Menu

 

A+ A A-

HUKUM TUKAR JANTINA

SOALAN: Baru-baru ini saya berjalan-jalan di salah satu pusat membeli belah. Saya perhatikan cukup ramai anak-anak muda yang berpenampilan aneh. Beberapa dari mereka saya lihat adalah laki-laki namun berpakaian seperti wanita. Saya terfikir, apa pandangan Islam berkenaan perkara ini?

Jawapan: Ulama bersepakat bahawa berubah menjadi pondan atau tomboi adalah haram. Ia termasuk di dalam larangan dalam hadis yang masyhur bahawa Nabi melaknat golongan lelaki yang menyerupai golongan wanita dan golongan wanita yang menyerupai golongan lelaki. Kerajaan boleh menghukum mereka yang melakukan perbuatan ini secara takzir kerana hukuman ini tidak terdapat secara khusus dalam al Quran dan sunnah.

Menyalahi Hukum Alam

SOALAN: Saya pernah menegur seseorang daripada mereka. Saya jelaskan bahawa sikap sebegini salah di sisi Syarak. Namun mereka menyatakan bahawa ia adalah sifat semulajadi. Apa pandangan ustaz?

Jawapan: Bagi saya, pandangan seperti ini adalah bisikan syaitan kerana undang-undang alam hanya memperakui lelaki dan wanita sahaja tidak ada jantina yang ketiga di sana. Ini kerana jelas dalam al Quran, Allah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan.” (Surah al-Hujurat: 13) Di sini Allah Taala menceritakan undang-undang alam atau dinamakan sebagai sunan kawniyah (hukum alam) yang perlu difahami dengan baik oleh kita semua. Di mana sifat undang-undang alam ini tidak berubah dan mengasihi seseorang. Tidak ada perubahan dalam undang-undang alam Tuhan. Kita tidak akan melihat di sana perubahan dalam pembahagian kepada tiga bahagian, tetapi hanya dua bahagian. Jadi bagi mereka yang dikelirukan dengan bisikan syaitan ini, bertaubatlah kepada Allah sebelum terlambat kerana balasan Allah pada hari kiamat kelak amatlah berat.

tukar jantina1Hukum Pembedahan Jantina

SOALAN: Ada sebahagian dari golongan ini sampai sanggup melakukan pembedahan jantina. Bagaimana pula hukumnya?

Jawapan: Hukum melakukan pembedahan jantina adalah berdosa besar kerana ia mengubah ciptaan Allah Taala dan mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang melakukan pembedahan tersebut juga terlibat dalam dosa besar. Firman Allah: “Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman.” (Surah al-Maidah: 2) Mereka juga boleh dihukum takzir oleh kerajaan jika diadukan kes ini kepada pihak bertanggungjawab.

Lelaki Tetap Lelaki

SOALAN: Sekiranya seseorang melakukan pembedahan menukar jantina, adakah ia memberi kesan kepada hukum hakam?

Jawapan: Secara fikahnya, perubahan jantina tidak membawa kepada perubahanhukum seperti tidak wajib memakai tudung dan tiada pembatalan wuduk ketika menyentuh lelaki kerana mereka tetap lelaki. Ini kerana walaupun pertukaran alat sulit berlaku, tetapi organ dalamannya tidak sama seperti wanita yang mempunyai rahim dan ovari. Maka sekiranya meninggal dunia, ia tetap ditanam seperti mayat lelaki biasa. Semoga Allah menjauhi umat ini daripada gejala terlaknat ini. Sekiranya dia menjadi imam, hukumnya ialah makruh kita mengikutinya kerana dia termasuk di dalam golongan fasiq.

Haji Golongan Pondan

SOALAN: Bagaimana pula lelaki yang menukar jantina pergi menunaikan haji atau umrah, adakah dikenakan dam?

Jawapan: Bagi golongan pondan yang mengerjakan haji atau umrah, sekiranya mereka memakai tudung atau pakaian ihram wanita maka diwajibkan ke atas mereka denda dam. Ini kerana mereka tetap berstatus lelaki.

Pondan Bukan Khunsa

SOALAN: Tapi ustaz, bagaimana pula dengan khunsa adakah dia pondan?

Jawapan: Oh, ini merupakan sangkaan yang salah. Khunsa bukannya pondan, tetapi dia mempunyai dua alat kelamin pada zahirnya. Tetapi di zaman sekarang ini tidak ada masalah lagi kerana kita boleh mengenal pasti statusnya dengan memastikan dalamannya, adakah dia mempunyai testis atau ovari. Sekiranya dia mempunyai testis maka dia dihukum lelaki dan perlu dibuang alat kelamin perempuannya. Sekiranya dia mempunyai ovari maka dia dihukum perempuan dan perlu dibuang alat kelamin lelakinya. Tetapi pondan ini berlainan dengan khunsa atau di dalam bahasa Arab disebut mukhannith, dia menyerupai tingkah laku wanita bukannya mempunyai dua alat kelamin. Maka Imam al Syirbini di dalam al Iqna’ menyebutkannya adalah haram.

Wallahu a‘lam.

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.12


Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor

Sarjana Muda Syariah, Universiti al-Azhar, 2004. Mendapat Sijil Kemahiran Fatwa, Darul Ifta’ Mesir, 2008. Berguru secara langsung dengan ramai ulama besar antaranya Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir, Dr. Taha Jabir al-Ulwani dan Dr. Mohammad al-Zuhaili. Kini sebagai Pegawai Perhubungan Korporat dan Penasihat Syariah Pelima Media Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas