Menu

 

A+ A A-

SAMBUTAN HARI IBU

PANDANGAN islam mengenai hari ibu?

Manusia merupakan ciptaan Allah yang mulia, sehingga para malaikat bersujud kepadanya iaitu Nabi Adam a.s. selepas dia diciptakan. Seorang insan yang lahir ke dunia berasal daripada persenyawaan benih lelaki dan perempuan sebelum melalui peringkat penciptaan seterusnya yang akhirnya akan lahir ke dunia. Tempoh lebih kurang 9 bulan berada di dalam rahim membuktikan betapa besarnya pengorbanan ibu yang mengandungkannya sehingga ia bersedia untuk menuju keluar melihat alam.

Selanjutnya...

SEPINGGAN DOSA BERULAM PAHALA

SAYA telah menerima emel dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti. Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul. Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada emel saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan emel jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Selanjutnya...

BUNGA, DUIT KOPI DAN BABI

ORANG Melayu-Islam sangat membenci khinzir–babi. Usahkan memakannya, terhidu baunya pun sudah meloyakan. Tapi benarkah orang Melayu-Islam membenci babi atas dasar iman? Maksudnya atas dasar beriman dan patuh kepada Allah yang mengharamkannya? Atau sikap itu hanya kerana ikutan adat kebiasaan semata-mata? Oleh kerana datuk, nenek-moyang kita memang tidak memakan babi dan membencinya maka kita pun turut membenci dan jijik padanya?

Selanjutnya...