Menu

 

A+ A A-

KEMATIAN YANG PALING MULIA

“DAN janganlah kamu mengatakan orang yang terbunuh di jalan Allah itu telah mati. Sebenarnya mereka hidup tetapi kamu tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah 2: 154)

Sebuah kematian yang paling didamba dan dirindui oleh para pencinta akhirat, pencinta Allah dan Rasul-Nya, pencinta kehidupan yang abadi di syurga kelak iaitu mati syahid.

Dalam al-Quran, perkataan syahid diulang sebanyak 35 kali dan perkataan syuhada diulang-ulang sebanyak 19 kali. Kalimah syahid dalam al-Quran lebih ditujukan kepada syuhada yang gugur di medan jihad. Ayat ini menceritakan secara langsung mengenai perang Uhud dan Badar.

Berbeza dengan pengertian syuhada yang mempunyai pengertian yang lebih global dan luas. Peperangan yang disebutkan dalam al- Quran adalah sebahagian daripada pengertian syuhada yang global dan luas.

Saya sendiri sangat mencintai kisah-kisah para Mujahidin di medan jihad ini. Entah mengapa, mereka yang digelar terrorist dan penjahat oleh Amerika dan sekutunya, tidak pernah saya rasakan seperti itu. Tidak kurang juga yang menyamakan mereka dengan kelompok “Khawarij” iaitu golongan yang memberontak sewaktu pemerintahan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.

Jika difikirkan secara logik, apakah orang yang mempertahankan agama, tanah air, jiwa dan maruah mereka daripada jajahan layak dipanggil terrorist atau Khawarij?

Ketidakprihatinan mereka dalam memberi gelaran kepada para Mujahidin ini, mengakibatkan masyarakat awam yang tidak mengetahui apa-apa mengenai dunia pergerakan Islam, menerima secara bulat bulat tuduhan yang dilemparkan itu.

Jika kita selami dengan hati yang jernih dan fahami dengan akal yang sihat, bagaimana perjuangan yang telah dilakukan oleh para penegak kebenaran ini dan keadaan mereka pada saat roh mereka diangkat menuju Rabbul Alamin, kita mungkin akan menangis terharu.

Dalam al-Quran banyak disebut kelebihan mereka yang mati syahid, antaranya: Mereka yang mati syahid akan mendapat kenikmatan di sisi Allah (Surah Ali Imran 3: 169-171).

Mendapat keampunan dan rahmat Allah (Surah Ali Imran 3: 157).

Dihapuskan dosa dan dimasukkan ke syurga (Surah Ali Imran 3: 195).

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Bagi orang yang syahid, terdapat enam perkara yang akan diterimanya iaitu:

Pertama: Allah memberi ampunan dan akan melihat tempatnya di jannah (syurga).

Kedua: Selamat daripada seksa kubur.

Ketiga: Diberikan kepadanya mahkota kebesaran yang dibuat daripada permata yakud sebagai tanda kehormatan yang jauh lebih mahal daripada dunia dan isinya.

Keempat: Dinikahkan dengan 72 bidadari bermata jeli.

Kelima: Dapat memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. (Riwayat Ahmad)

Keenam: Hidup disegani manusia, syahidnya disambut bidadari syurga.”

Saat saya mendapat SMS dari Editor Solusi bahawa tajuk Solusi ke-8 ini , “Ingatlah Mati Datang Tiba-Tiba”, saya terus tergambar tentang kesyahidan para syuhada, dan antara syuhada yang muncul dalam minda saya ialah al-Syahid Imam Hassan al-Banna dan mereka yang disebut sebagai terrorist oleh media massa seluruh dunia iaitu para Mujahidin Bali, al-syahid (insya-Allah) Imam Samudera, Ustaz Ali Ghufran dan Ustaz Amrozi.

Semangat saya jadi berkobar-kobar untuk menulis, tafsir al-Quran dan buku-buku yang menceritakan tentang “para peminang bidadari” serta beberapa buku referens terus dicapai dan saya semak kembali satu persatu.

Dan inilah antara kisah para pejuang yang meletakkan kemuliaan Islam sebagai agenda utama dalam hidup mereka.

Kita pasti telah banyak membaca cerita tentang kesyahidan para sahabat Nabi di medan peperangan. Abu Hanzalah yang meninggalkan malam pengantin barunya demi menyahut panggilan jihad fisabilillah,dan banyak lagi kisah-kisah heroic sahabat Nabi yang menggugah jiwa. Kini saya cuba menyajikan kepada pembaca kisah-kisah yang tidak kalah heroicnya oleh para pejuang abad milenium.

Al-Syahid Imam Hassan al-Banna

Beliau merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Hassan al- Banna sendiri bermaksud “Jurutera Kebaikan.” Kehebatannya, beliau telah menghafal seluruh isi al-Quran ketika berusia 14 tahun.

