Menu

 

A+ A A-

“DIALOG” NABI MUSA DAN IMAM AL-GHAZALI

Syeikh Dr. Yusuf al- Qadrawi merakamkan satu pengalamannya dalam Kayf Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah. Pada suatu hari beliau mendengar seorang khatib berkhutbah Jumaat di sebuah negeri yang dilawatinya. Khatib tersebut membawa sebuah riwayat berasaskan mimpi.

Kononnya pada suatu malam Imam al-Ghazali bermimpi berjumpa Nabi Musa. Dalam mimpi tersebut Nabi Musa bertanya kepada Imam al-Ghazali : “ Siapakah namamu?”

“Namaku Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn al-Ghazali al-Tusi al-Syafii.”

Nabi Musa seterusnya menyindir : “ Kamu pun apa kurangnya? Allah Cuma bertanyakan namamu dan bukan nama nasab keturunanmu!”

Imam al-Ghazali pun menjawab : “Kamu pun apa kurangnya? Allah Cuma bertanyakan apa yang berada pada tangan kananmu,tetapi jawapanmu panjang lebar sebagaimana firman Allah, mafhumnya: ‘Dan apa yang di tangan kananmu itu wahai Musa?’ Nabi musa menjawab: ‘Inin tongkatku yang aku bertekan atasnya semasa berjalan,dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur buat kambing-kambingku da nada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu. “ (Surah Taha: 17-18)

PENGAJARAN:

Menurut Dr.Yusuf al-Qadrawi kisah ini amat karut. Ia menunjukkan seolah-olah kepetahan dan kebijaksaan Imam al-Ghazali lebih tinggi berbanding Nabi Musa. Selain itu, mimpi bukanlah hujah yang boleh diguna pakai dalam Islam.

Kehebatan Imam al-Ghazali sebagai Hujjah al-Islam yang besar jasanya kepada Islam tidak boleh dinafikan. Namun perbuatan yang menggambarkan kehebatan beliau mengatasi Nabi Musa adalah salah kerana manusia biasa tidak dapat mengatasi para Rasul pilihan Allah. Kisah-kisah sebegini biasanya disebarkan oleh para tukang cerita atau penglipur lara yang tidak mengambil berat etika penyampaian maklumat dalam Islam.

 

Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz Isu 10

 


 

 

               

Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Sarjana Usuluddin (Tafsir al-Quran), UM. Kini pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa, UIAM. Tulisan beliau kerap tersiar di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Tumpuan penulisan beliau ialah kefahaman dan interaksi dengan al-Quran. Dekati beliau di abdullahbukhari.blogspot.com. 

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas