Menu

 

A+ A A-

IMAM AL-SUYUTI – PENULIS YANG PRODUKTIF

Bidang penulisan memang tidak asing bagi tokoh-tokoh ulama silam. Ilmu yang melaut di dada seakan tidak menang tangan hendak dicurahkan kepada umat melalui halaqah-halaqah pengajian. Justeru menulis kitab adalah alternatif terbaik agar sebaran ilmu lebih meluas dan menyeluruh.

Antara yang paling terkenal sangat gigih dan aktif menulis ialah Imam al-Hafiz Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuti.

Atau lebih masyhur di kalangan kita dengan panggilan Imam Suyuti. Nama lengkapnya Al-Hafi zh Abdurrahman Ibn al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din Ibn al-Fakhr Uthman bin Nazhir al-Din al-Hamam alKhudairi al-Suyuti.

Muncul pada akhir abad pertengahan, Imam Jalaluddin al-Suyuti adalah seorang yang sangat kuat kemahuan, teramat luas ilmunya dan paling banyak peninggalannya dalam bidang penulisan. Sebahagian besar karyanya masih ada sehingga hari ini. Olehsebab itu Imam alSuyuti termasuk seorang daripada penulis yang paling produktif yang pernah dikenali dunia.

Dilahirkan pada 849 H (1445 M) di Asyuth, satu wilayah di Mesir, ulama murabbi inikematian ayah ketika berusia enam tahun.

imam sayuiti1Takdir memilukan itu tidak menjadi alasan untuk tidak boleh membina kejayaan. Dengan semangat cintakan ilmu yang berputik sedari kanak-kanak lagi, perjalanan hidup pun diteruskan. Cinta dan minat yang luar biasa terhadapilmu pengetahuan mencetuskan usaha dan kesungguhan untuk mendapatkannya.

Dengan “sokongan tambahan” seperti hati yang cerah serta minda yang tajam dan kuat daya ingatan, usaha menuntut ilmu tidak terlalu sukar. Menginjak usia lapan tahun, Imam alSuyuti sudah pun menghafaz alQuran dengan hafazan yang baik dan sempurna.

Basyirah sang guru dapat melihat masa depan anak muridnya itu sangat gemilang; melatih pula Imam al-Suyuti menghafaz beberapa buah kitab yang popular pada waktu itu. Antaranya seperti Al-Umdah, Minhaj Fiqh, Al-Usul, dan Al-Fiyah Ibn Malik. Sambil dalam kesempatan masa yang ada beliau mula menekuni pelbagai bidang ilmu.

Dalam usia belasan tahun ulama murabbi ini sudah menguasai ilmu fiqah, nahu, faraid, tafsir dan usul. Ditambah lagi dengan ilmu bahasa dan ma’ani. Dari situ sedikit demi sedikit terbitlah bakat terpendam Imam al-Suyuti – menyusun buku-buku ringkas tentang ilmu-ilmu itu, di samping terus meluaskan lagi cabang ilmu yang dipelajarinya, termasuklah ilmu hadis Nabi s.a.w.

Seperti juga imam-imam besar lain, Imam al-Suyuti tidak berasa puas menadah ilmu di satu tempat sahaja, meskipun daripada ramai tuan guru. Tradisi ahli ilmu yang suka merantau dari satu tempat ke tempat yang lain juga diamalkan oleh Imam Al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Malah jauhnya perantauan Imam alSuyuti sudah sampai ke India dan Maghribi.

Imam Al-Sayuti pernah berguru dengan Imam Ibnu Hajar mengkaji kitab Sahih Muslim. Malah di mana diketahui ada orang alim, di situ ada Imam al-Suyuti. Beliau mengakui, keseluruhan gurunya sekitar seratus lima puluh orang yang mengajar pelbagai jurusan ilmu pengetahuan. Begitu pun ulama besar ini tetap mengatakan ilmunya tidak banyak.

Sedari beliau mula pandai mengajar, jumlah murid yang datang menadah ilmu dengannya terus bertambah. Maka pada usia hampir 40 tahun, Imam al-Suyuti mula gemar bersendiri. Minat dan kecenderungannya lebih tertumpu kepada kerja penulisan. Bakat yang semasa remaja dahulu pernah diserlahkan, kini mahu dimanfaatkan sepenuhnya.

