JANGAN TUNGGU KUASA UNTUK BERJASA
- Ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi
- Kategori Ibadah
- Read 5354 times
Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama: Pertama, tidak yakin kepada allah. Kedua, tidak yakin akan adanya hari akhirat. Ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengabaikan orang lain.
Apabila manusia tidak yakin Allah Maha Melihat, seksa neraka dan nikmat syurga itu benar serta sanggup menzalimi orang lain demi kepentingan diri, maka berlakulah kejahatan. Faktor pertama dan kedua dinamakan iman, yakni yakin kepada Allah dan hari akhirat. Kedua-dua faktor itu menyebabkan berlakunya factor yang ketiga, yakni rapuhnya ukhuwah atau runtuhnya persaudaraan (kasih sayang). Dengan beriman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Sesiapa yang benar-benar cinta akan Allah, pasti dia akan kasih kepada manusia.
Menjadi Saluran Allah
Oleh sebab itu, jika ditanya siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling cinta kepada Allah, maka dialah yang paling kasih kepada manusia. Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hamba-Nya. Allah minta manusia yang hendak mengasihi-Nya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hamba-Nya yang lain.
Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, saying dan keadilan-Nya kepada manusia. Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini; hanya orang yang hatinya benar-benar yakin kepada Allah sahaja yang boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain.
Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikit pun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berhati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!
Bebas Menghamba Diri kepada Allah
Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah, tetapi meminggirkan hubungan sesame manusia. Inilah yang telah menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, taksub kedudukan dan obsesi ekonomi, kononnya itulah syarat untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.
Jangan kita lupa “yakin kepada Allah” adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula “cinta kepada dunia” itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah.
Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan hari akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – kan nikmat dunia untuk mendapatkan kenikmatan syurga!
Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.
Tahu, Percaya dan Yakin!
Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk di_ kirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para ‘salafussoleh’ yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu!
Soalnya, mengapa umat Islam pun masih melakukan kejahatan? Ya, kerana ada dalam kalangan orang Islam juga hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apakah perbezaannya antara percaya dan yakin? Jawabnya, terlalu jauh bezanya.
Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah. Percaya itu hanya menimbulkan pengetahuan. Sebaliknya, yakin itu menimbulkan kemahuan. Marilah kita imbau anekdot-anekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain. Mereka adalah insan yang telah berjasa kepada manusia, lalu Allah kurniakan mereka kuasa. Bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa.
Oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Sumber Artikel daripada Majalah Gen Q Isu 7
Pahrol Mohd Juoi
Seorang penulis buku, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip, serta pengacara tv dan jurulatih berkelulusan UiTM, Shah Alam. Beliau berpengalaman mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 50 badan kerajaan dan swasta. Kini beliau sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bukunya Tentang Cinta mendapat sambutan yang baik di kalangan remaja terutamanya pelajar pusat pengajian tinggi.
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.