Bakatnya yang luar biasa dalam kepimpinan telah menonjol sejak pada usia remaja di mana beliau menubuhkan sebuah gerakan amar makruf nahi munkar, Muharabah al-Munkarat, yang dipimpin beliau sendiri.SOLUSI 8- 59 - HASSAN AL BANNA

Pada tahun 1942, pergerakan Ikhwanul Muslimin mula berkembang. Ahlinya bermula 100 orang yang semua mereka dipilih sendiri oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1947 Ikhwanul Muslimin berjaya mengirim 10,000 pasukan pejuang ke Palestin demi membantu pembebasan bumi Palestin dari jajahan Zionis Israel. Peningkatan serta sokongan yang sangat mendadak terhadap kelompok pejuang ini telah membuat penjajah Inggeris berasa gentar dan tidak senang duduk.

Akhirnya Raja Faruq, penguasa Mesir pada ketika itu, merancang sesuatu untuk menghentikan pergerakan ini. Para pejuang ditangkap dan dipenjara. Dengan tiba-tiba penjara Mesir dipenuhi oleh para pejuang Ikhwanul Muslimin. Namun, sang pemimpin sengaja tidak mereka sentuh, kerana mereka merencana sesuatu yang lebih jahat daripada itu.

Maka, pada suatu pagi yang hening, bersamaan 12 Februari 1949, Imam Hassan al-Banna memenuhi panggilan Sang Pencipta. Di depan markas Ikhwanul Muslimin, besi-besi panas ditembak ke arah dadanya. Pergilah Hassan al-Banna sebagai seorang syahid.

Disebutkan bahawa pergerakan ini telah berkembang ke 70 buah negara antaranya Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Turki, Sudan, Palestin dan banyak lagi. Dari sinilah akhirnya tokoh Palestin yang digeruni Israel iaitu Syeikh Ahmad Yassin mendapat inspirasi untuk menubuhkan sebuah pergerakan Islam yang diberi nama al- Harakatul al-Muqawwamah al-Islamiyah (Hamas) yang kini menjadi momokan terbesar kepada tentera penjajah Israel di Palestin.

Al-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

SOLUSI 8 - 58 - SHEIKH AHMAD YASIN

Apa sebenarnya yang ditakutkan oleh Israel terhadap seorang lelaki yang hamper seluruh hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda, lumpuh dan hanya dapat bergerak jika dibantu oleh orang lain?

Yang pastinya beliau tidak mampu untuk mengangkat senjata, apalagi menerbangkan pesawat pengebom, namun dunia menyaksikan perginya beliau dengan cara yang paling kejam; bukti ketakutan yang teramat sangat oleh musuh-musuhnya.Beliaulah Syeikh Ahmad Yassin.

Demi mengalahkan lelaki tua yang berkerusi roda ini, Israel melepaskan tiga roket Apache ke arah Syeikh Ahmad Yassin. Pada subuh pagi itu, bertebaranlah wanginya darah syuhada berkerusi roda yang telah membangkitkan beribu-ribu jiwa untuk bangkit melawan Amerika dan sekutunya. Walaupun tiga roket telah ditembakkan, namun jasad sang Mujahid tidak berkecai-kecai, malah wajahnya masih dapat dilihat dengan jelas (kebiasaannya jika satu roket ditembak, jasad manusia akan hancur berkecai). Cuma otak beliau yang berkecai dan berhamburan dari tengkoraknya. Mungkin itulah target Israel, menghancurkan otak yang telah merancang pelbagai strategi untuk mengembalikan kemuliaan Islam di tanah anbiya, Palestin!

Kita hanya mampu bersyukur dalam kesedihan yang melanda keluarga syuhada di Palestin atau di mana sahaja. Benarlah firman Allah, yang syahid tidak akan pernah mati dan mereka hidup di sisi Allah. Namun orang yang tidak mempunyai keinginan untuk jihad fisabillah diancam akan mati dalam cabang kemunafikan! Begitulah yang disabdakan Baginda Nabi s.a.w.

Selain kisah yang dipaparkan di atas, banyak lagi kisah yang sepatutnya menjadi tatapan umum, agar kita tidak menjadikan kematian sebagai suatu ketakutan tetapi suatu kerinduan bagi kita untuk bertemu dengan Rabbul Alamin.

Dengan mengingati mati, kita akan ikut merasakan kepedihan saudara kita di pelbagai belahan dunia. Dengan mengingati mati kita dapat membersihkan hati kita. Dengan mengingati mati, itulah motivasi yang paling berkesan untuk kita meng“upgrade” diri kita daripada baik menjadi lebih baik setiap hari.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w., “Perbanyakkan mengingati penghancur kelazatan dunia iaitu kematian!” Semoga kita memperoleh mati husnul khatimah, amin.

 

 

Ummu Sakinah Hj. Muhammad

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu 8

 


 

Ummu Sakinah Hj. Muhammad

Penuntut Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Terkini daripada Ummu Sakinah Hj. Muhammad

Kembali ke atas