Imam Jalaluddin al-Suyuti bersungguh – sungguh menekuni bidang penulisan.

imam sayuiti3Lautan ilmu yang seakan melimpah-limpah di dalam dadanya cuba dicurahkan seluruhnya pada setiap lembaran kitab. Bukti ketekunan dan kesungguhan luar biasa ulama ulung ini, beliau berjaya menghasilkan sekitar 300 judul kitab (ada pendapat mengatakan 600) serta risalah-risalah kecil lainnya yang dikarangnya selama masa 22 tahun.

Tempoh 22 tahun itu adalah dihitung daripada Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti mula betul-betul aktif menulis sehinggalah ke hujung hayatnya. Semakin lama semakin asyik dengan kerja-kerja penulisannya, semakin kurang pulalah beliau keluar bertemu masyarakat.

Imam Al-Sayuti banyak bersendiri di dalam kamar khas di rumahnya yang dijadikan tempat beliau menulis, diberi nama Raudhah al-Miqyas. Di sinilah datangnya salam perkenalan malaikatul maut bagi menjemput imam besar itu menemui Allah. Melalui tangan kirinya yang menderita sakit dan lumpuh yang berlanjutan selama seminggu, itulah yang menjadi sebab musabab Allahs.w.t. menjemput insan mulia ini pulang menghadap-Nya dalam usia 60 tahun.

Apa yang telah dilakukan oleh Imam al-Suyuti begitu besar nilainya. Beliau bukan sahaja menyambung lidah anbia menerusi kitab-kitab karangannya. Lebih daripada itu Imam Jalaluddin al-Suyuti telah memeriahka nkembali dunia “perkitaban” Islam yang merupakan nadi bersemaraknya tamadun ilmu; ketika itu masih pudar dan kelam kesan daripada serangan tentera Monggol ke atas Baghdad. Ribuan buah kitab dan pelbagai khazanah ilmu telah dimusnahkan.

imam sayuiti2Sebagai ulama terbilang dan tempat rujuk umat, Imam al-Suyuti meletakkan tugas mendidik dan membangunkan kembali jiwa masyarakat Islam sebagai agenda yang sangat penting. Resam perjuangan ulama silam yang sering diuji masalah dengan pihak pemerintah, Imam al-Suyuti tidak terkecuali. Namun kebijaksanaannya dapat menangani dengan baik.

Kegigihan Imam Al-Sayuti menulis kitab demi kitab akhirnya telah memenuhkan kembali rak-rak perpustakaan dan kutub khanah dengan karya-karyanya dalam pelbagai bidang ilmu. Antaranya seperti tafsir dan ilmu tafsir, hadis dan ilmu hadis, fiqah dan usul fiqh, bahasa Arab dengan banyak cabangnya, sirah nabawiyah dan tarikh serta banyak lagi.

Contoh kitab sejarah, Husn al-Muhadharah fi Akhbar Mishr wa al-Qahirah yang mengandungi perbahasan tentang maklumat mengenai Mesir pada zaman Firaun hinggalah ke zamannya (pengarang kitab). Beliau mulai perbahasan dengan menyebut ayat-ayat al- Quran dan hadis yang berkaitan dengan Mesir.

Kemudian menceritakan sejarah Firaun, sesuai dengan pengetahuan yang beliau peroleh daripada pengetahuan yang tersebar di zamannya. Sejarah yang lengkap dan panjang lebar; dari satu era ke satu era yang lain. Juga membicarakan tentang adat istiadat bangsa Mesir, tokoh-tokoh mazhab, ahli sejarah, penyair, doktor dan lain-lain.

Walaupun menguasai pelbagai cabang ilmu, Imam al-Suyuti sangat cenderung kepada aliran tazkiyatun nufus (pembersihan jiwa). Dan beliau sentiasa dapat memimpin dirinya daripada melencong ke arah fahaman yang menyimpang daripada kehendak akhlak yang dituntut al-Quran dan sunnah Rasul.

imam sayuti

Zuraimi Ismail
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.10


Kembali ke atas