Menu

 

A+ A A-
Haji Ahmad Salim Omar

Haji Ahmad Salim Omar

Lahir di Kuala Terengganu dan berkelulusan B.A.(Hons) dari Universiti Malaya. Beliau berpengalaman luas di dalam urus tadbir kerajaan tempatan dan jabatan kerajaan, antaranya sebagai Pegawai Daerah, Timbalan YDP, Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah di beberapa kementerian. Kini sebagai Pengarah Urusan Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Berpemikiran kritis, sentiasa menilai aplikasi urusan semasa dan berusaha membangunkannya ke tahap optimum. Juga mahir dalam bidang pembangunan insan dan bina diri (self-help) dengan pendekatan Islam.

PENGURUSAN HATI

Menilai susah senang atau ujian yang menimpa diri kita bukan hanya dengan logik akal semata-mata tetapi hendaklah juga menilainya dengan pandangan mata hati.

ADAKAH ANDA SEORANG PEMIMPIN

Ramai orang bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Pemimpin masyarakat, pemimpin korporat, pemimpin politik, pemimpin badan bukan kerajaan, pemimpin agama, pemimpin badan-badan sukan dan sebagainya.

HATI YANG SEJAHTERA

SEMUA orang inginkan kejayaan, tetapi tidak ramai yang tahu jalan untuk mencapainya dan bagi mereka yang tahu tidak ramai pula yang sanggup membayar harganya. Usaha untuk berjaya akan tersasar jika konsep kejayaan yang difahami itu sendiri tidak tepat. Ada yang menganggap kejayaan bergantung kepada nasib, atau kepada peluang, kepada kuat bekerja, kepada perhubungan, kepada pengiktirafan dan pelbagai lagi.

MENCARI MUKMIN PROFESIONAL

SIAPA manusia terhebat pada tahun 2008? Mungkin ada yang menganggap Barack Obama layak mendapat gelaran itu kerana beliau merupakan orang kulit hitam pertama yang dipilih untuk menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat. Dunia mengukur kehebatan manusia dari segi populariti yang berasaskan pencapaian luar biasanya.

SIAPA ANDA?

KALAU soalan ini ditanya, siapa anda sebenarnya, apakah jawapan yang mungkin keluar dari benak fikiran anda?

KUALITI HATI VS KUALITI KERJA

MENGIKUT kajian Harvard Business school sikap positif memainkan peranan 93% dalam menentukan kejayaan seseorang. Manakala ilmu dan kemahiran hanya menyumbang 7% sahaja.