TERBUKTI PENYEMBELIHAN CARA ISLAM LEBIH UNGGUL
- Ditulis oleh Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid
- Kategori Islam & Sains
- Read 9482 times
Penyembelihan Cara Islam
HARI ini ada sekumpulan aktivis yang giat berkempen untuk mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam. Mereka menggembar-gemburkannya sebagai satu tindakan penyeksaan terhadap haiwan dan tidak berperikemanusiaan. Kita sebagai orang Islam, pastilah yakin dan menerima sahaja kaedah penyembelihan itu. Namun bagaimana untuk kita terangkan kepada masyarakat bukan Islam dan menangkis persepsi buruk mereka dalam hal ini?
Penyembelihan haiwan cara Islam sebenarnya menjunjung konsep perikemanusiaan dan standard kebersihan serta kualiti makanan yang tinggi. Penyembelihan haiwan cara Islam sangat berbeza dengan cara mematikan haiwan yang dilakukan oleh orang Barat.
Dalam penyembelihan cara Islam, urat-urat pada leher iaitu urat halkum dan urat merih wajib diputuskan manakala dua urat leher yang lain adalah sunat. Keempat-empat urat ini ada fungsi tersendiri sebagaimana berikut:
Cara penyembelihan ini akan menyebabkan haiwan tersebut mengalami pendarahan yang besar. Pendarahan ini perlu agar kematian haiwan itu boleh dipercepatkan dan daging yang dihasilkan lebih stabil, bersih dan berkualiti. Hal ini kerana darah sebenarnya mengandungi pelbagai jenis nutrien dan air yang banyak. Keadaan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma seperti bacteria dan fungus. Dengan berkurangnya kandungan darah dalam daging haiwan, aktiviti mikroorganisma dapat diperlahankan.
Kesannya, proses daging menjadi lambat rosak sekali gus meningkatkan jangka hayat penyimpanan daging, dan kualiti daging juga dapat dikekalkan.
Penyembelihan Tidak Menyakitkan
Namun apa yang paling lantang dipertikaikan oleh mereka ialah soal kesakitan yang dirasai oleh haiwan yang disembelih. Apa pandangan ustaz?
Kebenarannya, haiwan yang disembelih cara Islam tidak mengalami apa-apa kesakitan langsung. Ini telah dibuktikan oleh Professor Wilhelm Schulze dan rakan sekerjanya, Dr. Hazim dalam kajiannya yang bertajuk Attempts to Objectify Pain and Consciousness in Conventional (captive bolt pistol stunning) and Ritual (halal, knife) Methods of Slaughtering Sheep and Calves, di School of Veterinary Medicine, Universiti Hanover, Jerman.
Mereka membedah semua haiwan yang dikaji dan memasukkan beberapa elektrod di pelbagai tempat di rangka haiwan tersebut yang menyentuh permukaan otak. Kemudiannya, haiwan-haiwan tersebut dibiarkan untuk sembuh selama beberapa minggu. Setelah haiwan-haiwan itu sihat sepenuhnya, setengah daripada haiwan-haiwan itu disembelih dengan cara Islam manakala setengah lagi dikenakan kejutan sehingga pengsan menggunakan peralatan yang dipanggil captive bolt pistol sebelum disembelih.
Kajian tersebut menggunakan dua mesin iaitu elektroensefalograf (EEG) untuk merekodkan gelombang otak dan elektrokardiogram (ECG) untuk jantung haiwan.
Keputusannya:
Dapat kita simpulkan di sini bahawa haiwan yang disembelih dengan cara Islam tidak mengalami apa-apa kesakitan dan daging yang dihasilkan adalah bersih kerana darah dapat mengalir keluar semaksimum mungkin. Pemotongan yang pantas pada urat-urat di leher haiwan itu menyebabkan aliran darah ke urat saraf yang memberi rasa sakit tersekat. Oleh sebab itu, haiwan tersebut tidak akan mengalami kesakitan sewaktu dan selepas penyembelihan dilakukan.
Di Sebalik Menggelupur
Jika benar haiwan itu tidak mengalami apa-apa kesakitan semasa ia disembelih, mengapa kita melihatnya menggelupur?
Haiwan menggelupur sewaktu disembelih bukanlah disebabkan kesakitan. Sebenarnya ia disebabkan oleh proses pengecutan dan pengenduran otot yang kekurangan darah. Dalam bahasa yang mudahnya, kebas. Otot-otot haiwan itu menjadi kebas kerana kekurangan darah. Oleh sebab itu, apabila haiwan itu disembelih, ia tidak akan berasa sakit kerana otot-ototnya sudah menjadi kebas. Sama juga seperti kita manusia.
Apabila kita bersila terlalu lama, kaki kita akan menjadi kebas kerana darah tidak dapat mengalir dengan betul. Semasa kaki kita kebas, kita tidak akan berasa sakit walaupun dipukul atau dicubit. Keadaan ini jualah yang berlaku kepada haiwan yang disembelih.
Ustaz Fauzi Abdul Hamid
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.7
Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid
Lulusan B.A dalam Usuluddin dan M.A dalam Ulum Hadis di Universiti Faisalabad, Pakistan. Kini bertugas sebagai editor syariah di jabatan penerbitan Telaga Biru Sdn.Bhd. Aktif dalam berdakwah di masjid dan surau. Antara guru beliau Syeikh Tariq Jamil iaitu ulama besar Pakistan dan Syeikh Ubaidillah (mufti).
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.