Menu

 

A+ A A-

LELAKI MEMAKAI CINCIN EMAS PUTIH

ORANG lelaki diharamkan memakai cincin emas. Bagaimana pula dengan cincin emas putih yang sebenarnya diperbuat daripada platinum?

MUKADIMAH: Pengharaman memakai emas bagi lelaki amat jelas hukumnya. Begitu banyak dalil antaranya: Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera dan meletakkannya di sebelah kanan Baginda. Kemudian Baginda mengambil emas dan meletakkannya di sebelah kiri, lantas bersabda yang bermaksud: ‘Kedua-dua ini haram buat orang lelaki umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain) Dalam riwayat Ibn Majah ada penambahan: “Halal buat orang perempuan.”

cincin-emas-putih-3

Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas, kemudian mencabut dan membuangnya ke tanah. Baginda pun bersabda yang bermaksud: “Ada antara kamu yang sengaja mengambil bara api dan meletakkan di tangannya!” Setelah Rasulullah pergi, dikatakan kepada lelaki tersebut: “Ambillah cincinmu kembali dan manfaatkannya.” Dia menjawab: “Tidak! Demi Allah, saya tidak akan mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.” (Riwayat Muslim)

RINGKASNYA: Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya memakai emas putih.

cincin-emas-putih-5

HURAIAN: Emas Putih Mengandungi Unsur Emas

Adakah emas putih hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apa itu emas secara umum.

cincin-emas-putih-1

 

cincin-emas-putih-4

cincin-emas-putih-2

TAMBAHAN: Adalah lebih baik bagi lelaki memakai perak kerana ia sunnah Nabi s.a.w. Sebagaimana haram lelaki memakai cincin emas, begitu juga haram menggunakan pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penyala rokok yang diperbuat daripada emas, gigi emas (kecuali bagi tujuan perubatan yang tiada bahan lain yang boleh digunakan) dan sebagainya.

Dr. Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.4


Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Lulusan B.A.(Hons), Usuluddin, Universiti Malaya dan M.A. Shari’ah (Jayyid Jiddan), Univ. Al-Yarmouk, Jordan. Kini sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; di samping Ahli Majlis Penasihat Shariah, C&S Consulting & Investment Ltd, British Virgin Islands (bersama Prof. Dr Monzer Kahf), Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad, Konsultan Shariah di Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad, Kolumnis majalah I, majalah Iktisad dan Harian Metro Ahad. Pernah berpengalaman sebagai Penasihat Syariah di RHB Islamic Bank Bhd. dan Setiausaha Majlis Syariah, Asian Fianance Bank Bhd. Layari web beliau di www.zaharuddin.net

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

  ptsb1444

 

Kembali ke atas