Menu

 

A+ A A-

PENGURUSAN HATI

Menilai susah senang atau ujian yang menimpa diri kita bukan hanya dengan logik akal semata-mata tetapi hendaklah juga menilainya dengan pandangan mata hati.

Kalau kita menilai hanya dengan akal semata-mata, kita akan berusaha untuk tidak mahu menghadapi kesusahan atau cabaran itu. Kita akan mencari jalan untuk mengelak daripada menempuhinya.

Hakikatnya kesusahan atau cabaran itu ialah anugerah daripada Allah. Ia takdir daripada Allah yang tidak boleh kita elakkan. Kesusahan dan kegagalan ialah prasyarat untuk seseorang berjaya. Kita tidak akan berjaya kalau kita tidak sanggup mencuba, dan kita tidak akan mencuba kalau kita takut susah, takut gagal, takut dikata orang dan sebagainya.

Susah senang hendaklah dilihat dengan mata hati. Apabila kita berasa susah, kecewa, sakit hati, takut, bimbang dan sebagainya dengan ujian yang datang daripada Allah, ini menunjukkan bahawa keyakinan kita kepada Allah masih tipis. Pengharapan kita kepada Allah tidak besar dan pergantungan kita kepada-Nya tidak tinggi. Kalau perasaan-perasaan ini datang kepada kita apabila menghadapi kesusahan dalam bentuk apa sahaja ujian, menandakan hubungan kita dengan Allah masih belum teguh.

Sebagai Isyarat kepada Kita

Perasaan-perasaan seperti ini sebenarnya petunjuk daripada Allah, memberi isyarat kepada kita untuk meningkatkan keyakinan dan merapatkan lagi hubungan kita dengan-Nya. Meningkatkan lagi kualiti ibadah kita kepada-Nya agar iman kita terus meningkat.

Orang yang benar-benar beriman, apabila menghadapi ujian hidup, mereka hadapinya dengan hati yang tenang. Seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun 64: 11)

Orang beriman bukan bererti tidak akan menghadapi ujian. Malah makin tinggi iman seseorang makin besar pula ujiannya. Bagi orang yang beriman, ujian merupakan pahala dan kafarah daripada dosa.

Dan apabila mendapat ujian atau musibah daripada Allah dia akan berkata, “Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah tempat kembali kami.” (Surah al-Baqarah 2: 156)

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat 156 surah al-Baqarah ini menjelaskan: “Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah menimpanya dan mengakui bahawa dirinya ialah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.”

Ummu Salamah berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah ayat 156 al-Baqarah) yang bermaksud, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah tempat kembali kami.’ Ya Allah, berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya,’ melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik.” (Riwayat Muslim)

Setiap Kesusahan ada Kebaikan

FITRAH - PENGURUSAN HATI Hj Ahmad Salim Omar - SOLUSI 6Orang yang beriman apabila menghadapi ujian dia sedar itu takdir daripada Allah yang tidak boleh dielak. Tidak ada dalam istilahnya, “Kalau aku buat begini atau begitu sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku kepadaku.” Ini kenyataan orang jahil tentang takdir Allah. Sepatutnya apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, orang yang beriman akan melihatnya sebagai anugerah daripada Allah dan Allah tidak sama sekali bertujuan untuk menzalimi hamba-Nya.

Di sebalik setiap ujian pasti ada pengajaran atau kebaikan yang Allah ingin sampaikan, terpulang kepada setiap individu untuk mencungkilnya. Jika ia sabar, maka dia akan diberi pahala dan Allah akan menghapuskan dosanya. Bagi orang yang beriman, setiap kesusahan ada peluang untuk kebaikan.

Maka kesusahan itu dihadapi dengan tenang untuk mencari kebaikan yang ada tersembunyi di dalam nya. Ada ungkapan Inggeris mengata kan: “It is not what happen to you that matters, it is what happen inside you that matters.” Kesan yang menimpa seseorang bukan bergantung kepada perkara yang berlaku kepadanya, tetapi bergantung kepada bagaimana hatinya melihat perkara negatif itu.

 Halangan daripada Diri Sendiri

Sudah menjadi tabiat manusia tidak suka kepada kesusahan, kesakitan, kegagalan, penat lelah dan sebagainya. Sifat semula jadi manusia inginkan keselesaan, ketenangan, kemudahan dan kejayaan. Manusia yang takut kepada kesusahan dan kegagalan tidak akan cuba melakukan sesuatu yang mencabar. Sedangkan untuk berjaya seseorang mesti berani menghadapi cabaran kesusahan dan kegagalan. Ini merupakan harga kejayaan. Sesiapa yang tidak sanggup keluar daripada zon selesanya kepada zon yang lebih mencabar dia tidak akan berupaya me ningkatkan hasil pencapaiannya ke tahap yang lebih tinggi.

Bijak pandai ada berkata, untuk Berjaya seseorang mesti berupaya menghadapi berbagai-bagai halangan. Halangan yang terbesar datang daripada dirinya sendiri, dalam bentuk perasaan yang negatif se perti kecewa, putus asa, kesedihan yang ber lebihan, marah, dengki, hilang semangat, tidak yakin pada diri, malas dan tidak mahu bersusah-susah. Perasaan negatif ini timbul akibat tidak berupaya menghadapi caba ran atau ujian yang ditakdirkan Allah. Untuk berjaya seseorang itu mesti berupaya mengu rus perasaannya supaya tunduk ke pada kehendak-kehendak Allah s.w.t., melalui ibadah hati.

Ibadah hati ini mencakupi rasa hina di hadapan Allah s.w.t., tunduk kepada-Nya, berserah kepada qadak dan qadarNya, kembali menyerah diri kepada-Nya, takut kan Dia, mentaati perintah-Nya menjauhi larangan-Nya, mencintai apa yang dicintai-Nya, membenci apa yang dibenci-Nya, ter masuklah mengasihi sesiapa yang mengasihi-Nya. Memusuhi siapa yang memusuhinya, berasa gembira dengan kurnia-Nya, be rasa sedih di atas kekurangan diri dalam memenuhi hak-Nya, menyerahkan hukuman sepenuhnya ke pada-Nya dan berasa marah juga semata-mata kerana-Nya.

Apabila seseorang berupaya menundukkan semua perasaannya kepada kehendak Allah dan bukan sebaliknya membiarkan perasaannya mengikut keinginan nafsunya, maka orang ini dikatakan telah berjaya mengatasi halangan terbesar yang menghalang dirinya untuk mencapai kejayaan hakiki. Sikap mengambil berat terhadap pengurusan hati dan usaha untuk mengembalikan sinarnya merupakan salah satu aspek yang utama dalam proses pembentukan jati diri insan.

Hj. Ahmad Salim Omar

Sumber artikel daripada majalah Solusi 6

 


 

Haji Ahmad Salim Omar

Lahir di Kuala Terengganu dan berkelulusan B.A.(Hons) dari Universiti Malaya. Beliau berpengalaman luas di dalam urus tadbir kerajaan tempatan dan jabatan kerajaan, antaranya sebagai Pegawai Daerah, Timbalan YDP, Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah di beberapa kementerian. Kini sebagai Pengarah Urusan Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Berpemikiran kritis, sentiasa menilai aplikasi urusan semasa dan berusaha membangunkannya ke tahap optimum. Juga mahir dalam bidang pembangunan insan dan bina diri (self-help) dengan pendekatan Islam.

Kembali ke atas