasa wuduk. Beliau menyokong pendapat bahawa membasuh kepala hanya dengan sekali basuhan sahaja sedangkanImam al-Syafi‘i, sunat tiga kali basuhan.
  2. Qada puasa untuk si mati. Beliau memegang pendapat bahawa boleh mengqada puasa untuk mayat padahal Imamal-Syafi‘i berpendapat tidak boleh.

 

Pemergiannya

Imam al-Baihaqi wafat pada tahun 540 H dalam usia 74 tahundi Naisabur. Jenazah beliau lalu dibawa ke Baihaq untuk dikuburkan di tempat ini.

Wallahu a‘lam.

 

Ust. Umar Muhammad Noor 

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 08


 

Umar Muhammad Noor

Lahir di Bekasi, Indonesia. Lulusan B.A. Usuluddin (TafsirHadis) dari UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta dan Sarjana Usuluddin (Hadis) di Universiti Omm Durman, Sudan. Berpengalaman belajar daripada ulama-ulama Damaskus, Syria dari 2002-2008. Kini sebagai pensyarah Usuluddin dan Syariah di Kolej Marsah, Johor Bahru.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas