Menu

 

A+ A A-

SAHABAT YANG DIPERCAYAI

SAYIDINA Anas bin Malik merupakan sahabat Nabi s.a.w. yang telah diserahkan oleh ibunya kepada Baginda untuk memberi khidmat kepadanya. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang panjang umurnya berkat doa Baginda yang bermaksud, “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya harta dan anak serta berkatilah dia.”

Allah s.w.t. memperkenankan doa Baginda apabila beliau dikurniakan lebih kurang 100 orang, dan wafat pada tahun 93 Hijrah ketika berumur 103 tahun di Basrah. Disebutkan di dalam sebuah kisah oleh Imam al-Bukhari dalam kitabnya, ‘Al-Adab al-Mufrad’ bahawa: Suatu hari, Anas telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. Ketika beliau merasakan dirinya telah selesai melaksanakan tugas, beliau pun tidur sebentar.

sahabat-dipercayai-1

Seketika kemudian, kelihatan kanak-kanak sedang bermain di situ lalu beliau pun bangkit dan menyaksikan telatah mereka. Tiba-tiba, Nabi s.a.w. datang ke tempat tersebut dan memberikan salam kepada mereka. Lalu Baginda memanggil Anas untuk melaksanakan suatu keperluan. Beliau merahsiakannya dan tidak menceritakan kepada sesiapa pun tentang hajat Baginda sehinggalah beliau terlewat untuk pulang ke rumah.

Ibunya bertanya: “Apakah yang menghalangmu (sehingga pulang lewat)?” Beliau menjawab, “Nabi s.a.w. memerintahkanku untuk mengerjakan suatu hajat.” Ibunya bertanya lagi, “Apa dia?” Beliau membalas, “Ia adalah rahsia Nabi s.a.w.,” Lalu ibunya berkata, “Simpanlah rahsia Rasulullah s.a.w. itu.”

Sejak peristiwa itu, beliau tidak pernah menceritakan rahsia Baginda kepada sesiapa pun.


Ustaz Muhammad Yusuf A Kadir
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.2


Ustaz Muhammad Yusuf b. Abd Kadir

Beliau editor Unit Terjemahan Telaga Biru Sdn. Bhd. Lulusan Universiti al-Azhar (B.A. Hons Usuluddin: Hadis dan Ulum Hadis) dan merupakan salah seorang kolumnis Majalah GenQ. Antara guru beliau adalah Syeikh ‘Ali Soleh iaitu seorang guru di Masjid al-Azhar.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas